Monday, January 19, 2009

The Red


Tinggal lagi beberapa hari je lagi untuk masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina. Ini maksudnya cuti panjang lagi untuk kita semua. Yay!! Tahun ni Tahun Lembu yang membawa maksud kekuatan, tak mudah putus asa dan dikatakan sebagai satu tanda positif yang membawa perubahan yang baik.

Bila tengok iklan Pizza Hut yang mempromosikan menu baru - Golden Fortune Cheesy Crown, teringat pantang larang kaum Cina sempena menyambut Tahun Baru yang kadang-kadang tu kita tak tahu sangat pon.

[1] Lelaki ni bawak balik bakal menantu nak kenalkan kat keluarga dia. Sekali dia tak warning Miss X tu jangan pakai baju hitam (walaupun warna gelap ni boleh buat orang nampak kurus sikit), sekali Miss X ni pakai baju hitam pulak... Adow, Mak Mentua Pangkah!! Tahun Baru Cina perlu diserikan dengan pakaian serba merah, tak boleh pakai baju hitam atau warna gelap, sebab warna gelap ni membawa malang kepada pemakai.

[2] Punyala nak ambik hati mentua, nak tunjuk rajin, Miss X tu pon sapu la sampah..kemas-kemas.. Sekali wrong timing daa.. Eheh. Sebenarnya pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan hari perayaan tu, tak boleh sapu sampah kat dalam kawasan rumah. Tak boleh tengok pun penyapu tu. Penyapu, berus, penyodok sampah semua kena simpan. Ni kerana dikatakan macam 'menyapu' tuah dan rezeki keluar dari rumah. Semua kerja-kerja pembersihan dibuat sebelum hari Tahun Baru tu. Ini lebih membawa tuah..

[3] Third attemp Miss X nak ambik hati mentua memang menjadi. Dia bawak pegi makan kat Pizza Hut. Pegi makan menu baru tu la. Ada udang, nenas, dan yang paling penting the cheesy crown tu. Dalam dialek Hokkien, nenas ni disebut "ong lai" yang dikatakan boleh bawa tuah.

Haih..kadang-kadang kita tak faham apa yang menjadi amalan dan larangan setiap Bangsa dalam setiap perayaan. Kita cuma seronok sambut ramai-ramai, memeriahkan lagi perayaan tu. Inilah Malaysia, yang kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya..

To all Chinese folks, Happy Chinese New Year! Semoga tahun ni membawa tuah dan kebahagiaan buat semua..

3 thought(s):

salida amran said...

haah la...menu baru tu nak cube try jugak...
tapi boikot ahhh piza dan segala fact food itu dalam usaha membantu keperitan umat islam lain, selain itu nak kurus juga!

salida amran said...

upss..typo error lak=fact food is actually fast food..

Lady said...

hehe..Betul betul betul..moh kita boikot sume US product~

Cuba tau~ sedap neyh!