Haih..Know wut, minggu ni merupakan minggu yang paling DAHSYAT bagi diriku yang sangat bersemangat tika menyambut kedatangan 2009 nih. Terus drop semangat aku. Kalau asalnya semangat aku berada di paras super excellent yakni 190%, sekarang dah jadi almost down, yakni hanya tinggal 25% sajor. *Sigh*
Ya, kita faham..Manusia tak penah lari dari melakukan salah dan silap. Namun begitu, Tuhan Maha Adil. Dengan setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Sekali kita di bawah, sepuluh kali Tuhan bagi kita di atas. Namun, manusia tak pernah puas.. Walaupun Tuhan dah bagi kita sepuluh kali berada di ambang kesenangan, kemewahan dan keseronokan dunia, manusia tetap nak 18 juta kali. Bak kata orang-orang tua,
"Orang dah bagi betis, ko minta peha.."
Inilah yang terjadi kepada aku minggu ni. Tapi tidaklah melibatkan sebarang keinginan atau desire yang melampaui batasan. Dek kerana terlalu mengejar pencapaian yang melebihi kemampuan, aku telah melakukan satu silap, bak kata bos aku,
"Ko wat 'dosa besar' ni.."
Dan sudah tentu, aku tengah cuba memperbaiki segala kekurangan ni. Memang ambik masa, tapi apa yang berlaku ni memang ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya, buat kita terduduk dan terfikir, apa sebenarnya yang dah berlaku. Di mana silap kita? Di mana ego kita? Di mana semangat kita? Atau yang paling mudah kita lihat, siapa yang berada di sebelah kita bila kita dalam kesusahan.
Walau bagaimanapun, Tuhan Maha Pengampun.. Ingat tu.. Sentiasalah berbalik kepada Pencipta kita. Sesungguhnya disebalik kejadian, mesti ada hikmahnya..
Aku teringat satu emel yang penah aku dapat..
Cerita dia macam ni. Maaf, aku tak pasti dari mana asal usul emel ni, aku dapat dari bos aku jugak. Dia emel kat kitorang semua, sebagai panduan. Jadi aku ingat nak share dengan semua jugak..
EMPAT PUNCA HIDUP MANUSIA TAK TENTERAM
Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalan jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.
Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus enuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah pulak tu. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil. Yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah. Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi".
Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja. Demikianlah kehidupan ini - ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita takde masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu.
Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang Al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”
Itu sahaja yang nak dikongsikan bersama. Semoga dengan rebungan ni, dapat kita memperbaiki mutu kerja kita selaras dengan kehidupan sebagai Isteri, Suami, Anak, atau Kawan sementara kita masih bernyawa. Hargailah setiap detik yang telah Tuhan kurniakan kepada kita. Kepada seluruh ummat Islam, semoga seluruh perjalanan hidup ini sentiasa diredhai dan dirahmati Allah. Apalah erti hidup seorang Hamba tanpa keredhaan dari Allah S.W.T.

4 thought(s):
aku rasa moro yg bg emel tu kot.. klu tak silap
wan, aku suka entry ni..
akula org yg suka keluh kesah.. erm.. kerap tertekan..
tertekan dengan keadaan sekeliling..
kita cuba buat yang terbaik.. tp masih lg dipersalahkan..
Hehe..aku dapat dari bos aku. Maybe ada kot kat YG kita.
Anyway, bila baca balik kisah tu, baru kita boleh menilai balik kan. Sebenarnya hidup ni ada satu matlamat je. Samada kita sedar atau tak~
Selamat keje deq!
lady, life ni ada byk sgt choice, kdg2 kita selalu envy what ppl have, smpi tak nampak n bersyukur dengan apa yg kita ada...
i nak sgt ubah diri, bahagia dgn apa yg i ada... :)
Betul..betul..i sokong. Kadang-kadang kita lupa kan..tak puas hati dan kadang-kadang tu tak 'nampak' apa yang ada depan mata, sampai la orang atau mende tu dah takde, baru la kita sedar..
=D
Post a Comment