Sunday, January 18, 2009

Baked Macaroni & Cheese


Haritu tengok NurulHuda buat Baked Macaroni, so tetiba teringin pulak nak buat. So aku pon try la..but slightly different dengan apa yang dia buat. But thanks to her idea.. =D


Bahan-Bahan:
Macaroni:

1 paket macaroni (aku lebih suka elbow)
- direbus mengikut arahan pada paket.

Sos (I prefer red sauce than white sauce):

Kalau korang nak buat sos merah, bahan-bahan adalah seperti berikut:

1 tin tomato puree
300ml air
1 biji bawang besar (dicincang)
200 - 300g daging cincang
1 tin cendawan butang (dipotong halus)
Keju Cheddar (mengikut citarasa)
Sayur campur - lobak, bunga kobis dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing
Garam dan gula (mengikut citarasa)
Serbuk lada hitam (mengikut citarasa)
Lain-lain perasa - oregano, thymes dan lain-lain


Cara-cara:

Panaskan minyak dan masukkan bawang yang telah dicincang. Tumis sehingga bau wangi. Kemudian masukkan daging cincang dan biarkan seketika. Boleh juga menggantikan daging cincang dengan ayam yang dipotong halus ke, sosej dan lain-lain. Lepas daging tu macam dah agak masak, masukkan tomato puree dan kacau sehingga sebati. Tambah sedikit air. Apabila dah mendidih, masukkan sayur campur, cendawan, garam, gula, serbuk lada dan perasa-perasa lain. Kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan macaroni yang telah direbus serta keju cheddar. Kacau lagi.


Pada masa yang sama, panaskan oven serta sapukan sedikit butter pada bekas loyang yang akan digunakan.

Apabila campuran tadi dah sebati dan korang pon dah puas hati dengan rasa dia, masukkan ke dalam bekas loyang tersebut dan tabur keju di atas macaroni yang telah dimasak tadi. Sedia untuk bakar pada suhu 150 - 179 darjah celcius selama 25 hingga 35 minit.


Ta-ta-daaaa~



: With less cheese coz Dear hated it with more cheese :


Thanks sooo much nurulhuda.. Macam tak jadi sangat, tapi ok la.. I think yang u buat lagi shedaap~ Eheh.

Happy trying uols..


9 thought(s):

salida amran said...

ummmm yummy!!

Lady said...

Hehe..nampak je sedap, tapi er..rasanya..er..ok ok je..

Unknown said...

sedap.. seriously.. dpt pujian kakak n mak aku... sooo that says alot...

Lady said...

Ahaha..Thanks so much! dat's so encouraging. *wink*wink*
Nanti aku nak try shepherd's pie lak aa..

yada said...

i'm sooo sorry,

drop by lambat..

hehe, anyway i pun dpt inspirasi dr blogger.. seronok kan share2..

dear, u lagi superb, siap amend that recipe, compare to me kalau i memasak i taku nak amend.. hehe

follow la 100%...

good job... :)

yada said...

i pun nak buat sherpard, tatau bila rajin,

the first time i buat, my youngest bro trus kata..

wow bravo, bravo...

last2 sherpard pie tu kitorang panggil bravo je... kalau kata sherpard pie diorang tak tau ape ke benda...

haha, kelakar je..

Lady said...

Haha..bravo eh..kira ok la tu..dapat jugak nama baru..kalau adik i, "ala..yang b buat haritu tu..apa eh nama tu.."

Tak de la hebat pon nurul, I buat sos dia ala-ala nak buat spageti je..Try la. mesti u buat lagi sedap~

yada said...

hehe, adik u sangat sempoi, hehe..

urs is better kot, mesti sedap ala2spaghetti, sb kalau baked rasa spaghetti tu lg sdp..

haha, nak gaduh lak sape lg better,

tu la jom lawan sherpard pie? :)

Lady said...

Haha..jom jom jom~ i dah beli potato semalam..tapi tu aa..wiken ni balik kampung..hurm..nest wik ah kot i buat. jom! kita tengok gambar sapa lagi cantik (bukan pie sape rasa lagi sedap..) heheh