Tuesday, December 9, 2008

Daging Korban..Daging Korban..


Salam EidulAdha..Sempena Hari Raya Korban, sudah pasti ramai di antara kita yang menerima banyak pemberian daging, daging lembu, kambing, malah for certain place, ada yang menumbangkan atau mengorbankan unta. Kalau di rumah ai, er..I mean di rumah mertua ni ada lembu dan kambing je..

Memang! Banyak sangat daging yang kita terima sampai kekadang tu taktau nak buat apa dengan daging tu, kan.. Yes, memang boleh kita jadikan makanan utama untuk hidangan tengahari atau makan malam, tapi takkan nak hidangkan daging je kan tetiap hari, sampai orang kat rumah kita tu boleh cakap " Ala..daging lagi??" Saya tidak menolak keberkatan kita makan daging yang dijadikan korban sempena Eidul Adha ni, cumakekadang tu kita kene be creative to prepare meal kat rumah.. Nak-nak kalau hubby dan anak-anak yang jenis cepat bosan dengan makanan yang sama. =p Sekadar memberi cadangan.

Makan daging setiap hari boleh mendatangkan pelbagai penyakit, jika pemakanan kita tidak dijaga dengan baik. Darah tinggi, sakit jantung dan banyak lagi risiko. Jadi, kurangkanlah makan makanan berunsurkan daging dalam masa yang terdekat..

Jadi, I have a few suggestions. Selain dijadikan hidangan utama, kita boleh membuat pelbagai jenis makanan sampingan lain seperti meatball, patties (or some may call daging burger), dan lain-lain lagi. Kadang-kadang kita lebih suka membeli daripada membuat sendiri meatball dan patties ni. So, I've been thinking of showing you how exactly we can prepare those food from our own kitchen!

Well, basically the ingredients and method to prepare them are the same. Here it goes.


MEATBALL & AND HIS BESTFRIEND, PATTIES

Bahan-Bahan:


Daging (yang telah dicincang halus)
Tepung gandum
Bawang goreng
Sos tomato
Sebiji telur
Serbuk lada
Garam


Cara-Cara:

Ambil sebiji mangkuk dan masukkan daging cincang. Gaulkan dengan telur, bawang goreng, sos tomato, garam dan serbuk lada mengikut citarasa. Kemudian masukkan sedikit tepung gandum.

Dalam preparation ni, saya tidak meletakkan sukatan yang tetap kerana ini mengikut citarasa masing-masing. Lagi banyak bawang goreng, lagi sedap.. Lagi banyak serbuk lada, lagi 'hot', sos tomato bertujuan untuk memberi sedikit rasa. Biasanya saya gunakan sebiji telur sahaja. Tepung gandum pulak bertujuan untuk memudahkan kita membentuk patties dan meatball nanti. So, takde la lembik sangat. Kalau campuran terlalu lembik, masukkan lebih tepung.

Selepas semua telah digaulkan, bolehlah kita mula membentuk.

Bagi meatball, kita hanya boleh membentuk bulat-bulat seperti bola (mengikut saiz yang kita hendak). Bagi patty pula, bentuk campuran tadi bulat-bulat dan dileper-leperkan, mengikut saiz yang kita inginkan. Kemudian kita simpan bekukan dalam peti sejuk ntuk lebih kurang semalaman. Then they are ready to be cooked..

Sesuai dijadikan breakfast, dinner, minum petang dan juga supper. The kids would luvvit!! So, to those working mom, tak payah nak risau dah, nak prepare apa untuk breakfast anak-anak, since now is the school holidays kan.




: After being fried :





: Boleh dihidangkan dengan mashed potato, potato salad or fresh veggie salad. YUMMY! :



Next time I'll show you how to prepare mashed potato, potato salad and some other salads. So ladies! Happy trying~


6 thought(s):

mardeq said...

wan.. terror gak ko masak ek..
bagus..bagus..

Lady said...

Bila nak datang umah aku? aku masak special punye~

Unknown said...

aku nk rasa beef patties ko plak... *wink *wink

Lady said...

hehe..thanks so much for the recipe~ aku lupa nak quote. Nanti aku buatkan ye~

mardeq said...

aku nak pau kari ayam.. nak.. nakk

Lady said...

Adow~ pau tak masuk dalam kamus resepi aku lagi aa deq..ngidam eyh!?