Haih..korang, sedar tak sedar dah masuk 2009 kan? Sudahkah kita bersedia? Kata Cik Diha the Shadow Dancer..
"Aku takut tengok umur dah 25 tahun 10 bulan"
Aku pulak kata
"Aku takut nak pikir pasal pencapaian aku tahun ni. Mesti makin ramai orang tanya bila aku nak dapat anak. Adeih haih.."
Walaupun sebenarnya aku tak penah ada azam pun. Masa sekolah dulu-dulu, setiap kali sekolah mula mesti ce-ek-gu tanya
"Apa azam murid-murid tahun ni?"
Pehtu mesti ada murid-murid yang jawab
"Tahun ni saya nak jadi pelajar cemerlang chegu!"
Atau..
"Saya nak dapat 5A dalam UPSR chegu"
Atau 8A untuk PMR, 11, 12 atau berbelas A untuk SPM dan macam-macam lagi.
Tidak ketinggalan ada yang akan jawab..
"Saya nak jadi anak soleh chegu. Tannak tinggal solat..tak ponteng sekolah.."
Bla...bla...bla..
Tapi aku?
Setiap kali hujung tahun mesti aku akan terpikir, "Apa azam aku tahun ni?" Aku pikir pon bukan sebab pikir sangat, tapi sebab macam pelik je bila orang lain ada azam, tapi kita takde. Kang nanti bila kumpul ramai-ramai mesti ada yang akan tanya dengan ayat machonya "Apa plan ko tahun depan?" atau bahasa bakunya "Apa azam ko tahun depan?".
Haih... Aku hampir give up untuk tahun ni..
TETAPI..
Apabila aku baca buku ni, fikiran aku berubah..
Buku Apa? The Secret oleh Rhonda Byrne. Aku beli buku ni online. Kira buku second hand. Tapi still in a good shape.
Dalam buku ni ada sebut, Thoughts Become Things. Ini yang paling aku ingat. Sebab apa yang dia nak kata ni simple dan senang. Apa yang kita bayangkan atau imagine, itulah yang akan sentiasa ada dalam kepala kita. Secara tak langsung, itu lah yang akan terjadi.
Memula agak susah aku nak faham. Tapi lepas baca baru faham.
Sebagai contoh:
Katakan lah azam kita tahun ni untuk berbuat baik kat semua orang. SEMUA orang tu termasuklah orang-orang yang tak suka korang. Jadi, itulah yang akan korang fikir.
"Buat baik kat orang..Buat baik kat orang..Buat baik kat orang.."
Kalau orang marah-marah atau kutuk-kutuk kita pun kita cakap kat diri sendiri,
"Sabar..sabar..Buat baik kat orang..Buat baik kat orang..Buat baik kat orang.."
Setiap hari kita akan fikir azam kita nih sampailah akhirnya kita berjaya berbuat baik kat SEMUA orang walaupun orang-orang tu sengal dengan korang. Sebab apa yang kita fikirkan akan jadi kenyataan dengan usaha kita. Inilah yang dikatakan sebagai Law of Attraction atau boleh jugak dikatakan The Power of Mind.
Jadi, kepada sesape yang berazam nak kuruskan badan ke, nak berhenti merokok ke, nak kempiskan perut ke, nak dapat 9A dalam PMR ke dan macam-macam lagi, sila lah "masukkan" azam tu dalam minda kita dan teruskan berusaha untuk mencapainya.
Setelah duduk termenung untuk seketika, aku pun mendapat azam untuk tahun ni. Er..azam aku ni, taklah gempak-gempak sangat macam azam kawan-kawan aku. Nak tambah duit laa..nak kawen laa..nak dapat anak pun ada. Namun aku tetap aku.. =D
Ni lah azam aku:
1. Aku nak jadi isteri solehah (yang merangkumi beberapa faktor yakni :- aku dan dear je tawu. ahaha.. =D)
2. Aku nak menjadi orang yang baik dengan semua orang - Be Nice to EVERYONE.
3. Aku nak jadi seseorang yang boleh mengawal situasi dengan menggunakan pemikiran dan bukan perasaan.
Setakat ni...itu je azam aku. Korang pulak?
Apa pun aku ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009. Semoga dengan lembaran baru ni dapat kita mencapai apa yang ktia impikan dan menjadi manusia yang lebih baik dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.
3 thought(s):
happy new year,
cite pasal azam...
azam i tahun ni as life goes on je la...
:) all the best...
azam saya, mahu kurus...
Hehe..bie pon nak kurus jugak..eh, bukan kurus, tapi kempiskan perut. adow! mencabar tuh..
Post a Comment