Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

RR : Forgive. And Forget.


I think ada bagusnya kalau sekali sekali kita buat RR (Random Rambling).

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan, tapi amat payah untuk diluahkan.


Dalam hidup ni, tak semuanya perkara berlaku seperti apa yang kita inginkan. Sebab itulah Allah SWT ciptakan manusia ni dengan pelbagai ragam. Kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Trust, is another long story la kan. So does forgiving.

Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita seharian, sentiasa beringatlah yang kita ni punya agama. Kita diciptakan bagi mencapai matlamat yang satu, yang lebih hakiki. Apa gunanya kita mensia-siakan kehidupan sekarang ni ke arah kejahatan? Bukankah lebih baik jika kita hargai setiap perkara yang berlaku samada yang baik atau yang buruk dan jadikan tauladan / sempadan.

MAAF - satu perkataan yang nampak mudah, tapi sebenarnya amat berat sekali. How can we forgive someone with an open heart and open mind? With sincerity? Can you? Or should I say, have you? Adakah kita faham erti kemaafan yang sebenar?

Ramai yang berkata, untuk mencapai kebahagiaan dan ketenangan hati, kita perlu forgive and forget. As simple as that. Tetapi, kenapa masih ramai lagi yang tak mampu melakukannya. Begitu juga saya.

Hidup ni satu ujian. Benar. Keputusan setiap ujian itu ada dihati kita. Di dalam tangan kita kerana kita yang memilih jalan mana yang kita ingin tuju.


Kata seorang hamba Allah :


"Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132)."


dan


"Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43)."

dan juga


"Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya. Dan ingatlah kisah dimana seorang hamba Allah yang telah membunuh seramai 100 orang namun apabila beliau bertanya kepada seorang `alim adakah taubat dia masih diterima, si `alim menjawab pintu taubat Allah itu melebihi segala-galanya. Yakin dan percayalah..! La takhof wala tahzan, innAllaha ma`ana....bagi mereka yang telah menganiyai kita, kite serahkan urusan itu kepada Allah kerana Allah adalah ahsanul haakimin."


Secara jujurnya, saya masih mencari erti kemaafan yang sebenar. Erti memafkan dengan sepenuh hati dan ikhlas, lillahi taala~


Wednesday, June 30, 2010

Durian Punya Pasal!


As you guys might know, I have to control my eating habit.. the nutritions and all~ Sebab my blood sugar ada sikit increase.


Sebab nak jaga kesihatan me and baby, saya perlu kurang makan makanan manis ie aiskrim, chocolate, donut, kek dan segalanya. TAPI, bila dikawal pemakanan itu, masa ni la keinginan yang dahsyat tahap dewa untuk makan makanan terkawal ni muncul. Serious! I want to eat this..




This..




This..




This..




This..




and lots more!!


Pagi tadi, my bos adalah super "baik" sebab bagi kitorang kek. "Baik" sebab HE BRINGS THE FOOD THAT I BARELY CAN EAT. (T_T)

It looks like a normal butter cake, cuma kat atas tu ada few I-don't-know-what topping. Walaupun kek tu takde la menggiurkan sangat, tapi mengenangkan my cravings itu, saya berusaha keras cari pisau, cari piring dan segala peralatan yang perlu untuk potong and ngap kek nih. Nak jugak makan!

Pencarian pisau potong kek di pejabat ni adalah mencabar jugak. Bila tidak ada sorang pon yang ada pisau. Jangankan pisau potong kek, pisau biasa pun tak ada. Dengan semangat saya-mesti-makan-jugak-kek-itu yang berkobar-kobar, saya guna sudu untuk "cuit" sket kek ni.

Misi potong kek berjaya!


Jangkaan pertama : Kekempunanan bakal berakhir.

Jangkaan kedua : misi makan kek tanpa pengetahuan dear akan berjaya! *heh, I eat cake. Yay! Behind your back. Double YAY!*


Dan, potongan kek diangkat, dirapatkan ke mulut.. Mulut di buka.. Masuk dalam mulut..


dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




ADA BAU DURIANN!!!!!



Ampeh betul! Potong stim!


huh..


Segala usaha gigih untuk makan sepotong kek adalah sesia.. huhuhu~

(T_T)

Tapi memandangkan kek tu dah dipotong, takde orang nak, saya terpaksa ngap jugak. And now I can't get rid of the smell. The taste on my tougue, STILL there! Dah minum air, kumur-kumur and banyak benda dah buat ni. The taste is STILL there~ huhuhu

(T_T)


Pening.. dan rasa tak best~


OMG! I burped and it smells durian~

Nanges!


Moral: Jangan lawan cakap suami.. Kejap je Tuhan balas eh~

Wednesday, October 14, 2009

Pssst..



Hari ni adalah hari ke-7 lepas operation. LAst Wednesday I had this appendix operation. Naa.. Terjawab semua soalan kan? So, tadi ada first follow-up with the doc. Dia nak keluarkan plaster pada luka-luka. (Ada 3 lubang kat perut I yang sexey ni..) So sambil doc menjalankan tugasnya buka plaster tu I asked,

Me: Doc, saya dah ok kan?
Doc: Yes. You're good
Me: Saya ada pantang makan apa-apa ke?
Doc: Nope. You can eat allllll you want.
Me: Serious? Sushi pon boleh?
Doc: Why not. Boleh je. Dah lamaaa saya tak makan sushi..
Me: Dear, dengar apa doc cakap tu..
Dear: Ye la.. ye la... lepas ni kita p.

And next conversation...

Dear: Doc, berapa lama wife saya kena rehat ni?
Doc: At least 2 months ni.. Kenapa? Ada game pape ke?
Dear: Kalau rest tu tak boleh lari.. lompat..training.. and semua-semua la kan?
Doc: Ofkos... Semua aktiviti sukan tu tak boleh.. lari pon tak boleh. Apatah lagi melompat.
Dear: Dengar tu bie. NO TRAINING!
Me: *Dalam hati* Ala.. Sempat punye.. Hopefully netball game (game yang paling penting ni, sehingga disebabkan game ni la kitorang aku sanggup postpone banyak menda, including making a family) bulan Disember. Ala.. Mesti sempat recover.. Mesti boleh main punyaa... (Sambil diriku senyum penuh makna..)


Tetibe diriku berkata,


Me: Doc, masak pon tak boleh kan? Kerja-kerja berat semua pon tak boleh kan?
Doc: Er......... Hahahah.. Alasan eh...
Me: Ngeee... kan doc kan? kan?
Dear: Ye la tuu... Takpe doc, saya pastikan dia tak buat kerja-kerja berat. SAHAJA.


Jadi, hasil penjelasan seorang doktor yang sangat baik ditambah pula dengan muka kesian wanmaisarah serta kasih sayang seorang suami yang TIDAK BERBELA BAGI, maka dengan itu...




: Ehek. Da dapat daaaaaaaaahh :

Hasil pujukan adalah berjaya!! Mission accomplished!


sila notis, HANYA 5 je dear punya plate. Selebihnya adalah wanmaisarah bantai!
Slurrrrrpppp...



Kawan-kawan,
Esok adalah hari terakhir Sushi promo ye... Sila laaa serbu Sushi King!

Izdi,
Aku nak pegi lagi. And this time I wanna go with you. Banyak nak update update.. :D


Monday, August 3, 2009

Nasihat Untuk Kawan-Kawan

Er...tetiba je dah habis bulan Julai kan?

Tetibe saje wan maisarah menyepi kan..

Dan tetibe saje..wan maisarah kembali...

:D

Ampun dan maaf..sebab kehidupan di bulan Julai ini adalah sangat mengujakan dan memenatkan tetapi mengasyikkan dan tidak dilupakan juga, menyeronokkan!!

Dari "melayan" kehadiran MU, family day ofis dear, saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaampai la ke family day my family..

Sebenarnya baru balik dari Melaka. Last nite. Family Day untuk tahun ni banyak diuruskan sendiri oleh wanmaisarah dan kazen2 terchenta.. So disebabkan itulah diri ini sangat bz. Serious beb. Mana dengan keje kat ofis lagi, dan dengan nak uruskan family day ni lagi.. Best!!! Er...nanti wanmaisarah hidangkan korang dengan gambar-gambar ye.. banyak hutang gambar aku dengan korang nih..

My close fren baru je selamat diijabkabulkan. Im soo sorry twin I couldn't make it, and i really hope you'll understand.. Anyway, Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. Nasihat aku adalah:-

"Pergaduhan itu adalah perkara biasa dalam hubungan sebagai suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit.. tapi kadang-kadang kita gigit pipi jugak kan.. itu la ibaratnya.. Yang penting, kalau ko gado, ko merajuk, jangan lama-lama..tunggu sampai dia pujuk.. Kalau tak pujuk jugak, er... ko cakap macam ni kat dia,

"Hantar saya balik rumah mak saya!"

Tapi ko kene cakap ni secara tiba-tiba.

Contoh senario:
Pasangan berada di meja makan. Sedang makan. Selepas si suami baca doa makan dan ingin memulakan suapan pertama, ko cakap dengan nada keras "Hantar saya balik rumah mak saya". Samada dia tersembur nasi sebab terkejut, atau sembur nasi sebab nak tergelak. Kebiasaannya, er... dear tersembur nasi sebab tak tahan nak gelak. Dan berakhirlah satu pergaduhan..

:D

Sekian nasihat aku untuk ko wahai sahabat. Dan untuk korang-korang juga... Aku dah praktikkan ini dari masa zaman berkapel dulu, sampai la sekarang.. Setakat ni masih berjaya. Walaupun ada sekali tu, kat atas katil (tiada unsur 18SX disini), aku ingat dia belum tido, aku pon dengan bagusnya menahan suara dan pitching, berkata "Hantar saya balik rumah mak saya". Tetiba takde respond. Diamm... je. Aku pelik. Cakap lagi sekali. Diam jugak. Rupa-rupanya dah tido. Jadi pergaduhan itu bersambung lagi sehari..

:D

Nasihat kawan aku kat aku,

"Kalau bergaduh, jangan panjang-panjang lama-lama.. Bila tido tu, peluk dia erat-erat.. Macamtu la kemesraan tu perlu dikekalkan.. Dan insyaAllah, esok pagi mesti suami bangun dengan penuh senyuman dan pergaduhan itu pon berakhir..."

Kesimpulannya, jangan bergaduh.. Berhiduplah dengan tenang... Apa yang penting, KOMUNIKASI... Takde komunikasi, abeh laa korang~

Sekian coretan untuk hari ini. Nanti aku cerita lagi okeh.

Take care all~

Tuesday, July 21, 2009

Halimah Jongang

Korang tengok tak cite ni kat Astro?

Lagu dia best kan..

"Jongang jongang jongang
jongang jongang jongang
Halimah jongang.."

Macam sengal.


Anyway, semalam pegi tengok bola. MALAYSIA vs MU. Best! I like! Walaupun kalah, aku tetap sokong Malaysia.. Boo Amril Yahya sebab dia player Selangor yang kerek dan thumbs up to Khairul Muhymeen di atas usaha-usaha anda pada saat-saat akhir. Kalau game tu sambung lagi setengah jam, rasanya Malaysia dah boleh seri.. Big claps to pemain Malaysia.

Malam itu sangat indah. Mengujakan!!! Sangat menarik sampai nak blink mata pun tak boleh. Dan harini aku asyik nak pejam mata je.. Ampeh.

Tapi yang tak bestnya adalah makhluk-makhluk bukan Malaysian yang sangat spoilkan malam ku.

Gila.

Benci betul dorang.

Dah la terkinja-kinja macam lotong, pastu duduk kat tempat penyandar kerusi, kaki naik atas. ko dapat bayangkan tak macamana orang kat belakang tu nak tengok? Dapat bayangkan tak orang seterusnya nak duduk kat situ macamana? Dah la kusi tu kotor, ko pijak-pijak lagi kan. Hadow~

Akai ada ka?

Pastu ko keluar, ko beli air bergelas-gelas kan. Sambil jalan, tetibe ko drop paper cup tu kunun-kununnya macam "Ooopsss..terjatuh pulak". Then sepak masuk bawah kerusi orang lain. Dan yang paling mangkaq buat muka tak bersalah, jalan buat dunno. Sengal.

Sila ingat, ini adalah MALAYSIA, dan BUKAN NEGARA AWAK. Jaga kebersihan sikit boleh?

Haih.. Habis dah melepaskan emo.

Nanti aku letak gambo ye~

Er...sebenarnya tak berkait dengan tajuk kan. Sorry.

Thursday, June 18, 2009

Penantian Yang Panjang, Akhirnya Terselamat Jua~

Ingat lagi tak I did mention in previous post about me having some allergy?

So petang tadi pegi check dengan doktor. Masa menunggu untuk jumpa doktor adalah 45minit (walaupun ada 3 pesakit je nak masuk jumpa doc - including me), masa rundingan adalah 5 minit, dan masa menunggu giliran untuk ambil ubat adalah 15 minit. Dapat bayangkan tak, dengan kegatalan tahap dewa, terpaksa menunggu lebih dari satu jam just to get some medication..

HAih~

Esok-esok kalau ada anak sapa-sapa yang jadi receptionist kat klinik doktor dan bukak klinik, suh laaa dia buat kerja cepat sikit.

So, selepas penantian yang lama, aku berjalan lesu menuju kereta yang diparkirkan di kawasan larangan parkir. (Sounds like in a novel pulak). Dari jauh kawasan itu masih lagi dipenuhi dengan kereta-kereta lain. Tapi, macam pernah kulihat makhluk-makhluk berbaju putih yang berdiri di sebelah kereta yang diparkirkan di hadapan keretaku itew. Apabila makin dekat, barulah aku sedar, rupanya ada polis tengah tulis surat saman.

Gosh~

Berlari aku mendapatkan keretaku. Masa ni laa cari kunci kereta tak jumpa. Dem you kunci!

Pada masa ku kesibukan mencari anak-anak kunci itew, di kala itulah pegawai polis trafik berkenaan masih pura-pura tak nampak aku yang tengah kekalutan ini. Aku dapat bayangkan sebaik sahaja beliau selesai menulis cerita dan mengoyak kertas itu untuk diselitkan di wiper kereta itu, pasti beliau menuju ke kereta ku.

Phew~

Sebaik jumpa. (After almost 2 minutes search). Sangat dem kan.

So, saya terus bergegas keluar dari kawasan itu dan polis berkenaan pon berlakon seolah-olah tidak sedar kehadiran keretaku di situ. Dalam hatiku dah siap ni alasan-alasan yang sesuai nak jawab...

"Tuan, tadi saya pening-pening muntah tuan. Terpaksa saya parking kat sini. Kalau tak nanti lagi jauh saya jalan tuan.."

ATAU

"Tuan, saya muntah tadi tuan. Dalam kereta pulak tu. Tak sempat nak cari tempat lain. Terus saya belok sini tuan"

ATAU

"Tuan, tannak saman saya ke?"

Hehehe..

Sengal~

Apa yang penting, kegatalan di bahagian muka ini telah memberikan kesan pada diriku (selain kehilangan kecantikan untuk beberapa waktu). Dan itu sudah semestinya

"PARKING DI TEMPAT YANG DIBENARKAN SAHAJA ye ".

Betul kan?

Friday, April 24, 2009

~H.A.P.P.Y. B.D.A.Y. A.M.Y.R.O.S~



Homigod!

Today is Friday, Penghulu segala hari. Sepatutnya hari ini memberi seribu keberkatan pada kita, hari yang sepatutnya "disambut" dengan penuh ceria dan perasaan yang positif-positif belaka. Hari yang mana beribu-ribu peluang membuat pahala dan mengurangkan dosa. *Well..banyak la kaedahnya yang aku rasa tak perlu nak dijelaskan di sini.

Walau bagaimanapun, hari ini merupakan hari-hari yang seperti biasa bagi aku. Bangun awal, siap-siap, sempat lagi minum susu+oat dengan penuh selambanya sambil tengok berita pagi kat tv3. Takde perasaan nak rush pergi pejabat awal, takde perasaan nak rush pergi berebut tempat parking dan takde perasaan nak buat apa-apa. Yang ada dalam kepala waktu tu cuma nak minum susu, layan berita.

So relaxing.

Sampai ofis, baru saja on pc, my other officemate dah sembur. About ONE THING I didn't know. It wasn't my intention to be rude to him, but I was telling him the truth. It is not my freaking task and I don't give a daymn about the details. So please stop asking me questions like I'm not DOING MY JOB WELL, bersesuaian dengan what the stake holder pay me. The thing is, it's OBVIOUSLY NOT MY TASK. I'm waaayyyyyy to good to do such a simple task!

(Ok. That's a lil over).

I was trying hard to help you with your confusion, inquiries, wut-so-ever you called it, but your bebelan is what you pay me la kan.

So now, I wanna stop talking about you coz it hurts me daymn much.

*Sigh* *Beristighfar dan berselawat ke atas Nabi*

Cukup-cukup la marah-marah pagi-pagi kan. Besides it's Friday. There are a lot of reasons why I should be H.A.P.P.Y. today~

Plus, today is Amy's birthday. We have a plan for him to celebrate it. Can't wait for it.

Wheeeeeeee..

I wanna stop saying "Shisha" and here I wanna share something to chill us out. Enjoy~





: Love it kan? :



Friday, April 10, 2009

April~

I love April!!! From the very 1st day to the very last day of April 2009.

Know why?

I do a lot of crazy stuff (even fighting with dear??) (Sorry dear, I luv u too)


1 April 2009 : April Fool. But yeah, I was being nice this year that I didn't really enjoy April fool this year. But hey, I'm so happy that I'm getting closer to my azam - BEING NICE TO PEOPLE.

3 April 2009 : Dear's birthday. I gave him a surprise. Even there's a slight kantoi there, but it's ok. We enjoy it.. Will update about this later~

4-5 April 2009: My BIG GAME. We only qualified to quarter final. Then we met DBKL there. OMG! Apala nak dibandingkan team aku ni dengan DBKL kan.. They play sistematically, they have heights, good defenders and the best shooters, they got it all, even most of them are even older than us. Ah wel.. at least we gained some experience there. Bila lagi nak lawan dengan champ kan. Ouh btw, DBKL won the competition.. Wonder what is this I'm talking about? It was a netball game.. And after this game, I can rest.. No more training (every petang tau..), no more tiring, no more "Ala..I penat la...kita makan luar eh.." and yeah, I can be a normal working-wife now..At least for this couples of months before i put my shoes back again. :D

7-11 April 2009 : My bestie wasn't around. She went for some course God know what, and LEAVE ME ALONE here for almost a week. Haih.. Miss you beb!! Cepat balik. And the best part is everyday I drag my lazy butt to the kitchen, prepare some breakfast and tapau some food for lunch. Ah well.. I know..I know.. she's not the only friend I have here in the office, but hey, Malas la nak keluar jalan sorang-sorang and most of my other friends always lepak at some places which is 15-20 minutes away from my office. So I'd rather stay and eat whatever I cook. (^,^)

8 April 2009 : I wakil my rumah sukan for Batu Seremban competition between rumah sukan. Seumur hidupku ini, I've never play batu seremban like that. I tell you, it much tougher man.. Serious!!! Even I have bigger palms than others, tapi susah gile weyh!!! And plus, seumur hidupku ini, tak pernah pulak laaa masuk Rumah Hijau... I guess this time I'm lucky. Wel.. year of change I believe~

Back to Batu Seremban thingy, my team won!!

Rumah Hijau vs Rumah Kuning ----> 5-0. Hahaha.. (But I didn't give any point to my team).. And my teamate said,

"Setakat cemarlang masa latihan, tapi bila lawan hang kalah...baik hang dok diam!!"

Chesss.... Sengal he is.. I know~ (^,^)

13 - 16 April 2009: Sushi King is gonna have Sushi King RM2 Car Bonanza!!!!


Exclusively for 2009 Sushi King Card Members
Rice based sushi on Kaiten Belt for only RM2 each
13-16 April 2009 (West Malaysia)
20-23 April 2009 (East Malaysia)

So you know what that means kan.. I can eat lotsa sushi EVERYDAY!!! And I think I wanna go on fasting on Monday, so that I can stuff lotsa lotsa lotsa sushi in my mouth~ Slurrrrppppppp~ Drool~


MONDAY MONDAY COME QUICK!!!


Er... I think so far my APRIL is very ENJOYABLE. (^,^)

I hope my other months will be like this..So I can live happily everyday..with lotsa lovable friends around.

How I miss my friends.. My old days with friends~


p/s: If you read this old friends, please note that I love you too~ And I'm sorry for what I've done~

= peace =

Friday, March 6, 2009

Penawar Duka







: Ni la dia.. I bought the one yang skin colour tu~ :



Chantek~ And I really love it. Thanks to Fara, the BK shoe Promoter. Sekali dia tunjuk gambar ni, and mention about the super low price (sesuai dengan cap dia - totally bukan Cap Mentol), WE (the FOUR of us) terus pegi rembat sorang sepasang waktu lunch. WAKTU LUNCH okeyh~ Serius best. Pehtu melapar kejap, sebab waktu lunch digunakan untuk rembatan ini.

Apa pun, iouls semua puas hati~ tak gitu babes?


Thursday, March 5, 2009

Gadis Baik Bulan Februari 2009



Setelah beberapa ketika mendiamkan diri, aku akhirnya membuat keputusan untuk menulis kembali. *whheee hoooo*

Bukannya apa, minggu ni merupakan minggu up and down aku. Korang bayangkan, bangun pagi Isnin, muka sangat ceria sebab aku ada "reunion" nak jumpa kawan-kawan lama. Bila dah sampai di tempat yang dijanjikan, muka masih menten cun dan ceria. Bila sampai waktu tengahari, muka dah sedikit kerut (tahan lapar) dan bila jam menunjukkan jam 4 tepat, dan aku masih tak makan lagi, hati kecilku mula menahan gelora nafsu makanku, dan berkata,

"Kalau macam ni lebih baik aku puasa. Dapat jugak puasa sunat ke..puasa nazar ke... Alamak. Puasa Nazar tak ganti lagi. "

Korang bayangkan laa... Dari pagi tak makan (sebab excited sangat nak jumpa kawan-kawan, aku tak sempat breakfast kat rumah), sampai jam 430 petang baru aku makan. Haih.. Penderaan nih..

Mesti korang tertanya-tanya kan, apsal aku tak makan. Aku malas nak sebut. Sebab cerita dia panjang. Bila aku cuba pendekkan, aku cuma dapat tiga perkataan yang aku jangkakan dapat merungkai segala perjalanan cerita yang panjang. Yakni :-


TAK RETI MENGURUS


Yes!! Urusetia yang sepatutnya menguruskan perjalanan reunion ni, tak reti-reti mengurus. Haih.. And yet they call themself a PRO? WTF~

Itu kejadian hari Isnin. Hari Selasa sekali lagi aku bangun pagi dengan muka ceria. Baju cantik. Mekap cun. Bulu mata baik punya lentik. Camera dah ready siap dengan cameraman hemsem lagi. Mana nak dapat kan.. Aku dengan perasaan macho dan smart segak bergaya ini sangatlah excited menunggu saat-saat bahagia itew~

Hari Selasa merupakan hari besar aku dan kawan-kawan. Puas ber"reunion" bagai, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Ala-ala semangat nak terima Academy Awards gitu kan. Maka berpusu-pusulah rakyat sekalian alam ke dewan itu.

Di dewan tu nak kata ramai, tak la ramai sangat yang datang. "Peminat" dan "media" yang datang agak kurang la berbanding Hari Penyampaian Hadiah di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil, apatah lagi Academy Awards yang sebenar kan. Tapi tak pe. Sebab kehadiran "peminat" dan "media" ni tidaklah memberi kesan mendalam kepada diriku ini. Cukup dengan kehadiran kawan-kawan dan cameraman ku itu sajor.

Dah kemuncak acara ni. Aku dah excited bagai nak buat standing ovation kat sapa yang dapat awards paling besar (Sila bayangkan saat-saat korang menanti siapakah yang akan berjaya menjadi Juara Akademi Fantasia Musim Ke-5 haritu walaupon korang dah agak Mawi yang akan menang, tetapi muka tetap excited kan? Atau muka korang waktu menunggu pengumuman siapakah yang akan disingkirkan dari Raja Lawak Musim ke-3? Gitew la muka aku~). Tetapi, potong stim betul...takde "Mawi" pon di kalangan kitorang. Takde pulak peserta-peserta Raja Lawak yang akan di keluarkan minggu ni. Jadi perasaan itu seperti "Potong stim betul la..."

Tiba-tiba saja Fauziah Nawi umumkan,

"Minggu ni tiada peserta yang akan dikeluarkan"

Penat je kita saspen.

Penat je kita sediakan tisu (kunun nak nanges).

Penat je kita terjojol biji mata menunggu berita yang gempak itew.

Namun semuanya "Potong Stim Sahaja".

Sengal.

Jadi kepotong-stiman ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan yang dalam jugak buat aku dan kawan-kawan. Selain dimalukan dihadapan para tetamu jemputan yang kitorang ni takde "Mawi" sehebat "World".

Takpe. Kita pasrah. Berserah pada Yang Esa. Tuhan Maha Adil, Tuhan Maha Kuasa.

Biarlah takdir yang menentukan segalanya.

Jadi, bagi mengubat kesedihan itu disamping memberi semangat kepada diri sendiri yang telah bersusah payah menjadi seorang yang baik sepanjang Februari 2009 dan juga turut menerima Academy Award itu, maka, saya, wan maisarah md. isa, telah memanjakan diri sendiri dengan membeli sepasang kasut.

Ya. Sepasang kasut.

*Dear, sorry, i telah "berbuka puasa kasut". =D Tapi kasut tu chantek kan...*

Kasut apa?

Hahaha.. nanti i tunjuk ye korang.

Cun giler~

And I'm soo happy again today~

Lupakan yang lain.

Think Big, Think Positive, Think Me!


Thursday, February 19, 2009

Blessing In Disguise?


Ok.

I'm missing to start reading your blog again.

Since I came back from KK, I haven't start doing my routine. (Sorry guys..) There are lotsa things I wanna tell. About my trip, about me being a good photographer (you can look at the results tau nanti..), about my favourite model (I finally have a model taw. That's way so cool!) and especially about some infos I wanna share regarding mommy thingy (STILL, I'm not pregnant). =D

This week is an amazing week for me. I learn a lot.

Especially today.

.

.

.

.


I think I made a mistake.

Yeah..yeah.. People make mistake.

Fine.

I admit. It's probably (I said PROBABLY) my mistake. Part of it. Ok, MAY BE all..

*Sigh*

But could you be more professional? Shame on you fer keep on spreading the news which actually was about you doing bad things. YOUR MANNERS I mean. Bad mouth!!

Boo....

I wanna boo him! Booo..

Cool la weyh! Chill! Tak payah nak kecoh-kecoh macam mak-minah-suka-gosip-yang-takde-idea-nak-gosip-tapi-tengah-carik-gosip punya orang~

SENGAL!

I'm pissed of.

Seriously.

And why on earth am I talking about this stoopid unprofessional man here?

Daymn!


Sunday, February 15, 2009

Words Of The Day

Dear always said:-

[1] Terkedek-kedek macam keledek

[2] Terhegeh-hegeh macam taugeh

[3] Terbatuk-batuk macam belatuk (I add this)

[4] Terangguk-angguk macam pungguk (I add this too)

=D

Rasa best pulak main-main dengan words ni kan. Korang nak tambah?


p/s: Dear, saje je i glemerkan words u nih. And I'm not missing u~

Thursday, February 12, 2009

Ready To Go~


[1] Baju+jeans --> checked!
[2] Kasut+ flipflop --> checked!
[3] Toiletries --> checked!
[4] Wet attire --> checked!
[5] Sun block --> checked!
[6] Shades --> checked!
[7] Make up --> don't really need, but checked!
[8] CAMERA --> er...checked kowt~
[9] Phone charger --> checked!
[10] Sekeping hati dibawab berlari --> checked!!!
[11] Tiket --> er..checked ke Izdi?
[12] Keje-keje kat ofis --> SETEL!

Now I'm ready to go! Yay!! Tak sabarnya tunggu pagi sok..

Ok korang.. will continue when I have a chance ya~ Till then, take care!


p/s: Cik Ian, Tahniah ye chegu~ Ngaja yang betul-betul..jangan nyempang plak. mementang ada ajar Sivik and Pendidikan Seni, kang ada yang asyik lukih guna eyeliner plak. =D


Wednesday, February 11, 2009

La Multi Ani


Means Happy Birthday. That's how Romanian say it.

=D

I have a best friend. Sangat best. Really best.
*Dia baik sebab walopun telinga dia selalu didera untuk mendengar segala rintihan, rentetan, rengusan dan banyak R word lagi, dia TETAP KEWL dan tetap memberikan kata-kata pendorong yang dapat motivate me*

She's turning 26 today.

Good looking. *She's way prettier than me. Seriously*

Tall. *taller than me*

She has the model figure.*And she can dance the Shadow dance. Susah tu nak buat~Now you see what I mean, huh? Dapat gambaran tak 'model figure' tu? Eheh.*

Nice and polite.

She is more conservative than we think she is. In a good way of course.
*Takde la sampai nak keluar dari rumah pon tak boleh..*

She has this "gadis Melayu" attitude. And always make people around her feel so warm.. and she'll always keep us in a positive "environment". But ofkos, don't mess with her la kan..

She's 150% SUPER nice, gorgeous, friendly and again, dia sangat baik hati.

Enough said. *takleh puji lelebeyh neyh~ Sket-sket ckop!*



La Multi Ani Izdi!!!


May Allah grant all your wishes, panjang umur, murah rezeki, diPERTEMUKAN JODOH yang baik-baik aja, diPERCEPATKAN JODOH (seswei ke?) dan semoga mendapat rahmat dan barakah di dunia dan akhirat.. Bahagia selalu yek!


p/s: ada sesapa yang belom kawen lagi tak? Borang ada lagi nih. hihihi. *kidding izdi*

Er..p/s lagi: La Multi Belated Ani Tina~. It's not too late to wish you can darl? *hugsss*


Ta-daaa~





: I FINALLY skate :




: With my instructor, Nickson. Thanks so much for being so patience with me :


Akhirnya..berjaya jugak aku pegi belajar skate ni. Walopun kejap dalam satu jam je. I think I wanna skate seriously. Ha ha~ Seriously.. I want to learn more.. Hurmmm... Am considering of taking skate lesson at Skateline..

Anyone nak join me?

It's a big step for me in order for me to make a different in my life, add some new colours to it. I'm so glad I'm doing this!


Monday, February 9, 2009

Cyclefest LTdL 2009 [Day 1]


Ngee...

Lepas balik dari Program Jom Tanam Pokok tu, me and dear pegi ke Cyclefest sempena Le Tour de Langkawi. Cyclefest ni start harini and it's a side event sempena LTdL 2009. Banyak program dorang buat. So basically Cyclefest ni start on 7 sampai 9 Februari 2009 di Presint 3, Putrajaya.

Nak dijadikan cerita, kitorang sampai situ dah pukul 6 petang. Ramai yang dah pack stuff nak balik. And we kindda missed the activities for that day, and among them was Pertandingan Basketball 3 on 3. Dah lama tak tengok. :(

Tapi, untungnya kitorang ni, bila dah sampai lewat petang, we met few artists as they were preparing for a mini concert (which had been held on the night of the event). Plus, we got special price for Gardenia promotion. Gardenia tengah buat promotion dorang punya roti baru, Choco Raisin. Sedap weyh!



: Model Choco Raisin? :



Siapakah artis yang kitorang jumpa???
.

.

.

Jeng! Jeng! Jeng!



: The Malaysian Pelawak. But er..I don't really remember their names except Imuda :



Ada satu booth untuk Save The Wildlife ke lebih kurang la. Dorang ada jugak buat donations. To those yang nak ambik gambar with the parrots or ular sawa, boleh derma RM2 for each snap. =D I took a picture with the parrot. I think it loves me. Sebab bila ambik gambar dengan orang lain, parrot ni keras je. Bila amek gambar dengan aku beriye dia lompat-lompat and I was screaming. Can't believe that!



: Look at the parrot~ Dia asyik menunduk and gerak-gerak :




: Skateline Malaysia was holding a skate lesson, for FREE :


Watching them skate would only make me wanna skate. And now I think I really wanna learn to skate. Yeahhh baby! I wanna skate!! It's gonna be my new thing to do this year~ Apart of sky diving, bungee jumping and lots of stuff lagi yang tatau bila mau buat. hikhikhik.



: Wish I could ride one of those~ hikhikhik :




: One of the sponsors - Volkswagen :



: I wonder what had caught his attention. Er.. was it me?? LoL :


Lepas dah banyak booth tutup, kitorang pon jalan-jalan kat Putrajaya ni.. Nama je dok Putrajaya, tapi tak penah jenjalan kat sini pon. Kalau orang luar beriye datang sini. Tapi seriouslu, banyak gile bangunan yang cantik-cantik kat sini. And now they're bulding Masjid Kiblat Bergerak. Ada yang panggil masjid tu Masjid Besi. Cantik sangat~ Tapi under construction. Nanti kalau dah siap I'll show you the masjid ya.

So I think it's time for me to pen down. Til then... Nanti aku sambung untuk day 2 ye. =D


Wednesday, February 4, 2009

Moderation Is Better


Ha..tu la.. Orang kata, buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali. Nak happy berpada-pada, jangan sampai termakan diri..

Semalam beriya satu hari aku happy, masuk hari ni, macam-macam dah jadi. Sebagai permulaan..

[1] Massive traffic jam kat satu-satunya bulatan kat Putrajaya (yang kononnya mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas) disebabkan oleh accident :- Viva vs Motor Honda 100cc kot.

[2] Masih awal sampai kat ofis, sekali nak parking..... Nahh~ Punya la ramai kereta.. Taktau pasal apa. Pusing-punya-pusing-punya-pusing, satu kekosongan pun takde. Aih.. Last-last aku masuk parking kawan aku. (Dengan niat, mungkin dia dah park kat tempat lain sebab selalu dia datang awal), tapi aku silap.. So, aku park kat situ dan dia terus carik parking lain. Hati kucilkku berkata "Yay!!!" *keji kejap*.

[3] Masuk ofis, NALLAAAA punya paper atas meja aku.. Keje banyak.. But that wont let me down, easily. Kerja itu ibadat.. Teruskan keje (walaupun ada sedikit perasaan malas dalam hati). :]

Dan..

Yang paling menyeksakan jiwa..


.
.
.
.
.
.

[4] Ada orang bawak masuk DURIAN dalam ofis. Daymn I hate durian! Blugh~ rasa nak pening, muntah, tak boleh bernafas dan seangkatan dengannya..

Ujilah aku dengan pelbagai masalah sekali pon, janganlah diuji dengan bau durian ni.. Ya Rabb!

Blugh!

Tak tahan...

:'(

Nak lari..pegi makan sushi..

Sape nak ikut?!?!


Tuesday, February 3, 2009

What A Wonderful World~



I'm soooooooooooooooooooooooo freakin happy!!

For some reasons of course:-

[1] My boss(es) had just saved my ass from being kicked. Er..was it a good thing to say? Nope. It should be like this
"Boss-boss saya telah menyelamatkan saya dan karier saya. Mereka telah memaafkan saya (taktau laaa bape % dorang bagi untuk penilaian aku tawun ni..). Saya telah membuat satu kesilapan dan telah berjaya (dengan izin Allah) menyelamatkannya dan membetulkan keadaan. So things are back to normal. I was so freakin scared for what had happened (Only Allah knows and I truly rely on Allah). Serious man, Im sooooooooo relieved~ And thankful too~ Alhaldulillah..

[2] When I feel like I'm just terlepas dari melakukan kesalahan, I just can't stop talking. So I talk the whole day. Like "Talk..talk..talk..talk.." I was talking non stop even when I reach home. Dear said, "Hey, u look daymn happy today" and I said "I am. I'm enjoying the moment". *big grin* :D

[3] I have a bestfren who is a close fren to my boss. Even he had told my boss about the "lil chat and gossip" we had (ofkos about my boss - kutuk kritik boss dengan niat sekadar mengenali boss dengan lebih dekat, takde maknanya kutuk-kutuk boss... tak baik ye~), I still forgive him. Bayangkan he'd been telling my boss about the kutukan n kritikan I had about him??? Gawd. I was supposed to marah him but I didn't. Seee? How happy I am today. And I don't wan't to waste any minute, any second to marah people and spoil my happiness..

See? Enjoy your life!

[4] I read Cik Ian's blog just now and she talked about her first luv and first crush. Does it mean the same? *wink* And know wut, it reminds me of my first love. And I have a secret that I wanna tell you (because dah not a secret dah..)





~I USED TO LOVE LIKE GUYS WITH THICK EYEBROWS~
hikhik. *gelak gatai*
~blush~






My first and second crush both have thick eyebrows (I couldn't post their pics kat sini..nanti I kene cepuk dengan wifey dorang..and dear pulak..*adeih*). I really had no idea why I like those kindda people. But when I looked at a guy, eyebrows are the one I focused first.






: See? Hemsem kan?? :



Abang, pinjam gambaq sat~ Gambaq sapa, i pon tatau..TQ..







And after few years "chasing" Abang Kening Lebat (no spesific Abg Kening Lebat here), I failed. And gave up. And start thinking.. Like normal people. And..and..and.. Dear came. Touches my heart n make me melt..upside down.. Feel soo Aaaahhh kindda thing. Hikhikhik *again, gelak gatai*






: This is what I kept telling myself to forget Abangss Kening Lebat :
: Picture is from here :




Funny thing is:-



: Dear :


I marry a guy with no thick eyebrow but senyum lebar. How? Why? Because I'm so in love with him.

Love

Love

Love



Bak kata Bujang Lapok,

"Walopun rupamu tidak ku kenal, tetapi senyummu tetap menjadi pujaan hatiku"



And since he loves this song so much (sampai kat kenduri kawen pon dia buleh request suh band nyanyi lagu ni), so I downloaded it specially for dear. Dengar sampai buleh hafal okeh. I tannak letak lirik.

:p




Thanks to mp3raid.

Monday, February 2, 2009

That Was Only A Dream

Today, I woke up with tears in my eyes. My pillow got wet.
Then I realized..
I cried in my sleep. It was just a dream but I felt so real.

I'm scared.

So scared.

I looked at my watch. It's 530 in the morning. I wasn't sure, Was it
a sign of something? Was it real?

I don't quite remember how and why does it happen. But in that
dream, I was crying. Dear had just passed away. He was lying and
there were a lot of people reciting Yassin. I just got back from
somewhere. I couldn't remember.

It was soo dramatic. Soo like in a drama.

But it seemed real. To me.

When I woke up, I could see he's still sleeping. He's still beside me.
I'm so relieved. And thankful that he's still breathing. Glad that it
was just a dream.

When he was siap-siap to go to work earlier on, I couldn't say a word.
I kept on saying "Take care dear" "Hati-hati tau". I didn't tell him
about the dream.

What if it's true?
How would I live without him around?

I can't think more. That would make me shed into tears. Again.

*Sigh*

I never say this frequently, but I just wanted you to know that deep
down my heart, I'm so glad that I'm yours and I truly love you.
Thanks so much for taking good care of me.

If I die tonight, I know you'll smile when you read this. =D


p/s: So teringat the P/S I love You movie. I read the book and I watched the movie too. I think I'd prefer the book than the movie. It touches my heart more than the movie. Heart Cecilia Ahern~


After he got back from work, I start to cari pasal with him. :D I gez it's juz the way of me showing love to him. Love cari pasal with you, And love you most when I failed to make you mad at me.Wonder how can you stand me. Hihikhik. I love you dear. I really do! *Hugsssssszzzz*


Sunday, February 1, 2009

Nobody



Cuba korang compare video-video ni..




: Nobody by Wondergirl :





: Somebody :






: Notice tak the sexy shoulder? :




Nieces: Amanda (in pink shirt) and Aisyah (the back up dancer). Agak-agak korang la kan, layak ke anak-anak buah aku ni masuk So You Think You Can Dance Malaysia? Tergedik-gedik ikut auntie Wondergirl ni menari. Abeh berkecah bilik tu dibuatnya.. haih.. =D