So petang tadi pegi check dengan doktor. Masa menunggu untuk jumpa doktor adalah 45minit (walaupun ada 3 pesakit je nak masuk jumpa doc - including me), masa rundingan adalah 5 minit, dan masa menunggu giliran untuk ambil ubat adalah 15 minit. Dapat bayangkan tak, dengan kegatalan tahap dewa, terpaksa menunggu lebih dari satu jam just to get some medication..
HAih~
Esok-esok kalau ada anak sapa-sapa yang jadi
So, selepas penantian yang lama, aku berjalan lesu menuju kereta yang diparkirkan di kawasan larangan parkir. (Sounds like in a novel pulak). Dari jauh kawasan itu masih lagi dipenuhi dengan kereta-kereta lain. Tapi, macam pernah kulihat makhluk-makhluk berbaju putih yang berdiri di sebelah kereta yang diparkirkan di hadapan keretaku itew. Apabila makin dekat, barulah aku sedar, rupanya ada polis tengah tulis surat saman.
Gosh~
Berlari aku mendapatkan keretaku. Masa ni laa cari kunci kereta tak jumpa. Dem you kunci!
Pada masa ku kesibukan mencari anak-anak kunci itew, di kala itulah pegawai polis trafik berkenaan masih pura-pura tak nampak aku yang tengah kekalutan ini. Aku dapat bayangkan sebaik sahaja beliau selesai menulis cerita dan mengoyak kertas itu untuk diselitkan di wiper kereta itu, pasti beliau menuju ke kereta ku.
Phew~
Sebaik jumpa. (After almost 2 minutes search). Sangat dem kan.
So, saya terus bergegas keluar dari kawasan itu dan polis berkenaan pon berlakon seolah-olah tidak sedar kehadiran keretaku di situ. Dalam hatiku dah siap ni alasan-alasan yang sesuai nak jawab...
"Tuan, tadi saya pening-pening muntah tuan. Terpaksa saya parking kat sini. Kalau tak nanti lagi jauh saya jalan tuan.."
ATAU
"Tuan, saya muntah tadi tuan. Dalam kereta pulak tu. Tak sempat nak cari tempat lain. Terus saya belok sini tuan"
ATAU
"Tuan, tannak saman saya ke?"
Hehehe..
Sengal~
Apa yang penting, kegatalan di bahagian muka ini telah memberikan kesan pada diriku (selain kehilangan kecantikan untuk beberapa waktu). Dan itu sudah semestinya
"PARKING DI TEMPAT YANG DIBENARKAN SAHAJA ye ".
Betul kan?
0 thought(s):
Post a Comment