Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Diet?? Try Banana~


Sekarang ni keinginan untuk makan adalah super-high~ But at the same time I have to control my weight, supaya tak naik banyak sangat and boleh ada possibilities untuk kena diabetes laa apa la..

Well.. I have a chance to share this problem with some of my friends. And banyak la yang dorang suggest. And from readings pun ada jugak suggestions like eat healthy food - more grains and veges and fruits. Heh. Memang itulah makanan harian i pun. But stil dengan keadaan sekarang ni, senaman pon kena light je, tak boleh keluarkan peluh yang banyak sangat (er.. kecuali masa panjat Broga Hills haritu. Eheh).

Few of the suggestions yang i ikut adalah:

1. Split meal - maknanya makan setiap 2 jam. Split breakfast, lunch and dinner. So basically saya makan 2 breakfast (7am - heavy, 10am - lighter - cookies or 2 keping wholemeal bread). Lunch at 1pm, then yougurt at 3pm, light dinner (kebab, macaroni soup or spegeti sikit) and minum lots and lots and lotsa water..

Er.. setakat ni berkesan. I kurang lapar dan pemakanan terjaga. Serious susah nak control diet during my pregnancy. Er.. maybe ada orang yang senang, but my part... hurmm.. susah lah!


2. Banana diet.


Ini I tak berani nak try lagi. Tapi korang semua boleh try. Diet ni adalah yang paling famous kat Jepun. Serious... Caranya senang. Bangun pagi terus minum segelas air suam. Then makan banana banyak-banyak sampai kenyang. Then untuk next meal you can eat everything you want! (tapi jangan la over sangat.. healthy food ya...) Then yang paling penting, jangan lupa sebelum tido, minum another glass of warm water. Again, warm water ni function untuk detox.

Tapi ada jugak yang cakap eat one banana before having our meal. One before breakfast, one before lunch and one before dinner.

And ouh, seperti sunnah nabi, lebih elok dinner adalah sebelum jam 7 (correct me if I'm wrong). Supaya by the time kita nak tido tu, makanan semua dah well-digest dah. And most important part is, jangan tido lambat tau. Get your beauty sleep before midnight~

Cuba korang try in 2, 3 weeks, and let me know the results yah!


More info on banana diet ni, boleh dapat kat sini, sini, sini dan banyak lagi....


Happy loosing weight fellas!

Thursday, November 26, 2009

Tips Untuk Kurus

Ada yang kata badan wanita ni mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka dalam tubuh wanita didapati banyak mengandungi lemak berbanding lelaki dan lebih subur. Dengan erti kata lain, kata orang tu lagi, wanita yang mengandungi lemak ni lebih subur dan itu adalah fungsi utama lemak dalam tubuh wanita ni.

Tapi, sudah semestinya bagi kita wanita ni tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh badan kita. Yang kurus nak tambah berat badan, yang rasa berat badan lebih, nak kurangkan berat badan, yang bunc nak kempiskan sikit dan seribu satu "ketidakpuasan hatian" dengan bentuk tubuh badan sendiri demi untuk rasa kepuasan diri tu.

Contoh: aku suka segala baju yang mannequin pakai. Sumpah! tak tipu. tapi bila aku beli dan aku pakai, ayat-ayat yang keluar akan menjadi "apsal tak cantik baju ni ha.. apsal i nampak gemuk bila pakai baju ni.." Bak kata tenewinnie "celah mana ko gemuk babe~ tunjuk sikit".

Yes! I do feel that I AM FAT sometimes. SOMETIMES je.. but most of the time I feel that I am bunc than gems. haisyoo~ Siapa kata aku teda lemak~ sume ada.. banyak sikit je.. dan tempat tumpuan lemak-lemak itu yang akhirnya mensaikokan kita. hadow!

Nak dijadikan cerita, pagi tadi baca sokabar BH online. Dan saya terjumpa fakta ini.



Kalau sudoku boleh kurangkan obesiti, mesti dia boleh kurangkan berat badan kita jugak kan? kan? kan?

Logik kan?

And yeah, saya tengah cuba main sudoku dan sekarang saya lapar. Nampaknya sudoku ni berkesan!! Hohoho~


Sunday, November 8, 2009

Ketiak

Korang.

Macam buruk beno kan tajuk tu. Tapi nak tanya.. pernah tak korang ada lump kat ketiak? Sakit kann..

Sebab immune system ke? Korang.. takut la nak sebut yang tu (that "C" word). Tapi bukan kann?? Macamana nak hilangkan aa??

(T_T)

While I was surfing for the answer, I found this.

Tips-tipspasal ketiak ikut cara lama. Haha. Macam kelakar. Tapi nak share jugak kat sini. Mana tau ada yang berminat.. Lagipun dah lama tak kongsi tips di sini..

*tips-tips ni boleh dapat kat sini.. dan sini

Tips hilangkan bulu ketiak:

1. Tumbuk serbuk lada sulah sikit dengan tiga kapur barus.
2. Campur dengan minyak kelapa sikit.
3. Sapu pada ketiak setiap malam before tidur.

ATAU

1. Sapu kapur di ketiak berbulu sehingga kering.
2. Lepas kering, boleh cabut dah.. :D

ATAU

1. Tumbuk lumat 15 biji jintan putih dengan 5 butir kapur barus.
2. Campur dengan minyak kelapa sikit.
3. Sapu


Lain yang dicari lain yang dijumpa. Tapi er.. macam menarik je tips ni.. :D Boleh coba kalau maw~