Friday, January 2, 2009

Hebat Sangat Kah Main Bola Sepak?


2 Januari 2009:

Rasa pelik pulak nak taip 2009 kat hujung tu. Kalau dulu-dulu masa belajar kat sekolah, mesti asyik silap tulis tarikh. Asyik kena padam je kat nombor terakhir. Tapi sekarang ni dah hari kedua dalam tahun 2009, dah makin biasa dah..

Anyway, itu bukan menjadi topik kita sekarang.

Esok 3 Januari 2009 bersamaan dengan hari Sabtu. Piala Sumbangsih yang merupakan perlawanan pembuka tirai perlawanan bola sepak untuk musim 2009/ 2010 akan dipertandingkan. Kita bakal menyaksikan perlawanan hebat antara dua pasukan gergasi iaitu:-


KEDAH vs SELANGOR


yang bertempat di Stadium Darulaman, Kedah.

Me? Penyokong kuat Kedah, of course.. \o/

Sebagai kaum wanita, rasanya penting jugak kita tau serba sedikit pasal sukan, terutamanya pasal bola sepak ni. Jadi takde la suami kita atau boy friend kita tengok bola sorang-sorang. Takde la boyfren atau suami kita bercakap pasal sukan yang kita sendiri tak faham dan tak tahu sebenarnya.

Tak semestinya kita tak tahu bola sepak tu, orang-orang lelaki pandang rendah pada kita atau pon dorang tak sayangkan kita lagi. Cuma, satu kelebihan sekiranya kita tahu minat dorang yang satu ni. Sekurang-kurangnya bila musim Piala Dunia tiba, boleh lah kita sesama menyokong pasukan pilihan dorang dengan jayanya. Takde lah kita asyik tertanya-tanya pasukan mana nak sokong..tercari-cari pasukan mana yang ramai pemain hensem.. Sokong pasukan pun sebab pemain dia ramai yang hensem-hensem. Macam dulu-dulu, ramai yang suka Manchester United sebab Beckham hensem.. Suatu ketika dulu laa..

Sekaran, kalau kita faham, baru lah kita enjoy menonton. Takde la muka muncung je sepanjang perlawanan (sebab tak faham kenapa dorang terpekik terlolong) atau lebih menyedihkan bila kita "tertidur" sebelum perlawanan tamat. Ye lah, buat apa nak buang masa tengok 22 orang lelaki kejar satu bola kan.. Jadi, meh kita sesama belajar serba sedikit pasal bola sepak ni. =D


Apa sebenarnya BOLA SEPAK?

Bola sepak ni adalah satu sukan yang dimainkan oleh sebelas orang satu pasukan yang terdiri daripada seorang penjaga gol, penyerang, barisan tengah dan barisan pertahanan. Secara amnya, dorang akan bertanding untuk memasukkan bola ke dalam gol pihak lawan. Syarat perlawanan agak senang - permainan ini hanya menggunakan kaki (kalau kena tangan tu kira fault dan pasukan lawan akan dapat sepakan percuma) dan boleh menggunakan semua bahagian badan - kepala, dada, betis ke apa ke, KECUALI tangan. Perlawanan berlangsung selama 45 minit, rehat 15 minit dan sambung lagi 45 minit. Kadang-kadang tu ada masa tambahan la, masa kecederaan la, terpulang kepada pengadil bagi perlawan tersebut.

Pasukan yang berjaya menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang.


Peranan dan Kedudukan Pemain

Penyerang (stricker) - pemain yang bertanggungjawab untuk menyerang dan menjaringkan gol

Pertahanan (defender) - pemain yang akan menyekat pergerakan pihak lawan dan menghalang lawan daripada menjaringkan gol

Pemain tengah (midfielder) - pemain yang akan membantu penyerang menjaringkan gol dan turut membantu barisan pertahanan mematahkan serangan pihak lawan. Er..dengan erti kata lain, dorang ni jaga kat tengah je..

Struktur atau kedudukan pemain-pemain bola sepak (atau lebih dikenali sebagai formasi) ni tak lah macam main bola jaring yang ada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Setiap pemain BOLEH menjaringkan gol dan tidak terhad kepada pemain penyerang sahaja. Peranan yang dinyatakan kat atas tu cuma peranan utama dorang. Dan bila-bila masa sepanjang perlawanan berlangsung, pemain boleh menukar posisi mereka (dengan arahan jurulatih la jugak sebenarnya).

Formasi dorang terletak kepada kebijaksanaan jurulatih samada 4-4-2 (empat pertahanan, empat pemain tengah dan dua penyerang) atau 4-3-3, 3-5-2 dan macam-macam lagi.


Term Dalam Bola Sepak


Fault - apabila pemain-pemain melakukan kesalahan seperti menyentuh bola dengan tangan, mengasari pihak lawan dan lain-lain kesalahan.

Sepakan Penalti - apabila pihak yang menyerang dikasari di dalam kotak penalti pihak lawan, atau berlaku kesalahan-kesalahan lain oleh pihak lawan (seperti pemain pertahanan menyentuh bola dengan tangan), satu sepakan penalti akan diberikan kepada pasukan yang menyerang. Ini merupakan satu bonus kepada pasukan yang mendapat sepakan ini. Tapi kadang-kadang tu susah jugak nak buat sepakan penalti ni. Walaupun orang nak nak buat tendangan ni berdepan one-to-one dengan penjaga gol, tapi kadang-kadang mula rasa tiang gol tu tetiba je mengecil, penjaga gol dah nampak macam gergasi la..macam-macam alasan bila tendangan mudah tu tak dapat disempurnakan.. \o/

Kad merah - sekeping kad yang berwarna merah, hanya pengadil sahaja yang ada kad ni. Kad merah akan dikenakan oleh pengadil kepada pemain yang bertindak terlalu kasar sehingga membahayakan pihak lawan (seperti Zinedine Zidane yang menghantukkan kepala ke dada pemain Itali masa Piala Dunia 2006). Kalau seorang pemain menerima kad kuning sebanyak dua kali dalam perlawanan yang sama juga boleh dikenakan kad merah. Pemain yang dikenakan kad merah ni kena keluar padang.. Jadi pasukan tu akan kekurangan seorang pemain..

Kad Kuning - sekeping kad kuning yang juga dipunyai oleh pengadil. Kalau seorang pemain tu dapat kad kuning, maknanya hanya sekadar amaran di atas kekasaran "ringan" yang dilakukan. Walau bagaimanapun, hanya pengadil sahaja yang mempunyai kuasa untuk "menganugerahkan" kedua-dua kad kuning dan merah ni, berdasarkan penilaian pengadil tersebut. Lain pengadil, lain pandangan..

Off-side - Ini susah sikit. Hurm.. A player is in an offside position if he is nearer to his opponents' goal line than both the ball and the second last opponent. Kalau lebih terperinci lagi boleh tengok kat Offside-Ref.

Secara asasnya, inilah yang dikatakan bola sepak. Kalau ada yang me tertinggal tu, er.. kita kongsi-kongsi la eh. Sila tambah kalau ada kekurangan atau kesalahan fakta. Untuk sebarang makluman lanjut, bolehlah tengok-tengok kat sini.

Till then, Selamat Tengok Bola!


3 thought(s):

yada said...

hi lady,

u drop by my blog eh?

btw, keep in touch eh...

i tak reti sangat bola-bola ni... minat pun takde la sangat...

:) hehe

listen to the rain said...

Personally, i hate football. I always ask me Bumsey what it is that makes men crazy over football? Don't they have enough balls to last them a lifetime already? Hahahaha.. I always think this game is pointless. Put a round thing in the middle and everybody running up and down, exerting themselves over that one stupid round thing. Pointless and expensive. How many million pounds do they pay the players (English players I mean)? What a waste. Should go use the money to help the poor instead.

Hahaha. I'm blabbing.. Hahaha.. :P

Lady said...

Nurulhuda: I pon tak rerti sangat, tapi sebab seronok melayan dear nengok bola sampai sendiri pon terminat..

Lizzie: Haha..I appreciate ur point..

I think footbal is great! But I used to hate football too~