Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Diet?? Try Banana~


Sekarang ni keinginan untuk makan adalah super-high~ But at the same time I have to control my weight, supaya tak naik banyak sangat and boleh ada possibilities untuk kena diabetes laa apa la..

Well.. I have a chance to share this problem with some of my friends. And banyak la yang dorang suggest. And from readings pun ada jugak suggestions like eat healthy food - more grains and veges and fruits. Heh. Memang itulah makanan harian i pun. But stil dengan keadaan sekarang ni, senaman pon kena light je, tak boleh keluarkan peluh yang banyak sangat (er.. kecuali masa panjat Broga Hills haritu. Eheh).

Few of the suggestions yang i ikut adalah:

1. Split meal - maknanya makan setiap 2 jam. Split breakfast, lunch and dinner. So basically saya makan 2 breakfast (7am - heavy, 10am - lighter - cookies or 2 keping wholemeal bread). Lunch at 1pm, then yougurt at 3pm, light dinner (kebab, macaroni soup or spegeti sikit) and minum lots and lots and lotsa water..

Er.. setakat ni berkesan. I kurang lapar dan pemakanan terjaga. Serious susah nak control diet during my pregnancy. Er.. maybe ada orang yang senang, but my part... hurmm.. susah lah!


2. Banana diet.


Ini I tak berani nak try lagi. Tapi korang semua boleh try. Diet ni adalah yang paling famous kat Jepun. Serious... Caranya senang. Bangun pagi terus minum segelas air suam. Then makan banana banyak-banyak sampai kenyang. Then untuk next meal you can eat everything you want! (tapi jangan la over sangat.. healthy food ya...) Then yang paling penting, jangan lupa sebelum tido, minum another glass of warm water. Again, warm water ni function untuk detox.

Tapi ada jugak yang cakap eat one banana before having our meal. One before breakfast, one before lunch and one before dinner.

And ouh, seperti sunnah nabi, lebih elok dinner adalah sebelum jam 7 (correct me if I'm wrong). Supaya by the time kita nak tido tu, makanan semua dah well-digest dah. And most important part is, jangan tido lambat tau. Get your beauty sleep before midnight~

Cuba korang try in 2, 3 weeks, and let me know the results yah!


More info on banana diet ni, boleh dapat kat sini, sini, sini dan banyak lagi....


Happy loosing weight fellas!

Thursday, June 10, 2010

Night Time is S-C-A-R-Y~



Bila tiba waktu malam je, saya jadi tak selesa.. Malam je takut.

Bukan apa, sebab tak reti macamana nak tido. Betul, cakap! I couldnt find my right position to sleep. Menyebabkan saya adalah resah bila tiba waktu tido~ Pusing kiri tak selesa, pusing kanan si kecik ni menendang2 lagi kuat. Agaknya dia terpenyek tak.. Kalau tido menegak, sakit belakang.


Haih~


Macamana ni...


Keresahan di malam hari adalah bersambung hingga ke esok pagi. Sebab teda baju yang best untuk pakai pegi office~

Ouh.. dugaan...


Susah la nak cari maternity shirt yang best untuk p office.. Semuanya makes me look real BIG!

(T_T)


4 months to go~

Sabar lah wanmaisarah~


Monday, May 10, 2010

Benefits of Carb


Last week, I did my routine check up kat klinik kerajaan. This is my second (and probably my last) visit. Tak suka datang sini. Tak best.

I gained about 2kg in a month (which sepatutnya I should only gain 500g per month). So the nurse said I should take less carb from now on. So I followed her advice.

Last weekend I managed to eat less (as in sehari sekali je makan nasi) carb than I usually take, and I did it.

But today, when it's only 11am, my stomach is singing dah~

Laparnyeh!

Betul ke ni? Selamatkah if tidak makan nasi or karbohidrat yang banyak?I think people say preggers should take more calories thank normal women~ Kan?


Friday, May 7, 2010

Macho Makan Diri


Pagi-pagi ni saya ternampak satu quotation :

"Many things are DIFFICULT BEFORE they are EASY"

So.. let's forget about all the bad things dan mari bersuka ria.


Anyway, selama ni saya selalu cuba mengelakkan diri dari berasa lemah atau dilayan sebagai orang yang lemah (nak being macho la konon). Tapi skang ni baru sedar kerana ianya adalah memakan diri. Heh!

Saya rasa macho bila :

saya tidak mengalami sebarang morning sickness, mengidam nak makan apa-apa dan seolah-olah saya adalah tidak "berdua". Syukur ke hadrat Ilahi la kan sebab orang lain siap ada yang kena masuk wad. Saya juga berasa macho sebab saya bukanlah penangis.

Tapi macho itu memakan diri apabila :

Saya diuji dengan menda lain, seperti hati ini sangat fragile dan saya asyik menangis dan berasa terharu. Saya boleh menangis atas pelbagai sebab, sesimple simple sebab pun, seperti mendengar cerita pasal orang dapat baby dan membaca artikel pasal orang buang bayi. Saya bukanlah penangis seperti ini. Tetapi kini saya adalah penangis tegar.

Gila.


Saya merasa macho bila :

Saya masih boleh memakai kasut tumit tinggi (er.. takde la 3 inc. 2 inch saja) walaupun pada ketika itu saya sudah 3 (approaching 4) bulan.

Tapi ianya memakan diri apabila :

Saya mengalami sakit pinggang yang agak teruk dan ianya menjadi lebih dahsyat bila saya nak tunduk pakai kain ataupun memakai kain semayang dan terpaksa menunduk untuk masukkan kaki. Teruk! Sebab kebanyakan orang hanya mengalami sakit pinggang ketika 6 bulan ke atas. Haih!


Saya merasa macho bila :

Saya masih boleh pakai baju-baju ofis termasuk baju kurung yang ikut badan itu.


Tapi ianya memakan diri apabila :

Senak perut haku bila nak sujud dan rukuk. Akhirnya saya tukar uniform. Dan selepas itu, saya boleh rasa budak ini bergerak dengan kerapnya. Alahai.. Sian awak!




Rasanya cukup sahaja saya menjelaskan keadaan saya yang macho dan memakan diri. Banyak lagi kerja-kerja gila yang macho dan masih saya buat seperti ingin berjogging dan saya juga main badminton. Tak perlu saya cakap keadaan yang memakan diri lepas saya buat kerja-kerja gila ini. Nanti puan-puan jangan buat macam ni ye. Sila sedar diri sebelum ianya makan diri.


Moral of the story : Macho itu makan diri!



Haih... I need to exercise ~



Friday, April 23, 2010

Persoalan - Somebody please help~



Sejak kebelakangan ni, banyak yang difikirkan. Since it's been four months dah, I think this is the right time to start thinking about this secara detail dan serious.

Hurm..

Since cuma tingga lagi 5 months before my lil junior ni keluar, I have lotsa questions yang berlegar-legar. I dont know mana satu yang I should do first.

1. Bila masa yang sesuai nak beli baju-baju si kecik ni? Like now ke.. tunggu bila dah 7 8 months ke.. tapi larat ke by that time nak jalan-jalan cari barang?
2. Berapa pasang baju yang cukup eh?
3. Nak beli saiz macamana eh? patut beli kecik ke besar? kang beli kecik yang keluar lebih besar ke.. Seriously.. taktau~
4. Patut ke we consider buying a bay cot since akhirnya i gez si kecik ni akan tido sebelah mommy jugak~
5. Nursery ke rumah pengasuh je?

and the most thinkable question adalah


Patut tak I tau gender of this lil junior?


Kalau I can wait for 4 - 5 months untuk tau sex si kecik, takkan I can't wait for another 4-5 months sampai dia keluar kan. Macam surprise la sikit kan. Macam orang dolu-dolu.

Tapi kalau tak tau, berapa lama I can wait to not to know the gender~

Hurm...



I'm getting more nervous.

Semakin hari semakin terbayang-bayang..


Boleh ke aku makin netbol lagi selepas ni eh?

Takkan bawak budak kecik p padang and dok dendiam dalam stroller?


dan..


Kalau mommy and daddy ralit tengok MU ke Kedah ke main kat TV, boleh ke control suara untuk tidak menjerit..

Hurm..


p.s. izdi, i'll mail you my pic when im really really "fat"

hahaha~

Thursday, January 14, 2010

Getting Pregnant?


Hurmm..

Sape ada plan nak get pregnant angkat tangan!!!

Ye.. terima kasih.. Sila turun tangan balik..

Sebenarnya ada menda penting yang kita kena kaji dulu sebelum kita pregnant ni. Kena ada plan! :) There I go again.. planning and listing are among the things I must do before I do something.

Anyway,

Suka nak diingatkan kat sini, untuk kawan-kawan yang nak pregnant ni, sila mulakan dengan pengambilan asid folik sebagai supplement. Lebih elok diambil bermula dari 2 hingga 3 bulan sebelum merancang nak pregnant.

Bukan.. bukan..

Asid folik bukan bantu untuk bagi hasil tuaian menjadi. Tidak~ Asid folik ni bantu pembesaran minda dan tulang termasuk pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, kulit dan organ anak-anak kita. Lebih elok kita ambil awal. Sebab pengambilan awal asid folik, bole prevent baby kita dari mengalami kecacatan atau pun kena penyakit "Neural Tube Defect" (NTD).

So, perancangan awal adalah perlu. Lebih elok kalau pengambilan asid folik ni diteruskan sampai la kita bersalin. Apa pun yang penting adalah nasihat dari doktor. Jangan ambil sebarangan eh~

Selain dari pil, asid folik ni boleh didapati dari banyak sumber, yakni:

1. sayur hijau
2. bijirin (rujuk kandungan ada tak asid folik)
3. beras perang
4. daging lembu

dan banyak lagi..


Jadi, mulakan perancangan anda dari sekarang!!

Yosh~

Saturday, June 20, 2009

Tips Untuk Ibu-Ibu Mengandung~ La..La..La..

Kenapa sesetengah orang selalu mengalami tekanan darah rendah bila dia mengandung?

Padahal dia makan untuk dua orang kan?

Er.. Penat sangat ke mengandung ni?

Ouh, itu tidak dapat aku komen pape, sebab belum ada pengalaman.

Tapikan, yang peliknya, kebanyakan kawan or family aku yang mengalami tekanan darah rendah ni adalah kawan-kawan dan family yang berbadan genit, er..petite, er..dan juga kategori ketinggi di bawah bahu aku. Dan juga kurus.

Kesian dorang ni..

Dah la mengandung, tekanan pulak rendah. Ini kalau dibiarkan boleh membahayakan baby jugak..

So, when I read this book - Enskilopedia Perbidanan Melayu by Anisah Barakbah, this is what I found:

Tips untuk meningkatkan tekanan darah bagi ibu-ibu mengandung:

Minum la air rebusan kismis. Sedap~

Bahan-Bahan dan kaedah:

2 sudu besar kismis kuning direndam atau direbus dengan 3 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Biarkan sejuk dan minum airnya~ Amalkan 3 kali setiap hari. Insya-Allah tekanan darah makin ok~

So ladies, jangan risau-risau lagi ye..

Selamat mencuba~

Tuesday, May 26, 2009

Pengantin Perempuan, P.L.E.A.S.E...T.A.K.E...N.O.T.E..


RASULULLAH S.A..W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :


Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

“Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

“Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam



Saidina Ali r.a bertanya :

“Wahai Rasulullah,mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”


Baginda menjawab :

“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”


Saidina Ali r.a. bertanya :

“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?
(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)”.


Baginda menjawab :

“Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .


Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran . Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”




Me:
Hurm... wish I knew this earlier.. haha.. tak tau laa aku makan apa masa mula-mula kawen dulu. And hey, buku ni memang menarik...

Kepada ibu-ibu yang baru mengandung, banyakkan minum susu kambing tau~


Kenapa?

.
.
.
.

Er.. baik untuk kesihatan. Nanti saya cite lagi okeh~

(^,^)


Tuesday, April 28, 2009

Book I LoVe (^,^)

I bought this from KL Book Fair 2009. Worth every cents spent~ Serious.. I got this fr only
RM 116.00 (^,^). Luvvit!!



: Ensiklopedia Perbidanan Melayu :

Sebenarnya dah lama mencari buku-buku yang macam ni. Bukan la berniat nak tukar kerjaya, cuma bidang perbidanan ni semakin lama semakin dilupakan oleh golongan-golongan muda macam kita. Kalau berpantang pon mengharapkan bantuan mak atau nenek kita. Ada jugak bidan-bidan kampung yang arif pasal ni, tapi tu la.. kalau rumah dah terceruk kat Putrajaya ni, ada ke "Bidan Kampung"?

So, selain daripada pengalaman menarik nak ke Pesta Buku hari tu, memang sangatlah berbaloi bila jumpa buku nih. Thanks so much to Nona Roguy and Utusan Malaysia kerana berjaya menerbitkan buku nih. Semoga perjalanan blog ni lebih panjang dan semakin "sarat" dengan ilmu-ilmu untuk ibu-ibu mengandung pulak.. hehehe.

*Bila nak sampai turn aku pulak aa... :p*


p/s: Tak de niat nak "republish" or copy or ciplak buku ni.. Sekadar berkongsi dan mengembangkan ilmu sedia ada, termasuk ilmu-ilmu yang nenek kita ajar..


= peace=


Monday, April 13, 2009

Gifts From God


I'm getting worried. Or more like "concern" about having a baby. I don't think that I'm ready for it, but when I think back, I'm not even ready to get married. But here I am. I'm married.

It's crap if you don't feel anything when people ask you "When are you gonna have babieS?". I wanna have twins like I said but yeah, after all it's a gift from Allah. I just pray for it.

Anyway, that's not the whole point.

I got a news today. It's about my friend. The urine pregnancy test proved that she's pregnant, but when she go to the hospital, they couldn't detect any "dots" in her uterus. They suspect she might have an ectopic pregnancy.

I don't know..but I'm scared~ What would happen to her?

I just pray for her best. Hope she and the baby will be fine.


Thursday, January 15, 2009

Kisah Seram di Tandas Wanita, Tingkat 7.


Dari minggu lepas lagi, hidung ni asyik sroh..sreh.. sroh.. sreh..tekak ni kejap-kejap gatal. Sekali berdehem, dua kali gatal. Dua tiga kali berdehem, pehtu dia mula la batuk-batuk.. Rasa macam nak garu-garu je tekak ni dengan buluh penggaru yang macam garfu tu. Alahai..makin lama makin panas badan ni. Muka makin merah. Tangan kaki makin gigil. Ini sejuk tahap winter dah ni. Memang aku dah tak larat. Tapi aku gagahkan jugak. Aku kan gagah. So, why not kan.. =D

Nak dijadikan cerita, harini memang aku dah tak larat sangat dah. Batuk kokol ni makin menjadi-jadi pulak. Setiap kali aku batuk, aku pandang muka opismet aku yang dok kat depan aku tu. Aku batuk lagi, aku pandang dia. Mana tak nya, suara aku dah makin garuk. Sekali batuk, terkeluar suara jantan. Sekali batuk, keluar suara pompuan.. Malu aku~

Aku dah tak tahan lagi nak control batuk, aku pon pegi ladies. Konon nak batuk puas-puas before aku masuk sambung keje. Beriye aku batuk nih. Sampai merah muka-muka ni. Nak keluarkan segala menda dari dalam tekak aku ni. Meleleh air mata setitik dua.. Alahai..

Setelah penat batuk, aku pon berdiri kejap sambil pegang perut. Ye la, batuk kan guna tekanan dari perut. Bila aku pegang perut ni, aku bayangkan, kan bagus kalau sekali batuk, dua kali perut aku kempis. Jadi takde la aku penat batuk sangat. Mesti aku suka batuk. Sebab hasilnya perutku makin kempis. Tetapi, harapkan pagar, pagar makan padi. Lain yang aku harapkan, lain pulak yang jadi. Rupanya perutku tetap dengan saiz yang sama. Haih.. Macamana laaa aku nak cari motivasi untuk aku teruskan pembatukan tak berbuah ni. Penat!!

Bila dah agak lama aku pegang perut aku ni, tetiba aku terdengar suara samar-samar dari sebelah dalam tandas. Aku diam. Mungkinkah.. aku bermimpi?

Atau mungkin telinga aku berdengung sebab batuk kuat sangat?

Aku mula menumpukan perhatian.

Aku tutup air. Nak dengar ni. Bunyi apa sebenarnya.. Aku kira sampai lima. 1..2..3..

Belum pun lima saat, tetiba aku terdengar bunyi pintu berkeriut. Tangan aku dah makin sejuk. Ah sudah.. dah la perut aku ni macam cramp je. Mula la aku terbayang, macamana aku nak lari dari toilet ni tanpa bunyi tumit kasut aku? Dengan kain kebaya ni? Dengan perut yang cramp ni? Adow.

Makin gigil aku.

Apa aku nak buat ni..

Idea..

Idea..

Aku tetap macho dan tunggu lagi. Kira sampai 10 pulak. Nak tengok apa sebenarnya yang berlaku. Suara siapa sebenarnya tu. Hurm.. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. Tak keluar jugak. Aku kira lagi sampai 10 jugak. Ntah kenapa laaa kalau kita nak kira je mesti dari satu sampai tiga ke, satu sampai lima atau satu sampai sepuluh? Kenapa tak satu sampai sembilan ke.. tujuh ke.. Sempat lagi aku fikir macamtuh.

Ishk. Teruskan kira..


1.. 2.. 3.. 4.....9.. 10


Pap!!



"Kenapa ni? Muntah ke?"

Cet! Rupa-rupanya ada orang dalam tandas tu.. Mesti dia tahan gelak dengan batukan-batukan "kecil" aku yang suara kejap macam jantan, kejap macam pompuan. Haih.. Sekarang baru aku terfikir, aku ke dia yang takut sebenarnya?

=D


"Er.. er..Ouh.. ni? Saya tak muntah kak.. Er.. saya batuk je kak"

"Ouh..sampai macamtu sekali eh.. Ingatkan dah 'berisi' ke.. Risau akak nengok"

"Eh, tak la kak.. Saya batuk sikit je.."

"Itu la akak tengok, tak berisi lagi ni.. Kasut tinggi, baju kebaya macam gini. Tengok gaya pun dah tau ni".

Ampeh. Ke situ pulak dia.. Sempat pulak dia sambung..

"Bukannya apa Cik Wan, sekarang ni musim orang kawen la..musim orang mengawan la..kat opis akak tu dah ramai dah yang berisi.."

Pulak~

Perlukah aku nak mengandung pun mengikut musim?

Kenapa kalau orang tengok kita muntah je orang ingat kita pregnant? Kenapa tak ingat kita sakit ke.. batuk ke.. cirit-birit ke..taun ke.. atau terkena Chikunguya ke..

Aku senyum kelat je.

"Tak la kak.. Saya ok.. Mekaseh ye kak".

Aku pon keluar dari tandas dan terus masuk ke opis aku balik.

Haih.. Dah la aku penat membatukkan diri, sekali "terkena" soalan-soalan sensitip macam tu pulak.. Pasrah je aku.. =)

Dan untuk makluman, bukan akak ni je yang tegur aku ingat aku "berisi", setiap kali aku pegi batuk kat situ, mesti adaaaaaaaaaaaa je staf aku la, atau akak itu la.. akak ini la..dorang ingat aku dah mula alah-alah bawak budak. Boleh? Padahal dorang taktau ke petang-petang aku pegi menggedik kat padang main netbol. Haih.. Kalau betul aku berisi, satu donia akan thaw~ Hehe. Doa-doakan la ye.. Amin...

Dan sekali lagi ingin aku ulang, SAYA TIDAK PREGNANT~

Sekian kisah seram saya di Tandas Tingkat 7.

Hehe..

Seram ke tapi?


p/s: Penatlaaa bernafas ikut mulut neyh~ heuheuheu..
Nak cari obat..nak cari obat..


Friday, November 28, 2008

Pregnant Kah?


Sebagai menyahut cabaran sahabat saya, kali ni saya akan menggunakan Bahasa Malaysia SEPENUHNYA. Ya, SEPENUHNYA. =)

Pejam celik..pejam celik..sekarang dah hampir masuk bulan Disember. Ini menandakan sudah genap lima bulan saya jadi isteri. Menarik tak menariknya menjadi seorang isteri ni, Banyak yang saya belajar dalam tempoh lima bulan ni. Mungkin masih baru untuk saya cakap banyak mengenai perkahwinan, tetapi walau macamanapun, saya ada 'tiket' untuk bercakap mengenai perkahwinan.

Boleh dikatakan setiap hari, akan ada orang yang bertanya,

"Cik Wan, dah berisi ke belum?"

atau

"Sudah ada rezeki?"

atau mungkin

"Lain macam je nampak..ada apa-apa dah ke?"


Walau berapa banyak bentuk pertanyaan yang dilemparkan, maksudnya tetap satu. Dan saya pun ada SATU jawapan kepada seribu bentuk soalan, YAKNI :-


"Tak. Saya masih tidak mengandung. Er..mungkin perut saya makin moncet, tetapi itu bukanlah tanda-tanda saya mengandung.. Elo kawan..meh saya cerita apa tanda-tanda orang mengandung ya~"


MENGANDUNGKAH ANDA? Meh, kita periksa!

  1. Bagi wanita-wanita yang mempunyai kitar menstrual yang normal, senang sangat nak kesan samada dia mengandung atau tidak, iaitu tiba-tiba saja dia tak datang haid. Kalau datang bulan pun mungkin sedikit lewat daripada biasa, atau mempunyai pendarahan yang sedikit berbanding biasa.

  2. Bagi sesetengah wanita, akan mengalami pembengkakan buah dada dan puting. Ini disebabkan oleh perubahan hormon estrogen dan progestron yang dalam proses untuk bersedia ke arah penyususan nanti.

  3. Wanita-wanita yang mengandung ni, pada peringkat awal, mesti akan terasa kepenatan tahap lampau. Er..dengan erti kata lain, kalau selalu boleh berjalan kaki untuk buang sampah di hadapan rumah (yang jaraknya mungkin dalam 30 hingga 50 meter sahaja), tapi kalau mengandung, dia dah tak larat dah nak berjalan, walaupun dari dapur nak ke pintu depan rumah. Hal ini bukannya apa, perubahan hormon ke arah persediaan untuk 'menyambut' bayi ni, sedikit sebanyak memaksa badan bekerja lebih keras daripada biasa untuk menyesuaikan keadaan dengan perubahan hormon tersebut. Tetapi ada jugak wanita yang mungkin terlebih tidur (iaitu sehingga melebihi 12 jam satu malam) boleh juga mengalami kepenatan tahap lampau ni.. Tetapi mungkin la tak mengandung kan.. =D.

  4. Kalau dulu boleh berjalan mengelilingi Mid Valley dari jam 10 pagi sampai 10 malam, sekarang ni dari tempat parkir kereta pun dah tak larat berjalan masuk ke dalam Mall. Bercampur dengan makhluk-makhluk yang berpusu-pusu kat Mid Valley tu, sampai cepat rasa pening-pening.. meloya dan sebagainya. Wanita mengandung akan rasa loya-loya, pening nak muntah ni biasanya antara minggu keempat hingga kelapan. Tapi ada jugak yang mengalami muntah-muntah ni seawal dua minggu lepas tarikh konsepsi, dan ada jugak wanita yang tak mengalami loya-loya ni langsung.. Masa tempoh 'pening-muntah' ni la kadang-kadang rasa tak boleh bau kopi laa, bau badan suami, bau wangi-wangian, malah ada yang tak tahan bau sabun pun. Masa ni laa khidmat dan sokongan suami sangat diperlukan. Jadi, kaum lelaki, haruslah lebih tabah ye~

  5. Dalam tempoh sekitar trisemester yang pertama, wanita mengandung akan kerap ulang-alik ke tandas. Mesti rasa nak buang air kecil. Ini disebabkan oleh 'pembinaan' dinding uterus. Persediaan untuk 'memberi keselesaan' kepada bayi anda nanti.. Walau bagaimanapun, janganla sampai tertidur dalam tandas ya!

Setakat yang boleh saya baca dan kaji, ini adalah merupakan antara tanda-tanda awal la *yang tak de satu pun pada saya - mengesahkan yang saya TIDAK MENGANDUNG*.

Sepanjang tempoh sembilan sepuluh hari ni, memang banyak dugaan yang akan dihadapi oleh pasangan. Ini semua bergantung kepada pasangan tersebut, bagaimana hendak menangani masalah dan pelbagai ragam isteri. Isteri pun jangan terlalu 'mengambil kesempatan'.. =D

Ada pasangan muda yang baru beberapa hari berkahwin, sudah dikurniakan Allah dengan 'rezeki' melimpah.. Jangan dikesali pemberian Illahi. Walaupun belum bersedia, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang kerana Dia masih memberi kita masa yang lama untuk bersedia. Saya pasti tempoh sembilan bulan itu cukup untuk pasangan suami isteri untuk bersedia menjadi ibubapa yang baik.

Jadi, tiada alasan untuk tidak menjadi ibubapa yang soleh dan solehah untuk membina sebuah keluarga bahagia.