Saturday, January 17, 2009

Perhatian Lelaki-Lelaki!


Pada sekitar bulan Januari tahun lepas, lebih kurang waktu-waktu macam sekarang ni, aku telah bercakap dengan seorang kawan lelaki aku yang telah mendirikan rumah tangga. Pada masa tu, aku belum pun berniat untuk mempunyai rumah yang bertangga. Namun, naluri wanitaku ketika itu terdetik untuk bertanyakan soalan-soalan cepu emas berbaur gedik-gedik nak kawen dari kawan aku yang sorang ni.

"Kalau aku nak kahwin, apa tips yang boleh ko share dengan aku eh?"

Jawab si kawan aku ni..

"Banyak! Apa yang ko nak tau?"

"Er..aku tak reti masak sangat..Ko rasa, lelaki boleh terima ke?"

"Kalau dia sayang ko, mestila dia terima. Tapi, ko jangan risau. Lelaki ni ada cara nak handle isteri yang tak pandai masak sangat. Aku ajar ko, nanti ko ajar boy friend ko ye.."

Kawan aku ni sambung lagi..


[1] Sebagai suami, harus la si lelaki tu menggalakkan isteri masak. Sokongan dari segi moralnya termasuk fizikal. Lepas isteri masak, suami cuci pinggan dan kemas-kemas dapur. Kalau si isteri panggil makan, cepat-cepat la bangun ke meja makan (walaupun masa tu si suami sangat penat dan kenyang). Itu namanya moral support.

[2] Suami mesti menghargai masakan isteri. Untuk mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati yang akhirnya boleh menyebabkan pergaduhan, suami perlu main peranan, yakni :-


[a] Masa mula mula nak makan, ambik nasi satu atau dua senduk saja (lebih sikit dari biasa). Sebabnya nanti korang boleh tambah banyak kali. Sebab lapar kan.. Walaupun sebenarnya ni macam tipu jugak, tapi itu tak penting sangat. Isteri SUKA sangat tengok suami makan tambah banyak-banyak kali.

[b] Sebelum isteri sempat tanya soalan "diluah mati emak, ditelan mati bapak" yakni "Sedap tak saya masak?", suami perlu puji kesedapan makanan walaupun masakan tu biasa je..takde la sedap sangat. Tahu kenapa? Sebab bila isteri yang tanya soalan cepu emas tu dulu, parah!

Kalau korang jawab "Uuuhh...sedapnya isteri abang masak.."

Mesti dia akan cakap "Abang perli saya la tuh. Mentang mentang laa saya ni tak reti masak.."

Atau

Korang berterus terang "Er..sedap..tapi..masin sikit la sayur ni.."

Hah! Ampeh! Ni memang mencari nahas~

Isteri kompem jawab "Yela..yela..saya ni tak pandai masak! Esok kita makan luar je la.." Dia akan mula merajuk yang korang sendiri belum tentu boleh pujuk.

Tengok? Kan ke soalan "Sedap tak masakan saya malam ni?" tu merupakan soalan maut. Jawapan mana satu yang korang nak pilih? Jadi sebelum dia tanya, suami sila puji terlebih dahulu. Lebih afdhal kalau pujian tu diberi sebaik sahaja selesai membuat suapan pertama. =D


[c] Setiap petang sebelum isteri balik dari ofis (kalau dia seorang wanita berkerjaya la kan), mesti dia akan telefon si suami untuk tanya "Abang, malam ni nak makan apa?" Sebab, isteri yang tak reti masak, masa dia kat ofis la dia nak surf internet, print mana-mana resepi yang patut. Isteri tak de idea nak masak apa, sebab yang dia tahu masak telur goreng sahaja. Kalau sekali dua isteri tanya macamtu, larat lagi la korang nak menjawab. Kadang-kadang teringin nak makan kari ayam la, asam pedas la, masak kicap la.. Banyak idea kan si suami ni. Tapi..kalau dah tiap-tiap petang dia asyik telefon tanya, larat ke korang nak layan? Sekali time dia telefon tu, tengah mesyuarat penting ke, tengah bincang dengan bos ke.. Kalau tak jawab kang makin marah pulak dia. Jadi, apa yang suami boleh buat ialah menjawab panggilan isteri dan dengan selamba menjawab,

"Saya makan apa saja yang awak masak. Saya pon taktau nak pilih yang mana satu sebab semua yang awak masak tu sedapppp sangat. Apa kata awak masak makanan kegemaran awak pulak.."

Lepas je suami jawab macam tu, sah, isteri takkan tanya lagi dah pada hari-hari berukitnya. Bukannya apa, isteri ni takut dia masak tak sedap..maklumla baru je nak belajar masak..jadi suami kena sangat memahami la eh.. Bila isteri nak dapat keyakinan untuk masak, mesti laju je dia masak.

So itu saja tips pasal isteri-isteri yang tak reti masak.. Tapi aku rasa sebenarnya tips ni lebih sesuai untuk suami je. Bukannya untuk isteri sangat pon.. Aku rasa aku nak tambah satu la.


[3] Suami jangan kecik hati ye..masa mula-mula belajar masak, isteri akan ambik masa yang saaaaangat lama untuk siapkan hidangan. Kadang-kadang tu, dalam masa 2 jam, dia hanya mampu siapkan 2 jenis lauk sajor, iaitu telur goreng dan sayur rebus. Jadi, sabar la eh.. Bagi dia masa untuk belajar. Bila dia dah pandai masak, kari ikan tu 10 minit je dah siap~ Eheh. \o/

Kepada semua wanita, kalau boleh tu, belajar la masak sebelum kahwen. Bukannya apa, kadang-kadang tu sebab masakan la kita boleh menambat hati suami~ Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin ya! Selamat menjadi isteri solehah~


4 thought(s):

yada said...

lady, takutnya i..

i pun bukan pandai masak sgt, malas ke dapo, kalau masak pun asik asik masak dish yg sama, eheh..

mcm mana la kalau kawin, kene polish la kan dr skrg...

aha, mmgla kalau baru start nak belaja masak, mmg amik masa..

ish2... camne la ni...

u pandai masak tak? cepumas ni..

[zsazsa] said...

huahua.. so do i.. but nah anything pun can learn kan

salida amran said...

masak tu kene praktis selalu..n belief me, tak ssh sgt pown...kite tak pandai pun..belasah jer

Lady said...

nurulhuda: Er..ekceli cite ni pasal I jugak ni..I sangat tak reti masak. masak nasi pon sebaik ada rice cooker. Serius, masa mula-mula kawen, dear sangat support I..dia yang ajar i masak. Hehe. Selebihnya effort kita nak belajar kan..I tau masak pasta je, masa memula kawen tiap2 hari i buat pasta je..sampai gemuk n muak dah dear..Hikhikhik..no worries..u'll b fine nanti..

ZsaZsa: Hi dear! Lama tak nampak u..Eheh. I sokong, semua pon boleh belajar..

Salida: Betul betul..kalau pandai masak pon, tapi dah lama tak masuk dapur, mesti sekali masak tu tak sedap sangat..yang penting prektis~