Tuesday, November 20, 2012

RR : Forgive. And Forget.


I think ada bagusnya kalau sekali sekali kita buat RR (Random Rambling).

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan, tapi amat payah untuk diluahkan.


Dalam hidup ni, tak semuanya perkara berlaku seperti apa yang kita inginkan. Sebab itulah Allah SWT ciptakan manusia ni dengan pelbagai ragam. Kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Trust, is another long story la kan. So does forgiving.

Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita seharian, sentiasa beringatlah yang kita ni punya agama. Kita diciptakan bagi mencapai matlamat yang satu, yang lebih hakiki. Apa gunanya kita mensia-siakan kehidupan sekarang ni ke arah kejahatan? Bukankah lebih baik jika kita hargai setiap perkara yang berlaku samada yang baik atau yang buruk dan jadikan tauladan / sempadan.

MAAF - satu perkataan yang nampak mudah, tapi sebenarnya amat berat sekali. How can we forgive someone with an open heart and open mind? With sincerity? Can you? Or should I say, have you? Adakah kita faham erti kemaafan yang sebenar?

Ramai yang berkata, untuk mencapai kebahagiaan dan ketenangan hati, kita perlu forgive and forget. As simple as that. Tetapi, kenapa masih ramai lagi yang tak mampu melakukannya. Begitu juga saya.

Hidup ni satu ujian. Benar. Keputusan setiap ujian itu ada dihati kita. Di dalam tangan kita kerana kita yang memilih jalan mana yang kita ingin tuju.


Kata seorang hamba Allah :


"Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132)."


dan


"Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43)."

dan juga


"Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya. Dan ingatlah kisah dimana seorang hamba Allah yang telah membunuh seramai 100 orang namun apabila beliau bertanya kepada seorang `alim adakah taubat dia masih diterima, si `alim menjawab pintu taubat Allah itu melebihi segala-galanya. Yakin dan percayalah..! La takhof wala tahzan, innAllaha ma`ana....bagi mereka yang telah menganiyai kita, kite serahkan urusan itu kepada Allah kerana Allah adalah ahsanul haakimin."


Secara jujurnya, saya masih mencari erti kemaafan yang sebenar. Erti memafkan dengan sepenuh hati dan ikhlas, lillahi taala~


0 thought(s):