Sunday, April 3, 2011

Young & Dangerous~

Harini birthday daddy~ makanya sudah tambah lagi satu tahun. Lebih "muda", lebih "bahaya"~


video




Happy Birthday sayang. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dipanjangkan umur selalu. Semoga rezeki bertambah-tambah, dan sentiasa kita berada di jalanNya~ Sayang kamu!

Monday, March 28, 2011

Hannah & Avocado


Tak macam baby lain, Hannah mula makan masa umur 5 bulan setengah. Aik? Kamu pun? Well, bila saya cakap macam tu, ada yang kata "Eh, exclusive bf for 6 months la". And yeah, saya tawu. Tapi Hannah adalah sudah ready nak makan. Dan bila baby sudah ready nak makan, perlu ke tunggu mummy bersedia baru si anak dapat makan?

Well, ini kesah memula hannah nak makan..


Makanan pertama Hannah adalah.. some cereal breakfast. Masa tu ai malas nak prepare food. Keji punya mummy. Anak lapar, tapi mummy malas. -____-. Jangan tiru aksi itu.

Ada yang suggest pisang. "Ala wan.. bagi je pisang emas tu. Lecek-lecek bagi Hannah"

"Err.. takpe la. Aku nak try avocado dulu"

Mummy pulun.


After a few days, daddy Hannah rajin. Dia belikan avocado. Tapi avocado tu taklah ripe enuf untuk bagi Hannah makan. So we wait and wait and wait and wait...

..

..

..

.

.


Wait lagi.

.

.

Sampai dah ripe.

Baru Hannah dapat makan.

Tapi, macamana ripe tu? Hijau gelap. Kan?

Sepanjang penantian tu, mummy Hannah runsing. Ish. Haku tak penah makan avocado. Tapi saje nak bagi Hannah rasa. Macamana sebenarnya nak buat? Oleh sebab tak sabar dah nak bagi Hannah makan avocado, mummy tengok kulit pun macam dah gelap je, ok dah la kot. Terus peel avocado tu dengan yakinnya bahawa buah itu telah masak.

Korek punya korek. Ishk. Kenapa tak smooth. Susah pulak tu nak korek. Hurm, mungkin macamni kot tekstur dia. Takpe. kita blend n bagi Hannah je.

Eh, tapi dalam web tu kata mash je dah cukup?

Tapi takpe. Mungkin ini avocado Malaysia. So I did. Campur susu sikit and terus bagi Hannah. Hannah dengan rakusnya buka mulut untuk suapan pertama. Nervous mummy! Macam-macam yang haku pk. Boleh ke Hannah? tercekik tak? Nanti dia muntah balik ke? Nanti dia nak minum susu lagi tak? ke terus nak buah je, tannak susu? T_T


Tapi Hannah relax je. Selepas suapan pertama. Hannah buat muka. Bukan buat muka yang melawan cakap ibubapa tu. Buat muka bluwek macam tu.

Huh.

Kenapa Hannah? Tak suka? Try la lagi Hannah.. Hannah pun buka mulut. Suap lagi. Muka kelat pulak. Ishk. Silap ke ha.. Sudah la Hannah eh. Nanti sakit perut pulak.

So mummy gedik-gedik google. Buat research. Patut research dulu baru try. Ini terbalik. Mummy sangat tidak sabar lalu anak menjadi korban. Bukan. Bukan korban kasih sayang, cuma korban menjadi "Pencuba Makanan". Sian Hannah. Little that I know rupanya kaedah yang i buat tu adalah salah. Sebaik mummy ada kawan yang baik seperti Auntie Peanut yang bagi mummy link on how to prepare avocado.

Thanks auntie! Kalau tak Hannah akan tetap menjadi "mangsa" mummy.

Sebenarnya kalau avocado yang betul-betul-betul-betul-betul punya masak, akan mempunyai kulit yang berwarna hijau kehitaman. Macam kaler olive tu. Huh. Mummy tengok hijau gelap je dah potong buah. Memang la belum masak.

: Ini rupa sepatutnya :


Cuba bayangkan, yang dah masak tu isi warna kuning, nampak creamy n sedap kan? The one yang I tak sabar sangat tu, isinya warna green-yellow. Nampak sangat tak masak. But tu la tu, I dont know~ hohoho~ Sian..


Itulah, orang kata bagi je pisang emas, mummy tannak.



p.s. hannah sembelit. ouh noooo~ cane nihh



NOTE:
as for now, I am 100% supporting breastfeed and homemade food. Please please please bagi anak mula makan pada 6 bulan dan ke atas. This post is just a reminder to me (who had started a lil bit earlier than it is supposed to be).

Friday, March 25, 2011

"Hello, Boleh Cakap Dengan Kak Limah?"



Zaman Hantu Kak Limah ni rasany never ending kan. Well. I guess. Sebab setiap hari kat ofis ni, mesti ada jugak aku dengar orang jerit "Husssiiiinnnnn...." atau "Bako aje" atau "Sebaik ini harta kerajaan," dan macam-macam lagi dialog si Kak Limah tu.

Well. Bukanlah tujuannya aku nak buat movie review. Perlu ke moview review yang dah "berzaman". Walaupun tidaklah sezaman dengan cite P.Ramlee. Sebenarnya nak mengatakan yang movie di negara kita ni maybe dah semakin meningkat. Suka aku nak cakap cite Kak Limah ni lebih hebat dari cite Scary Movie The Series tu. I dunno why, tapi itulah yang aku rasa.

Anyway, dah berzaman tak menulis, jadi kekok sekejap. Bayangkan lah, ini adalah post yang ke-4 selepas saya bergelar mummy. Irony kan?


: Hannah, bukan Kak Limah :


Walaupun tiap-tiap hari mencuba, tapi tak dapat jugak nak update blog. Sebabnya adalah SAYA MASIH TIDAK RETI BAHAGI MASA. Seriously, menjadi ibu ni bukan perkara yang mudah rupanya. Kekadang rasa nak duduk rumah jaga anak saja. Tapi, setelah beberapa percubaan dibuat, nampaknya gagal. Percubaan tu bukanlah apa sangat pun. Cuma ambik cuti rehat untuk sehari dua and duduk melepak-lepak dengan Hannah Banana kat rumah. Tetapi masih gagal jugak mengemas rumah seperti yang diharapkan, apatah lagi nak mengemas blog nih.

Ah well.. Itulah ibu rupanya.

Sungguh menarek bila baca kesah Cik Lin ni. Cara-cara nak mendidik anak. Susahhhhh~ Betul susahh~ sebab macam-macam cabaran. Kadang-kadang terpikirkan kaedah terbaek untuk mendidik anak. Well, Hannah takde la tantrum sangat sebab baru 7 bulan. Nak buat perangai apa la sangat kan. Cuma nak bersedia. Konon la kan.

Selalu kalau pegi shopping kompleks, pernah tak korang jumpa dengan budak-budak yang berperangai yang korang rasa tak selesa? Seperti menjerit-jerit meronta-ronta menangis nak toys? Apa yang korang rasa? Atau kanak-kanak yang menengking ibu atau bapa dia for whatever reason?

Takut.

Kadang-kadang saya risau. Mungkin ini dilema seorang ibu kepada 7-month-old daughter. Apa pulak la delima orang yang ada anak dara umur 7 tahun, atau 17 tahun? hohoho~

Kita sudah jauh menyimpang.

Back to the topic, sebenarnya aku dok teringat-ingat. Satu pagi, ada orang call di office.

Me: Hello, Selamat Pagi.
Pemanggil : Hello. Ha. Kak Limah ada?

*Terkesima* Lalu menjawab "Kak Limah takde. Ini silap nombor ni".


And I was seriously dok tahan gelak. Ikutkan hati nak jawab je "Kak Limah takde. Kak Limah dah balik rumah".

Tapi tak sampai hati.