Wednesday, December 10, 2008

Hilangkan Jerawat?



Huh! Sejak-sejak Raya Korban ni, segala mende pon kita makan. Semua pon nak belasah sampai dah naik jerawat. Daging.. ketupat.. lemang.. daging.. ketupat.. lemang.. Jalan sana sini, ziarah family, dari pagi sampai malam. Sampai muka dah naik berminyak. Dah penat berjalan, tak sempat cuci muka terus terbongkang tidur.. Bangun the next morning, muka dah ada tanda-tanda jerawat.. Biji-biji putih yang halus mula laa nak tumbuh.. Baru la mula nak cuci muka setiap jam, nak jaga makan laa, this and that.. Tapi sume tuh dah terlambat.. Jerawat yang dah tumbuh, cuci muka sehari sepuluh kali pon susah nak hilang..

Tapi jangan risau, I have few tips.. Er..maybe these tips would help, but depends on how you do it.. Er.. nak cantik pon kene ada disiplin.. kalau hari ni semangat buat, the next day dah malas nak buat, baek tak payah..



TIPS NYA??


1. Ambik pisang yang dah masak, lenyek-lenyek kan, dan dijadikan 'fask mask'. Biar semalaman, then the next morning cuci dengan air suam.. Amalkan setiap hari, InsyaAllah, selain muka tidak berjerawat, muka kita akan jadi lebih segar, berseri dan kedut di bawah mata pon kurang..

2. Bagi yang mengalami jerawat tahap jerawat besar-besar tu, boleh guna kaedah kedua ni. Ambil sebatang kulit kayu manis, basahkan pada satu hujung dan gosokkan pada lesung batu. Kaedah menggosok ni tujuannya untuk keluarkan lendir kulit kayu manis tu. Kita gunakan lendir tu, sapu pada jerawat kita. Agak pedih, tapi kene tahan la ye.. Biar sampai kering, then basuh guna air suam.. 'Panas' dari kulit kayu manis tu boleh mengecutkan jerawat tu. InsyaAllah..

3. Kalau tak tahan dengan pedih kulit kayu manis, boleh ambil bawang putih, belah dua dan sapukan bahagian dalam bawang putih tu kat kawasan yang berjerawat. Biarkan seketika dan kemudian bilas dengan air suam.

3. Bagi yang baru nak naik jerawat, atau jerawat 'manja-manja' nak naik, selalu la cuci muka dengan air hirisan limau.. Lagi suam lagi bagus.. Cuci dan biar seketika, then bilas dengan air suam.. InsyaAllah.. Ini kene amalkan setiap hari..


Perasan tak, semua tips ni pun kene gunakan air suam kan..Sebab air suam ni bagus. Selain boleh menyegarkan muka, ia membantu membuka liang-liang roma, which is good in curing the pimples.. This is wut my grandma told la.

Ada satu masa tu, I watched Martha Stewart show. Dia cakap untuk memastikan muka kita tidak berjerawat dan sentiasa segar, every night before we go to bed, ambil kapas muka, dan cuci mekap muka dulu terutamanya di kawasan mata. Martha guna baby oil je untuk cuci mekap. Cuci sehingga bersih. Kemudian ambil tuala panas dan stim muka. Secara perlahan lapkan muka kita dengan towel tu for few times. Kita boleh lihat, walaupun muka dah dibersihkan dari kesan mekap, tetapi sebenarnya ada lagi kesan yang kita tak nampak.. Dengan mencuci muka using hot towel ni, baru la muka kita bersih dari mekap sepenuhnya.

Selepas beberapa kali kesat muka dengan hot towel ni, basahkan towel dengan air sejuk pula. Selepas liang-liang roma terbuka (dah guna air suam kan, haruslah liang tu terbuka), liang-liang tu perlu distabilkan dan ditutup balik. Itu pasal kita guna air sejuk pulak.. Lapkan muka dengan towel yang dah dibasahkan dengan air sejuk ni, sehingga takde kesan mekap lagi. Kemudian baru cuci muka dengan facial cleanser kita..

Amalkan ini setiap malam, InsyaAllah, muka kita akan sentiasa segar, tidak berjerawat, kedut pun kurang dan yang pentingnya, kita akan nampak cantik..Amalkan ye..Sapa takmau cantek kan..


5 thought(s):

mardeq said...

haahha..
ko maner ader jerawat pun..

Lady said...

hohoho deq..skang dah manyak aaa...ko tuh yang berseri lagik..hikhikik

salida amran said...

tips..wah menarikss..tapi pedih wooo bawang putih n kulit kayu manis tue..smlm br en.suami tu suruh watkan facial muke untuk dia, tapi post ni blom ade lagi..jadi cuci biase dgn mask n scrub je laa..ok, len kali nnt leh cube..btw, thanks

[zsazsa] said...

haa ini la petua nya :D.. skang da takde jerawat dulu ada banyak :D

Lady said...

hehe..u guna tips mana satu zsazsa?leh add kat sini..nyeh nyeh nyeh ;p