Kenapa rambut asyik gugur je ni.. Dalam entry yang lepas, ada aku bagi beberapa tips. Korang dah cuba ke?
Doktor kata sebab keturunan.
Kata doktor lain, rambut kita ni ada beberapa fasa - pertumbuhan, rehat dan gugur. Pada manusia normal, 90% daripada rambut kita ni berada dalam fasa pertumbuhan dan lagi 10% berada dalam fasa rehat. Tapi ini akan berubah ikut perubahan umur. Jadi, adakah ini bermaksud rambut gugur itu adalah normal?
Good question!
Pada manusia biasa juga, adalah normal kalau rambut gugur lebih kurang 100 helai sehari. Cuba korang tengok, berapa helai rambut korang gugur dalam sehari. Mine? Lebih suda.. Kalau lebih dari 100 helai, rasanya dah perlu mendapatkan rawatan doktor. Adow! Sekarang dalam usaha untuk mendapatkan rawatan. Ofkos nak kena pegi jumpa doktor. Sebab, tannak la nanti bila anak aku baru berumur 2 atau 3 tahun dia dah konfius mana satu mommy dan mana satu nanny. Eheh.
Setelah aku baca dan baca di beberapa laman web serta mendapat rundingan dari beberapa sumber yang boleh dipercayai, rambut gugur ni berlaku akibat beberapa faktor, yakni :-
1. Stress.
Ini meliputi banyak faktor. Kadang-kadang, kita terlalu fokus dengan sesuatu kerja atau target, bila kita tidak mencapai apa yang diinginkan, kita mula tertekan. Sehingga menyebabkan kita stress. Stress juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran kerja, sekolah, keluarga dan macam-macam lagi.
2. Perubahan hormon
Ketahuilah manusia, hormon turut mempengaruhi pertumbuhan kita, bukan hanya rambut, tetapi juga berat badan. Apa yang menyebabkan hormon terganggu? Untuk makluman, hormon dikawal oleh satu kelenjar iaitu kelenjar tiroid. Secara amnya, kelenjar ni lah yang kawal pergerakan hormon kita. Sekali lagi, kitar hormon dipengaruhi oleh banyak faktor yang merangkumi pemakanan dan persekitaran. Kalau bagi lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut, disebabkan oleh hormon testosterone. Sila jumpa doktor ye.
3. Kesan sampingan ubat-ubatan.
Ini paling ketara kalau kita tengok pada pesakit yang menghidap kanser yang terpaksa menjalani kimoterapi. Wanita-wanita yang mengambil pil-pil perancang juga berkemungkinan boleh mengalami keguguran rambut, termasuk beberapa jenis ubat anti-kemurungan.
4. Wanita bersalin.
Kebanyakan wanita bersalin akan mengalami masalah keguguran rambut. Kenapa? Kerana perbahan hormon yang besar.
Dipetik dari Medic Website:
"Selepas wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Selepas fasa bersalin, is bertukar ke fasa gugur dengan cepat. Walau bagaimanapun, dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Namun begitu, masalah yang berlaku hanya sementara sahaja dan akan pulih seperti sediakala dalam tempoh satu hingga enam bulan."
5. Jangkitan kulat.
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Kulat akan mengakibatkan ketidakstabilan minyak pada kulit kepala dan akhirnya rambut gugur. Sekiranya rawatan yang proper diterima, rambut akan pulih seperti sediakala.
6. Kekurangan protien.
Inilah yang dinyatakan oleh Nurulhuda pada aku haritu. Dia amek pati ayam brand sebagai salah satu usaha untuk tambah protien dalam tubuh dia. Not so sure keberkesanannya. Protien sebenarnya salah satu zat yang membantu pertumbuhan rambut dan kuku. Jadi bila kandungan protien tak seimbang dalam badan, akan mengakibatkan keguguran rambut. Ada la pernyataan secara saintifiknya, tapi aku ringkaskan sajor ye.. Pemakanan memang penting. Sila jaga diet anda. Seimbangkan pemakanan kerana ketidakstabilan nutrisi dalam badan juga merupakan salah satu punca keguguran rambut nih.
Awas! Pengambilan Vitamin A secara berlebihan jugak boleh mengakibatkan rambut kamu gugur. Ate, jangan amik berlebihan sangat ye..ambik secara seimbang~
7. Penyakit Trichotillomania.
Dipetik dari MyHEALTH Portal
"Merupakan masalah psikologi yang mendorong individu suka menarik rambut sendiri jika stress. Penyakit ini biasanya dialami oleh golongan remaja perempuan berbanding lelaki dan turut dikaitkan dengan masalah kemurungan."
8. Dan beberapa faktor-faktor lain lagi, termasuk faktor persekitaran.
Tanda-tanda Rambut Gugur Tahap Serius
1. Rambut akan gugur dalam jumlah yang kita sendiri tak sanggup nak tengok bila kita sikat rambut dan bila kita mencuci rambut.
2. Bila bangun pagi ada banyak helaian rambut yang gugur kat atas bantal kita.
3. Pegang je gugur..pegang je gugur..gugur je pegang. Eh, asal kita belai atau pegang je rambut, mesti gugur.
Macamana nak buat kalau rambut asik gugur je?
1. Dapatkan nasihat doktor.
2. Rehat secukupnya bagi mengelakkan stress. Jangan tidur lewat.
3. Jaga pemakanan. Lebih mudah kalau makan makanan yang dimasak sendiri. Sah, kurang MSG!
4. Mengendalikan rambut dengan baik - kurangkan dandanan secara berlebihan. Warnakan rambut pun boleh merosak dan menggugurkan rambut.
5. Sentiasa bersenam - juga boleh bantu mengawal tekanan.
6. Berhenti merokok dan jangan minum arak.
7. Minum air secukupnya.
8. Kurangkan makanan berminyak dan lebihkan makanan berserat.
Nak tahu mengenai keadaan sebenar rambut korang? Cuba buat ujian ni. Dia akan menyatakan secara amnya tentang permasalahan dan rawatan rambut kita.
7 thought(s):
oh i'm soo scared, kita ni byk ikut ayah, rambut tak bape lebat, n susah sangat nak simpan panjang, sebab bila bwh bahu je mula gugur, kalau pendek kurang la, sofar ni takla critical sangat tapi sb rambut tak lebat tensi je tgk..
kalau perasan kat guardian ada vit makan for hair, crown something nama dia, tapi mahal jugak...
wan, aku pun gugur gak.. aku rasa pakai tudung pun salah satu faktor kot..
mungkin tertutup jer..
risau beb..kene rambut pendek jerk supaya kurang skit rmbut gugur
Nurul: nanti i nak try carik la vitamin n that crowning thingy. Hehe. Anyway, how's ur progress lepas u makan chicken brand tuh eh?
Deq: Pakai tudung tu bukan faktor utama kot deq. hehe. Aku rasa kena anginkan rambut selalu aa. Jangan rambut time basah2 ko terus pakai tudung kan..Ko keringkan la dulu. Hehe..kita kena carik formula baru untuk rambut kita kan..
vitamin yg suitable for hair growth is vit b, dalam brands to ada vit n chic essence, vit b pun untuk kita yg bz keje... tambah tenaga.. actually kan lady, skrg kita kita agak chubby jugak rambut oklah tak gugur sangat, kalau time diet tak tentu arah, makan tak makan mmg worst gila, ape pun makan kene jaga n vit kene cukup...
crowning thinggy tu i nampak kat guardian giant ulu kelang, rasanya ade je kat giant... n tau tak neem? daun bambu... kalau tgk vitamin himalaya ada neem, dia elok untuk skin n hair, try makan, naik bisul halus especially kat peha, neem ni bersihkan darah.. mmg elok...
lady, haha.. i mengantuk sgt ni tp nak gak type comment.. bila baca komen i tu, ntahape2 i tulis..
dalam brands ada vit b siap2.. dia ada gak plus ginko biloba... makan oklah, lagipun menguatkan minda n bagi tenaga
crowning tu ade je kat guardian rasanya
n i try makan neem tu yg kuar bisul halus... tgk org la rasanya, tp mmg elok for hair n skin....
get well soon ya..
Hehe. Nurul, thanks soo much for your comment. Hope u'll get better soon.
Ila, thanks for dropping by.
Anyway, I rasa i nak pegi carik that neem tu n also wanna try brands tu. tapi...takut berat badan naik pulak.. heheh..
Post a Comment