Showing posts with label Places. Show all posts
Showing posts with label Places. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Next Destination - Kuching~



Rasa macam nak sangat p vacation kat island. Beaches.. lepak-lepak tepi pantai.. Ouh sungguh indah! Dah lama tak jumpa pantai+laut+angin bayu menderu.




: Dream vacay - Sipadan :



Tapi apakan daya, dah ada orang belikan tiket pegi Kuching. Layankan saja. Kuching pon Kuching la.. Semoga larat lagi nak berjalan banyak.. Mana tempat best nak visit kat Kuching eh?



p.s. semalam someone said "I'm eating some strawberries and it reminds me of u". Eheh~ terubat windu~

Thursday, March 19, 2009

1st Putrajaya International Hot Air Baloon Fiesta





: Cantik kan.. :


Korang,

Sempena cuti sekolah ni, Putrajaya ada menganjurkan Pesta Belon Panas buat julung-julung kalinya.

Butir-butirnya adalah :-

Tarikh : 19 - 22 Mac 2009
Masa : 7.15 pagi - 7.15 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya

Apa tunggu lagi!! All photographers, this is your perfect time!!!! Grab your camera and begin shooting!!

Serious aku rasa macam nak cuti hari ni and esok. Tak sabar nak p shoot~ I'm so excited!! \o/ Nantikan kemunculan shot aku okeh!

To sesapa yang datang tengok ni boleh la datang rumah aku..minum air sirap ke.. Makan buah tembikai ke... View dari rumah aku pon cun kot~ *Hope so*

Woopss.. lupa plak.

For more details, click here.



Thursday, March 12, 2009

Jimba Jimbo [Part 3]

Hi~

:D

Korang ingat lagi tak pengembaraan kitorang kat Kinabalu tempoh hari? Aku tak sempat upload gambar masa kitorang pegi snorkelling kat Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu kan? Ni aku ganti balik ye~ Syiok abes pegi sana... pakej dia agak murah. Lebih kurang RM53 setiap sorang [termasuk life jacket & gogle (RM15), tiket bot (RM35), dan tiket nak masuk pulau (RM3 - 3 pulau)]. Kitorang amek pakej yang ke 3 buah pulau yakni:




: Pulau Sapi :



: Pulau Mamutik :



and





: Pulau Manukan :


That was the first time I snorkel. SERIOUS!! tak tipu punye~ Jadi masa mula-mula pakai gogle tu, teringat pengalaman burok menarik masa first time scuba. Gila sesak nafas! Dah la masa tu aku selsema. Daymn rasa macam nak mati~ Anyway, aku berjaya jugak snorkel di bumi Kinabalu ni. Walaupun coral dia tak la cun sangat macam kat Redang or Tioman (kata orang la..aku tak sampai lagi.. (^,^) tengah buat perancangan nak pegi sana jugak~).

Ouh, ya~ Sebaik si Shadow Dansa ni bawak camera dia. Boleh bawak masuk air (3m JE). Tapi ok la kan, kalau nak harapkan dslr aku..mana boleyh kan. Kata si Shadow Dansa ni

"Beb, mesti dorang pelik kan aku boleh bawak masuk kamera dalam air dengan selambanya.. La.. La.. La.. La.. "


Agak sengal kan bunyiknya.. Tapi ya! itulah kawan baik saya~ Masa aku dengar ayat riak dia ni aku sekadar senyum dan berkata,


" Ya! aku sokong. Sebaik kamera best ko ni ada"


Tak leh komen banyak sebab nanti aku gak yang nak pose dalam air tu~ (^,^)



: Rasa cun pulak aku nengok gamba nih :



: Korang rasa banyak tak ikan ikut aku? :



: Ada yang lagi banyak ikut Diha tau! (T,T) :



: Ikan terubuk kot ni.. :



: Dan NEMO!!! :



: Dan lagi... :



: Ni kat Pulau Mamutik :



: They made me pair of shoesss :



: Me n dearest buddy :



: Macho je rasanya :


Sebenarnya si Hero Remaja tu ada jugak dengan kitorang, tapi saje je tannak letak gambar dia yang seksi tu..kang nanti Tomok jeles.. sebab ada pencabar dia untuk jadi model Majalah Mangga~ Hehehe..

Aku sangat berbangga dengan hasil tangkapan gambar di ketiga-tiga pulau ni. Mantap beb.. Korang patut pegi pulau-pulau ni. Especially to those yang gile pantai macam aku (tapi tak reti berenang, cane?). Nanti aku citekan lagi apa kitorang buat lepas puas berenang kat pulau-pulau ni~

Anyway, aku ada kuiz untuk korang.. Sapa boleh jawab soklan ni.. aku kasi adiah terbaik punye!!!


Soklannya:-
[1] Apakah mende di bawah ini??




: Teka beb.. teka.. :


Monday, February 23, 2009

Jimba Jimbo [Day 2- Fishy Visit]


Time: 230pm
Place: Masih lagi Kundasang War Memorial
Situation: Daymn starving~ Ngeeee..


So kitorang makan-makan dan meneruskan perjalanan ke Sabah Tea. Di Ranau. Sangat teruja nak ke Sabah Tea ni. Dah terbayang-bayang pemandangan cantik.. All greenish thing.. Dengan bakul kat belakang tu, gunting pokok, topi apek, boleh bergaya ala-ala petik tea la.

Sekali sampai.

.
.
.
.

We're speechless.

Depan mata ada satu cafe, kedai jual barang cenderamata, sebuah bangunan (rasanya kilang kot) dan jalan depan sikit, ada kawasan hijau tu. Er.. tak la hilly sangat macam kat Cameron. Tak la besar dan luas sangat.. Tak sama sangat dengan Cameron Highland tu. Cuaca tu lebih kurang la ofkos, tapi pemandangan tu.. erm... ok je la~ Tapi tu la..

Takde bakul..

Takde gunting pokok..

Takde orang ramai..

Takde topi apek...

dan yang paling penting,

Takde daun sangat pon...


Kecewa kan?



Nothing yang menarek sangat.. Jadi kalau nak tengok gambar kat Sabah Tea tu uols bole tengok kat sini. Bukanlah maksudnya Sabah Tea tu tak seronok, tapi tak cukup membuatkan aku teruja bagai nak rak tahap bergambar tak-lepas-kamera-dari-tangan. Gitu~ :D

Tanpa kitorang sedar, sebenarnya sebelah Sabah Tea ni ada Tagal Sungai Moroli. Tempat nak dapatkan "urutan ikan". Kalau tengok Zoom Malaysia mesti perasan tempat ni. Aku teringin sangat nak pegi sini. Tapi sebab orang nak bawak jenjalan kan, tak de la pulak aku nak minta-minta pegi sini. Er..ntah apa aku fikir ntah. Malu kowt~ Hik hik hik.

Anyway, bila keadaan di Sabah Tea tu agak tidak memberikan keterujaan, kitorang pon bergerak terus ke Tagal tu. Memula masing-masing (me and Diha la) macam geli-geli. Cakap "Nak pegi tengok je, tannak try". Macam boleyh percaya je la kan.. Hek!




: Tagal, Sungai Moroli :


So, kitorang pon pegi la sana. Sampai-sampai je, kena bayar RM5 (untuk kaki) dan RM10 (untuk mandi satu badan). FYI, semua tempat kitorang lawat kat sini kena bayar. Dari semurah RM2 sampai laa semahal RM35 (untuk island hopping). Well, that's other stories. So, bila dah bayar RM5, takkan nak tengok ikan je kan. Aku la orang pertama yang terjun masuk sungai tu. Whee hooo~




: Beriya sangat :




: These are the rules :



Orang kedua masuk adalah Hero Remaja dan ofkos, Diha was the last person to get in. Ajot tak join. Dia segan. And malu. Well, at least thanks to her kerana telah berjaya menjadi fotografer yang berjaya. Serius. Kebanyakan gambar kat sini dia yang snap. Dah duduk tepi sungai kan, apa lagi.. Ngeeee :D

Ouh, sebelum terlupa, Tagal ni tempat pemeliharaan ikan dengan bantuan dari Jabatan Ikan Sabah. Yang menariknya ikan-ikan di sini, bila kita masuk je dalam air, ramai-ramai dorang datang "greet". Serius. Semua datang kat kaki (or badan) kita. Tak dapat bayangkan macamana orang boleh berendam kat sini. Eeeuwwww. Geli!

Tau macamana nak panggil ikan datang? The trick is, letak makanan ikan dalam tangan, genggam dan masukkan tangan dalam air. Bila ikan datang dekat je korang naikkan tangan. Ala-ala macam acah-acah nak bagi dia makan. Dengan cara ni, ikan-ikan ni akan seolah-olah "gigit" kaki kita. Pergerakan dia tu macam "mengurut" kaki kita. Sangat best...dan menggelikan jugak. Aku penah try, aku genggam tangan (takde makanan) dan masukkan tangan dalam air. Berpusu-pusu dorang datang. Bila aku letak tangan tak genggam, sekor pon tak datang. Lalu pon buat dekkk je. Sengal jugak ikan ni kan. Macam tau tau je takde makanan kat tangan aku~ Hurm..




: Look at Diha.. she's soo geli :




: And me too when I try to masukkan my hand to feed fishies :




: Look at us~ :




: Hatta feeding them :




: Look weyh. Ni yang kecik-kecik punya.. Dok kat gigi-gigi air je :




: Ikan-ikan besar macam ni la yang dok "layan" kitorang :




: Percubaan kaki lulus suda baa. Sekarang maw masuk tangan :




: Uh! Ah! Euw! Aaa! Adeih! (dat's me) :




: Ok. A bit dramatic isn't wrong kan.. hehe :




: Ikan-ikan ni hisap-hisap and gigit jari aku tau.. Sebaik tak hilang cincin :




: She looks happy and relief bila dah BERJAYA masukkan tangan dalam air to feed the fishies dengan gelinya jayanya :


Korang tau, si Diha ni memang akan "malu" dengan ikan-ikan ni. Lagi dia jerit, lagi suka ikan tu dantang kat dia. Kadang-kadang lalu je. Tak isap isap or gigit-gigit dia. So, me and hatta suka baling makanan ikan kat kaki dia. Berebut-rebut ikan tu datang kat dia. Ha ha ha! Looking at these pictures make me laugh~ Teringat. Hi hi hi hi. Can't stop laughing weyh! Suka kitorang kenekan Diha neyh~




: Aku berjaya angkat ikan ni.. Whee hoooo :




: After "urutan" mantap by the fishes :

And lawan jerit menjerit dengan Diha. Gile ahh geli~


Sekian je dulu untuk kali ni.. Best sangat main-main dengan ikan isap-isap ni. Sekali sekala buat mende macam ni sangat refreshing. And plus, boleh buat kita happy and gelak-gelak guling. Tapi yang tak bestnya,



: Kenapa aku sorang je yang basah?? :


Sunday, February 22, 2009

Jimba Jimbo [Day 2-War Memorial]

Lepas puas mendaki kat Kinabalu Park tu, kitorang meneruskan perjalanan ke Kundasang..



: Chantek kan Kundasang ni :


Sebenarnya kitorang nak ke sini..




: Haha.. tak sabar nak bergambar. Ngeee.. :D :


Kata Hero Remaja, "Selalu kalau aku bawak kawan-kawan aku jalan, kitorang tak penah masuk sini. Singgah dan tengok je, lepas tu kitorang blah. Korang nak masuk ke?"

Me and Diha " NAK! "

So kitorang pon masuk.. masuk-masuk je.. Jeng jeng jeng....



: Banyak sangat bunga kat sini.. :


Ok. Ini bukanlah apa sangat pon kan..tapi sangat chantek.. at least aku boleh tambah koleksi gambar bunga la kan. So tanpa buang masa, kitorang pon berposing bagai.. Tak hengat~




: Suka kan bunga-bunga ni.. :



: Depan memorial tu~ :



: Dari garden tadi, naik lagi jumpa tempat ni. BEST~ :



: Impian nak jadi model sudah hampir tercapai. Eheks :



: Really LOVE this pic :



: Kitorang takde, tempat ni surammmmm je~ :


Lepas kitorang sampai???



: Cantik kannnn.. Makin berseri je~ :



: Dan Lagi.. :



: Ouh, ini Ajot. Dia pemalu sehingga susah aku nak cari gambar dia :


Dan yang paling best, ada sesuatu menjadi tanda tanya aku. Tempat ni banyak sangat papan-papan tanda yang berbaur amaran. Mengapakah? Sebagai contoh..



: Tengok? :


Persoalannya apsal kalau Cik Limah (bukan nama sebenar) curi bunga di kawasan taman kena denda RM800 tapi kalau curi bunga di tangga kena denda RM100? Kalau betul Cik Limah nak mencuri bunga, baik dia curi bunga di tangga tu, sebab murah sikit nak didenda. Tapi mengikut ajaran Islam, mencuri itu berdosa. Hurm.. Tak payah la curi kan? Dan, bukankah kos pemasangan CCTV tu sangat mahal dan amatlah tidak berbaloi kalau tak dapat tangkap pencuri bunga? Aku first time tengok kat taman bunga ada CCTV. Ngeee.. Ouh, kalau tak nampak boleh klik untuk besarkan. :D

Sebelum camera aku di 'off' dari War Memorial ni, aku sempat snap gambar ni sebagai gambar terakhir di sini. (Pada masa ni bilangan gambar yang telah di snap sepanjang sehari setengah di Sabah adalah 500++ ye puan puan. Haha.. Kitorang gila gambar~ ).



: Cantik kan? Aku suka sebab ada sekuntum bunga je kat dinding ni :


Ok dulu setakat ni. Nanti aku sambung pasal menda yang paling best sekali yang kitorang buat masa hari kedua ni. Tunggu~ Ngeee... :D


Saturday, February 21, 2009

Jimba Jimbo [Day 2-Kinabalu Park]

Tarikh : 14 Februari 2009
Masa : 7.00 pagi
Lokasi : Seri Borneo Hotel
Perbuatan : Tunggu Hatta datang amek pegi jalan-jalan
Tujuan : Jalan-jalan sekitar KK
Main objective (Day 2) : Snap gambar peak of Mt. Kinabalu

The plan was, gerak dari hotel at 7am. Well..kat KK dah cerah dah by that time. Tapi yeah..we're kindda tired, and Hatta too..so, we basically started our journey by 730am. Ngeeee... :D

So.. the first place that we went was Taman Kinabalu (or Kinabalu Park). Located in Kundasang. Lebih kurang 30 minit dari hotel kitorang tu. Sepanjang perjalanan tu sebelum sampai Kinabalu Park, kita dah boleh nampak puncak Gunung Kinabalu. Serius! Dah la sejuk.. Tak payah buka air cond dalam kereta pon. Sangat seronok.. Kitorang berhenti tepi jalan, and snap gambar ni.. Thanks Cik Diha sebab dah buatkan collage ni. =]





: First attempt snap gambar peak Mt. Kinabalu :





: Masuk Kinabalu Park, kitorang naik (drive) sampai jumpa Pondok Tipohon ni :



Dah sampai kat pondok Tipohon ni, sorang bayar RM3 untuk masuk dalam dia. Dan jalan-jalan, naik bukit turun bukit, sampai la korang sampai kat mana-mana pondok lagi. Yang ni aku tak leh nak komen banyak sebab kitorang dah kesuntukan masa, so, kitorang jalan lebih kurang hampir 1km then kitorang turun balik. Nak pegi tempat lain pulak.. So ni la antara gambar-gambar kitorang.. :D



: Thanks to Ajot and Hatta (or hero remaja) yang bawak kitorang jalan-jalan :




: My model :




: Me and Hero Remaja :




: Carson Fall.. Ada small air terjun kat sini. Sangat cantik.. :




: Broccoli? :



: No it's not.. :




: Some of the plants we met kat situ. Banyak lumut-lumut paku-pakis :




: Model tetap pose walau di mana berada :




: Hero Remaja *wink* :




: Me~ hikhikhik :




: Konon nak tunjuk sampai mana kitorang jalan.. Padahal seco-et je kat bawah nun.. :



So.. ni lah perjalanan kitorang kat Kinabalu Park. Banyak sangat kitorang bergambar. Pening gak nak pilih gambar. Hik hik hik. Nanti aku update flickr. Til then, nanti aku sambung lagi. Whee hoooo..


Ouh, click here for more photos.. wheeee hooo... Er.. tapi tak abes update lagi. Ahaks~