Wednesday, December 15, 2010

Miss Prime Minister - IN-THE-MAKING


Minggu ni adalah minggu Hannah sakit. Too bad, her flu is getting worse. Lepas jumpa Dr. Asmuni on Monday, dia bagi segala ubat, dari ubat demam sampai nasal spray to reduce hingusan. She seemed to recover.. Alhamdulillah..

Hari Isnin mummy babysit Hannah, and semalam turn daddy pulak babysit hannah~ Dengan mummy Hannah manja-manja, rengek-rengek and nangis-nangis sebab hidung block. Segala kartun mummy suruh Hannah watch, tapi Hannah tannak. Yo Gabba Gabba, Dibo the Dragon, dan sebagainya adalah bukan pilihan Hannah.

Tapi semalam dengan daddy Hannah happy je. Hannah gelak-gelak sikit, senyum-senyum, dah mula chooing balik. Rupa-rupanya sebab daddy suruh Hannah watch "Dari Parlimen". Apakah anak? You choose Parlimen over cartoon? Mummy pun tak watch parlimen sayang~


: but you watch it with a smile on your face? :



-.-

Mummy confuse

Monday, November 15, 2010

Mummy's Talk


Bosan gile tajuk... Harus laa yang bukan mommy tak baca ni. But, who cares. I don't. Kuikuikui~

Well, post kali ni adalah berkaitan jugak dengan post ni. All about Hannah. Bila dah ada anak ni tak boleh elak. Asyik nak cakap pasal baby je. Kalau before beranak, bila jumpa kawan-kawan boraknya lain..

"Cantik handbag.. beli kat mana?"

atau..

"Beb, Harry Potter dah nak masuk wayang ni. Kena standby cepat-cepat nak book tiket untuk premier"

Walaupun sebenarnya I dont watch Harry Potter pon. Yes, TIDAK PERNAH TENGOK. Ha Ha. Boo me? No.. Sebab ada je orang yang tak tengok cite ni. Apatah lagi Lord of The Ring..

OK, dah masuk bab movie. Sorry. Balik ke cerita asal..


Sekarang ni kalau jumpa kawan-kawan (yang dah kawen dan beranak of course), mesti kuar soklan berbunyi begini..

"Anak ko dah berapa bulan dah? Still breast feed ke? Bagusnye.."

"Stok EBM ko banyak? Dah bape oz ko simpan?"

"Anak aku perut dah kembung la.. Dah 3 hari tak berak. Macamana nak buat eh?"


Tengok? Betapa besarnya perubahan bagi parents. Dari perubahan bajet and aktiviti seharian sampaai la topik perbualan. Semua lain. Belum lagi tengok pakaian parents ni. Bukan apa, baju anak tiap-tiap minggu beli, baju sendiri kekadang tu 2 bulan sekali baru nak tukar. Itu pun bernasib baik laa tukar baju. Kalau tak? Ha kau.. Setahun sekali je. Tu pun sebab raya.

Ada je yang sebelum beranak tiap-tiap bulan beli kasut beratus RM. Skang bila dah ada anak, nak beli susu anak pon dah 5 6 ratus. Hohoho~ Ada yang bernasib baik bajet kasut and handbag beratus ringgit tetiap bulan masih ada, tapi jangan lupa. Ada jugak yang terpaksa korbankan sume tu untuk spend more for the baby.

Diapers
Susu
Baju
Seluar
Skirt
Kalau pompuan nak beli hair band (yang match dengan baju, jangan lupa tu)
And macam-macam lagi..

Bergantung pada parents on how to manage their budget. Jangan sampai tak makan sudeh..

As for me sampai sekarang tak reti nak manage time lagi. Hannah dah 2 bulan lebey and me still being me. Tergedik-gedik ke hulu ke hilir. Sila jangan bayangkan saya gedik sebab saya tidaklah gedik yang macam joget itu. Hehe~

Ouh, kejap. Hannah nangis. So I hafta stop writing now. Apparently this is gonna be the reason yang klise untuk menamatkan sesuatu penulisan. hoho~


Wednesday, November 10, 2010

When There's Too Much To Say, But No Way To Let It Out..



Kadang-kadang kita berada di situasi macam ni. Banyak betul benda nak cakap. Nak diluahkan. Tapi kadang-kadang kita (or maybe me alone je kot macam ni), terlalu banyak memikirkan kesan lepas kita luahkan apa yang kita fikir or kita rasa. Kadang-kadang jugak, keadaan atau tempat untuk kita luahkan tu takde. Nak luah through fb tak bole, YM tak bole, sms tak bole, email tak bole, then what's left for us? Sebab banyak sangat fikirnya, nak pilih kaedah-kaedah luahan perasaan tu pon menyebabkan kita sangsi.

Kalau korang, apa korang buat?

Some people suka kepoci, baru tau sikit, tapi banyak yang diperkatakan. Akhirnya menjadi pelbagai version story. Dan boleh jugak berlaku fitnah. Kan?

I'm saying this bukan sebab I'm feeling bad about something ke apa ke. It's just something that cross my mind.

Pernah tak korang rasa macam ni? So how do you deal with it?


Monday, November 8, 2010

Sian.. Dah Lama Rupanya~

Dari takde anak, sampai anak dah masuk dua bulan dah! Sian... tak tersempat aku nak update kat sini kan.. Sejak-sejak ada anak ni, memang tak reti nak adjust time. Cuti dah nak abes pon, tapi aku ni macam gini lagi. Sok-sok kalau dah start keje tatau la... Gile serabai aku bhaii~

Anyway, Alhamdulillah aku selamat lahirkan si Hannah Zahra ni dua tiga hari sebelum raya. On the 36th week. Sempat daddy bayar zakat and tak sempat mummy makan ketupat rendang bagai.. Hannah.. Hannah.. Excited kan nak keluar awal.. Sepatutnya mummy and daddy balik Kedah malam tu. Untuk raya.. Tak sabar nak jumpa uncle auntie sume yang tak pernah jumpa aku version pregnant or in other word version gemuk. Tapi bagus jugak kan Hannah, takde la orang pikir ayat nak jaga hati mummy. Nak kata kurus, gemuk, nak kata gemuk ada la sikit2 kurus.. Haha~ Pening jugak kan..




: Ni lah Wan Hannah Zahra masa lahir:


Kecik chomel gebu je Hannah ni masa lahir. Ha kau, puji anak sendiri! A week after dia kena jaundice, so takde la gebu lagi.. Nampak keyellowan je.. Sian.. Jaundice dia dah bertukar menjadi prolonged jaundice. Sampai skang pon ada lagi. Tapi tak yellow sangat dah.. Alhamdulillah.. Nanti in other post ai cite pasal jaundis ni. Geram betul~

Well.. hobi Hannah skang adalah merenung masa depan..


: Posisi apa pon, tetap merenung jugak :


: dan renung :


And masa selebihnya diisi dengan



: Ini.. :


dan KADANG-KADANG


: Ha kau.. :


Apa pun mummy tetap tabah dan sabar (puji diri sendiri pulak..) melayan karenah Hannah ni. Penat. Especially now dealing with colic. Hadow.. Seronok bila tengok Hannah senyum-senyum, borak-borak sorang-sorang.. hilang segala penat. Mummy heart Hannah. You're the little precious who brings joy into our life.


: Happy 2 months old darling :


Lotsa luv,

~Mummy

Tuesday, July 6, 2010

Diet?? Try Banana~


Sekarang ni keinginan untuk makan adalah super-high~ But at the same time I have to control my weight, supaya tak naik banyak sangat and boleh ada possibilities untuk kena diabetes laa apa la..

Well.. I have a chance to share this problem with some of my friends. And banyak la yang dorang suggest. And from readings pun ada jugak suggestions like eat healthy food - more grains and veges and fruits. Heh. Memang itulah makanan harian i pun. But stil dengan keadaan sekarang ni, senaman pon kena light je, tak boleh keluarkan peluh yang banyak sangat (er.. kecuali masa panjat Broga Hills haritu. Eheh).

Few of the suggestions yang i ikut adalah:

1. Split meal - maknanya makan setiap 2 jam. Split breakfast, lunch and dinner. So basically saya makan 2 breakfast (7am - heavy, 10am - lighter - cookies or 2 keping wholemeal bread). Lunch at 1pm, then yougurt at 3pm, light dinner (kebab, macaroni soup or spegeti sikit) and minum lots and lots and lotsa water..

Er.. setakat ni berkesan. I kurang lapar dan pemakanan terjaga. Serious susah nak control diet during my pregnancy. Er.. maybe ada orang yang senang, but my part... hurmm.. susah lah!


2. Banana diet.


Ini I tak berani nak try lagi. Tapi korang semua boleh try. Diet ni adalah yang paling famous kat Jepun. Serious... Caranya senang. Bangun pagi terus minum segelas air suam. Then makan banana banyak-banyak sampai kenyang. Then untuk next meal you can eat everything you want! (tapi jangan la over sangat.. healthy food ya...) Then yang paling penting, jangan lupa sebelum tido, minum another glass of warm water. Again, warm water ni function untuk detox.

Tapi ada jugak yang cakap eat one banana before having our meal. One before breakfast, one before lunch and one before dinner.

And ouh, seperti sunnah nabi, lebih elok dinner adalah sebelum jam 7 (correct me if I'm wrong). Supaya by the time kita nak tido tu, makanan semua dah well-digest dah. And most important part is, jangan tido lambat tau. Get your beauty sleep before midnight~

Cuba korang try in 2, 3 weeks, and let me know the results yah!


More info on banana diet ni, boleh dapat kat sini, sini, sini dan banyak lagi....


Happy loosing weight fellas!

Wednesday, June 30, 2010

Durian Punya Pasal!


As you guys might know, I have to control my eating habit.. the nutritions and all~ Sebab my blood sugar ada sikit increase.


Sebab nak jaga kesihatan me and baby, saya perlu kurang makan makanan manis ie aiskrim, chocolate, donut, kek dan segalanya. TAPI, bila dikawal pemakanan itu, masa ni la keinginan yang dahsyat tahap dewa untuk makan makanan terkawal ni muncul. Serious! I want to eat this..




This..




This..




This..




This..




and lots more!!


Pagi tadi, my bos adalah super "baik" sebab bagi kitorang kek. "Baik" sebab HE BRINGS THE FOOD THAT I BARELY CAN EAT. (T_T)

It looks like a normal butter cake, cuma kat atas tu ada few I-don't-know-what topping. Walaupun kek tu takde la menggiurkan sangat, tapi mengenangkan my cravings itu, saya berusaha keras cari pisau, cari piring dan segala peralatan yang perlu untuk potong and ngap kek nih. Nak jugak makan!

Pencarian pisau potong kek di pejabat ni adalah mencabar jugak. Bila tidak ada sorang pon yang ada pisau. Jangankan pisau potong kek, pisau biasa pun tak ada. Dengan semangat saya-mesti-makan-jugak-kek-itu yang berkobar-kobar, saya guna sudu untuk "cuit" sket kek ni.

Misi potong kek berjaya!


Jangkaan pertama : Kekempunanan bakal berakhir.

Jangkaan kedua : misi makan kek tanpa pengetahuan dear akan berjaya! *heh, I eat cake. Yay! Behind your back. Double YAY!*


Dan, potongan kek diangkat, dirapatkan ke mulut.. Mulut di buka.. Masuk dalam mulut..


dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




ADA BAU DURIANN!!!!!



Ampeh betul! Potong stim!


huh..


Segala usaha gigih untuk makan sepotong kek adalah sesia.. huhuhu~

(T_T)

Tapi memandangkan kek tu dah dipotong, takde orang nak, saya terpaksa ngap jugak. And now I can't get rid of the smell. The taste on my tougue, STILL there! Dah minum air, kumur-kumur and banyak benda dah buat ni. The taste is STILL there~ huhuhu

(T_T)


Pening.. dan rasa tak best~


OMG! I burped and it smells durian~

Nanges!


Moral: Jangan lawan cakap suami.. Kejap je Tuhan balas eh~

Tuesday, June 29, 2010

TWO Sudah~

Rasa macam baru ja kawen~ Rasa macam baru ja nak mula kenal-kenal~ But hey, sedar tak sedar dah dua tawun dah.. Baru dua~ Two years of marriage are full of happy-gaduh-happy-gaduh-sayang-peluk-cheom-gaduh lagi-bahagia lagi kinda life! Awesome kan.. Notice how many gaduh there? Heh.. Of course selain words gaduh tu adalah lebih banyak, kan~ Sedangkan lidah lagi tergeget.. *heh, drama..*


Since we have some spare time during the weekend, I was planning to give him a surprise~ Just a simple dinner for both of us. Right after my school reunion, I took him (not really me, coz as usual, mengingat jalan adalah susah sangat for me~) to Bora Asmara. It was a pre-anni romantic dinner actually. *heh, never imagine that I can be this romantic - if this is what peopole call).


I booked the table few days before the pre-anni dinner and I have requested a song for the band to play while we have our dinner. Everyday haku kacau brader band ni just to make sure he can play this song.. Tapi apakan daya.. Till the last breath he said they tak sempat prepare..


The song was SUPPOSED to be this song~





: by Ari Lasso :

Tapi dorang gantikan dengan lagu ni.... *Cute!!*




: L.O.V.E. by Nat King Cole :

and ni...





: Bunga chenta and Ari Lasso :

Seriously, the food was ok-ok je but I really really really love the ambience!! Seriously.. And layanan adalah super awesome, seperti berada di Atlantis Royal Tower! *ok, terlebey suda* but betul.. best! The part yang band tu datang to our table is the best part! We were eating, talking, dancing, laughing and mengimbau kenangan-kenangan dolu~


haih.. If only I could freeze the time..


The moment was so unforgettable..

Dear,

Thank you so much for all the love, the attention and the tahap-kesabaran-tinggi to handle my ups and downs.. You're best for me and you're the ONLY man who understands me more than I do. Just wanna let you know how I appreciate this two years (of marriage) and every moment during zaman kawan-berchenta-kawen ni~

Happy 2nd Anni, dear~

Semoga kita berpeluang lagi untuk celebrate our anni for the next coming years.. dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dirahmati Allah dan dipanjangkan jodoh hingga ke syurga (ur favourite words..)


: luv ya! :

Thursday, June 10, 2010

Night Time is S-C-A-R-Y~



Bila tiba waktu malam je, saya jadi tak selesa.. Malam je takut.

Bukan apa, sebab tak reti macamana nak tido. Betul, cakap! I couldnt find my right position to sleep. Menyebabkan saya adalah resah bila tiba waktu tido~ Pusing kiri tak selesa, pusing kanan si kecik ni menendang2 lagi kuat. Agaknya dia terpenyek tak.. Kalau tido menegak, sakit belakang.


Haih~


Macamana ni...


Keresahan di malam hari adalah bersambung hingga ke esok pagi. Sebab teda baju yang best untuk pakai pegi office~

Ouh.. dugaan...


Susah la nak cari maternity shirt yang best untuk p office.. Semuanya makes me look real BIG!

(T_T)


4 months to go~

Sabar lah wanmaisarah~


Thursday, June 3, 2010

Thank You So Much!


Happy Happy Happy Happy nya sampai taktau nak start dari mana.

Ok. ok ok.

Semalam i read blog huda, one of my bestest blogger friend. Apparently dia tengah buat macam giveaway pasal buku ni. Memang tetibe je rasa macam eh, bagus jugak kalau boleh baca buku ni. Well, you know, at least I still have another 4 months to go before the BIG DAY.

So, even though buku tu adalah untuk bride-to-be saja, tapi dengan muka tak malunya i minta tolong huda carikan jugak for me.. Well.. disebabkan teda rezeki untukku setakat ni, huda dengan baikhatinya telah meminjamkan buku ni dulu. Hers.

Thank you very much dear!!! Semoga u lebih diberkati, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga akhir hayat dengan Adlie. And and and... may you have the best wedding ever!!

Sayang kamu!

Darling, tho buku tu masih dalam perjalanan ke Putrajaya sebab KB lupa bawak today, tapi i dah super happy when I got your message pagi tadi. Yay!!

Ok kawan-kawan.. buku apakah kan yang menjadi pujaan hati untuk masa ni?

Tadaaaa!!!


: Great With Child : Letters to a Young Mother :

~pinjam gambar u huda eh. hehe. Thanks~


Buku ni menceritakan pasal transition ke motherhood la lebih kurang. Tapi details punya review bole baca kat sini. It's not only can be read by pregnant women, tapi semua pon bole baca. Just to get some views kan..

Hurm.. I'm still loking for this book. Sesapa ada nak jual buku ini kahh?

Pretty pleasse~


Monday, May 31, 2010

Pelatih PTD Meninggal Dunia

Berita Harian Online | Pelatih PTD yang jalani latihan ala komando meninggal dunia


KLANG: pelatih Pagawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Norhashimah Wahid, 30, yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), di sini akibat jangkitan paru-paru ketika menjalani latihan ala komando di kem latihan di Banting, meninggal dunia jam 6.40 pagi tadi.

Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas itu sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.




Alaaaahai~

Innalillah untuk pegawai ni.. I'm speechless when I read this~


Friday, May 14, 2010

Attention to All Facebook Users


I checked my mail today and I found this informative article.. Just to share some knowledge.


7 Things to Stop Doing Now on Facebook
by Consumer Reports Magazine
Wednesday, May 12, 2010
provided by


Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!


Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.


Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.


Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.


Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.


Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.


Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.



So now, watch out fellas!

Monday, May 10, 2010

Benefits of Carb


Last week, I did my routine check up kat klinik kerajaan. This is my second (and probably my last) visit. Tak suka datang sini. Tak best.

I gained about 2kg in a month (which sepatutnya I should only gain 500g per month). So the nurse said I should take less carb from now on. So I followed her advice.

Last weekend I managed to eat less (as in sehari sekali je makan nasi) carb than I usually take, and I did it.

But today, when it's only 11am, my stomach is singing dah~

Laparnyeh!

Betul ke ni? Selamatkah if tidak makan nasi or karbohidrat yang banyak?I think people say preggers should take more calories thank normal women~ Kan?


Saturday, May 8, 2010

We're Going Nowhere!


Sape tengok game Selangor vs Johor FC semalam? Well.. Selangor menang dengan 4 - 1.

But to me, the firstgoal Johor FC adalah sepatutnya dikira and third goal dari Selangor adalah sangat-sangat-sangat-sangat TIDAK ADIL.

Gila okeh!


Sesape yang tengok mesti FRUST gila dengan mutu pengadilan pengadil FAM. Serious! Not that saya sokong Johor FC ke tidak, tapi pengadil adalah totally tidak adil! Sah-sah!

Saya cuba jugak cari video untuk kedua-dua goal yang diberi percuma oleh pengadil tu, tapi tak dapat.

Well, I try to explain. Hope you guys dapat what I'm trying to say.



First goal Johor FC :

Sepatutnya dikira sebab last man Selangor berada betul-betul di garisan gol. So TIDAK berlaku off-side di situ. Tapi si line's-men sengal itu angkat bendera (menandakan ianya off-side). Gila!! Pengadil adil ke macam ni? So goal tu adalah tak dikira. Daymn kan?


Third goal Selangor:

Pemain no.8 Selangor : Safiq Rahim bawak bola dan 'buat-buat' jatuh dalam kotak penalti (takde orang tolak pon sebab dia jatuh sangat jauh dari defend Johor FC. Jatuh yang takde orang push or challenge pun. Well, biasa la kan taktik-taktik jatuh dalam kotak penalti untuk dapat penalti kick ni, tapi ko agak-agak la... Nak berlakon pon buat lebih macho sket bole? (walaupun macho makan diri kann~).

And guess what, referee keluarkan kad kuning. Nampak macam fair to me at first. Tapi then saya adalah sangat terkejut sebab kad tu bukan untuk si Safiq ni (sebab berlakon bodoh kan), tapi untuk defend Johor FC. Like hell why?

And Selangor buta-buta dapat penalti. Penalti tu masuk gol la pulak... frust gila tengok player Johor FC.

Silly mann~

Soooooooooooooo unprofessional both the pengadil n Safiq Rahim. I hate you even more Selangor team!!


: boooo :



Macam ni Malaysia nak maju ke depan dalam sukan Bola Sepak? Nak masuk Piala Dunia macamni? Dengan player yang sangat tak pro ni? Dont think twice people, think zillions time! Heh.

And I just nak tunggu apa jawapan FAM (if any).



p.s. If i had a boy nanti, I wont let him play football like a looser.



Friday, May 7, 2010

Macho Makan Diri


Pagi-pagi ni saya ternampak satu quotation :

"Many things are DIFFICULT BEFORE they are EASY"

So.. let's forget about all the bad things dan mari bersuka ria.


Anyway, selama ni saya selalu cuba mengelakkan diri dari berasa lemah atau dilayan sebagai orang yang lemah (nak being macho la konon). Tapi skang ni baru sedar kerana ianya adalah memakan diri. Heh!

Saya rasa macho bila :

saya tidak mengalami sebarang morning sickness, mengidam nak makan apa-apa dan seolah-olah saya adalah tidak "berdua". Syukur ke hadrat Ilahi la kan sebab orang lain siap ada yang kena masuk wad. Saya juga berasa macho sebab saya bukanlah penangis.

Tapi macho itu memakan diri apabila :

Saya diuji dengan menda lain, seperti hati ini sangat fragile dan saya asyik menangis dan berasa terharu. Saya boleh menangis atas pelbagai sebab, sesimple simple sebab pun, seperti mendengar cerita pasal orang dapat baby dan membaca artikel pasal orang buang bayi. Saya bukanlah penangis seperti ini. Tetapi kini saya adalah penangis tegar.

Gila.


Saya merasa macho bila :

Saya masih boleh memakai kasut tumit tinggi (er.. takde la 3 inc. 2 inch saja) walaupun pada ketika itu saya sudah 3 (approaching 4) bulan.

Tapi ianya memakan diri apabila :

Saya mengalami sakit pinggang yang agak teruk dan ianya menjadi lebih dahsyat bila saya nak tunduk pakai kain ataupun memakai kain semayang dan terpaksa menunduk untuk masukkan kaki. Teruk! Sebab kebanyakan orang hanya mengalami sakit pinggang ketika 6 bulan ke atas. Haih!


Saya merasa macho bila :

Saya masih boleh pakai baju-baju ofis termasuk baju kurung yang ikut badan itu.


Tapi ianya memakan diri apabila :

Senak perut haku bila nak sujud dan rukuk. Akhirnya saya tukar uniform. Dan selepas itu, saya boleh rasa budak ini bergerak dengan kerapnya. Alahai.. Sian awak!




Rasanya cukup sahaja saya menjelaskan keadaan saya yang macho dan memakan diri. Banyak lagi kerja-kerja gila yang macho dan masih saya buat seperti ingin berjogging dan saya juga main badminton. Tak perlu saya cakap keadaan yang memakan diri lepas saya buat kerja-kerja gila ini. Nanti puan-puan jangan buat macam ni ye. Sila sedar diri sebelum ianya makan diri.


Moral of the story : Macho itu makan diri!



Haih... I need to exercise ~



Thursday, May 6, 2010

Jangan Ada Benci .. Yeah Right!!



Yesterday was supposed to be the day of celebration. Full of celebrations! Lotsa things to celebrate kan. But unfortunately, it turned out to be disasterous! I've been thinking a lot whether I should write this or not, but if I don't, I'm afraid that this will affect me and my lil one.

Gila!

Yes.

I'm insane now!

I wish she's here that I don't hafta tell him my feeling when I feel bad, and in the end, by telling him, I hurt myself even worst! I couldnt stand anymore as this is totally NOT THE FIRST TIME. I couldnt understand myself too, why on earth did I tell him though I know he will do that again? Why on earth should I trust him, AGAIN?! Foolish! I am completely a fool!


To him:

I hate you and I will never forgive you. And jangan harap I will share stories with you anymore. Looser!


To her:

I really wish you're here. I miss you pretty badly.


I am emotionally hurt. And I don't like it!


Thursday, April 29, 2010

Next Destination - Kuching~



Rasa macam nak sangat p vacation kat island. Beaches.. lepak-lepak tepi pantai.. Ouh sungguh indah! Dah lama tak jumpa pantai+laut+angin bayu menderu.




: Dream vacay - Sipadan :



Tapi apakan daya, dah ada orang belikan tiket pegi Kuching. Layankan saja. Kuching pon Kuching la.. Semoga larat lagi nak berjalan banyak.. Mana tempat best nak visit kat Kuching eh?



p.s. semalam someone said "I'm eating some strawberries and it reminds me of u". Eheh~ terubat windu~

Saturday, April 24, 2010

Awards!


hohoho.. Baru perasan yang si mommy muda ni ada bagi saya award. Terima kasih Cik Puan Izza..



: Lovely :

Thanks mommy~ *hug*



Well.. setiap award ni datang bersekali dengan sesuatu la kan.

SO.

Apa yang perlu dibuat adalah..

1. Thank and link the person that gave you the award

2. PassThis award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic

i. tina
ii. kiera
iii. mardeq
iv. Ila di perantauan
v. Isz (welcome back bro. dah lama tak nengok ko nulis-nulis. :D )
vi. MrsAR
viii. Jiranku
x. Suhana di perantauan jua

dan semua yang nak grab award ni~


3. Contact said blogs and let them know they've won the award.


4. State 7 things about yourself.

Alamak.

Ok. I'll try~


i. Im waiting for another 5 months++ (InsyaAllah) to meet my jr~

ii. Im gaining weight everyday. Haih.. Boleh ke nak loosing weight setiap hari dengan kepantasan yang sama masa gain weight?

iii. I'll be joining my officemates for aktiviti menembak. Dorang p menembak and I'll be having my picnic basket. Gilo. Aktiviti yang diwajibkan p. :(

iv. Bos di ofis saya ni selalu confuse antara saya dan Cik Izdi. Setiap kali dia jumpa saya dia akan berkata "Eh, bila ko start cuti ni?" dan saya dengan politenya akan berkata "Ouh.. bukan.. tu IZdihar.. dia dah cuti dah.. Dah selamat kat sana pon.. " Haih.. Padahal saya lebih gems dan rendah dari Izdi (this time I admit ye Izdi. But not other time). Boleh, dia confuse sebab height kitorang yang lebih kurang ni?

v. June is my favorite month. There'll be double celebrations. Birthday and anniversary.
Hint: dear, I nak 3 hadiah, instead of 2 sebab Im having someone inside here. Thank you.

vi. Sekarang yang saya inginkan adalah strawberi. Tapi nak yang manis punya. Dan saya juga nak makan eskrem choc fudge kat B&R. Jom, sapa nak ikut?!

vii. Saya rindu kawan-kawan saya yang jauh dan dekat di mata, tapi jauh dan dekat di hati jua~



Sekian.


Jadi kawan-kawan, selamat menerima award! :)





Friday, April 23, 2010

Persoalan - Somebody please help~



Sejak kebelakangan ni, banyak yang difikirkan. Since it's been four months dah, I think this is the right time to start thinking about this secara detail dan serious.

Hurm..

Since cuma tingga lagi 5 months before my lil junior ni keluar, I have lotsa questions yang berlegar-legar. I dont know mana satu yang I should do first.

1. Bila masa yang sesuai nak beli baju-baju si kecik ni? Like now ke.. tunggu bila dah 7 8 months ke.. tapi larat ke by that time nak jalan-jalan cari barang?
2. Berapa pasang baju yang cukup eh?
3. Nak beli saiz macamana eh? patut beli kecik ke besar? kang beli kecik yang keluar lebih besar ke.. Seriously.. taktau~
4. Patut ke we consider buying a bay cot since akhirnya i gez si kecik ni akan tido sebelah mommy jugak~
5. Nursery ke rumah pengasuh je?

and the most thinkable question adalah


Patut tak I tau gender of this lil junior?


Kalau I can wait for 4 - 5 months untuk tau sex si kecik, takkan I can't wait for another 4-5 months sampai dia keluar kan. Macam surprise la sikit kan. Macam orang dolu-dolu.

Tapi kalau tak tau, berapa lama I can wait to not to know the gender~

Hurm...



I'm getting more nervous.

Semakin hari semakin terbayang-bayang..


Boleh ke aku makin netbol lagi selepas ni eh?

Takkan bawak budak kecik p padang and dok dendiam dalam stroller?


dan..


Kalau mommy and daddy ralit tengok MU ke Kedah ke main kat TV, boleh ke control suara untuk tidak menjerit..

Hurm..


p.s. izdi, i'll mail you my pic when im really really "fat"

hahaha~

Thursday, April 15, 2010

Revenge is Sweet Juga~



I read this quotation and it really melts my heart. It means a lot to me.. It can be applied in a lot of situations. It's written by Dr. Daniel T Drubin in his book Letting Go of Your BANANAS.



"I have been told that the way they used to capture monkeys in Africa was by placing bananas in the bottoms of narrow-neck jars. In an effort to remove the banana, the monkey would put its hand into the jar and grab on to the banana. Unwilling to let go, the monkey was now stuck with a jar on its hand."


"The only way to go beyond where you are in your life is by being willing to let go of the things, people, habits and beliefs that keep you where you are instead of where you want to be."


Kadang-kadang, kita adalah sangat mengharapkan sesuatu. Dan apabila yang diharapkan adalah tidak tercapai, we tend to feel so frustated. And even sometime ada orang bole jadi gilak~

Ada jugak masa bila orang dengki dengan apa yang kita ada, dan cuba buat apa saja so that we finally let go of that thing we have. Some people couldn't see it and accept that there are actually scissors under the blanket.

Yeah so it's true.


Ini membuatkan kita rasa tak puas hari and nak balas dendam. To get the self satisfaction! To gain back our dignity! Sebab kita nak cakap,

"In you face!! Padan muka ko! Dengki sangat dengan aku kan! Hammek!!! "


Coz people says that revenge is sweet. But what do they know about revenge? Those people who have this in their heart sebenarnya adalah tidak waras. Dan hati adalah tidak suci juga~

The best thing is to forgive and forget.

You see, if you forgive and forget, you'll fine the true peace of mind and peace in your heart.

Revenge is SOMETIMES sweet, BUT forgive is EVEN SWEETER~

You forgive, forget and move on~ That's the most important and best thing to do, right.. Why waste so much time on the bad things? We're suppose to enjoy every minutes and every seconds in our life~

So people, cheer up! Forgive and forget and move on~


Til then, take care people!


p.s. And yeah, so happen that I accidentally watched Glee last night. They sang this song called You Can't Always Get What You Want.


" You can't always get what you want
but if you try sometime, you'll find
You get what you need"




Tuesday, April 13, 2010

Berkilauan.. Perkembangan.. Kemajuan..


I'm having my yogurt now. Setap! Stoberi yogurt ni la peneman dan pembuka selera aku bila tekak kering dan rasa nak kunyah-kunyah.

Entri ni dah lama dah cuba buat. Tapi berakhir dengan tajuk sahaja. Sebab setiap kali rasa nak sambung, tiada perkataan yang keluar. So rasanya daripada menggunakan perkataan, better guna some other way to explain, rite?

So here it is.


: me, izdi n Kiera :

We used to be in the same group masa kursus dulu-dulu. Tapi tak sedar. Kita tak rapat pun. Bila terserempak pon (biasanya sangat jarang), kita senyum je kan. We barely talk to each other. Barely ke? I guess sekali je kita borak. Sebab aku ajak ko main netbol n you said you've already in volley team kan? hehe. Kenapa Kiera dalam ini cerita? Hehe.. takde reason.. tapi muka dia paling cun dan duduk depan sekali. Tu yang saje je bulat muka dia jugak. Hikhikhik.


Bila sama-sama dicampak ke office baru, baru laaa kenal siapa si Izdi ni~ Bila dikenang-kenang balik, masa tu kita menambah bilangan officer pompuan kan.. Tak boleh lupa bila aku masuk bilik ko and aku malu-malu nak bercakap sebab nanti senior-senior lelaki semua dengar kita cakap apa. hohoho~ Masa ni nak gossip pon susa~


: sempat jugak kita jadi partner shooter kan :



: the winner celebrates :



: the bride and the bride's maid :



: Kat desaru. After netbol, we watched badminton. Gilo~ :



: talk..talk..talk.. :



: blup..blup..blup.. :



We love sports and do many things together. And that's how we become closer and closer. We share things, through thick and thin, and you are the one who'll be the second (after my hubby la kan) to know~ And most importantly, you're my best friend, bride's maid, shooter, defender, futsaller (?) listener and sometimes you become a good counselor too. Your words adalah sangat meaningful (even sometimes you dont even experienced it before pon). But you just know what to say.

You taught me how to cook (from patties to porridge, spaghetti bolognaise, cabonara, mashed potato, and lots more). You're the best cook, you see. And stop saying that you don't know how to cook la.. apa la.. I'm pretty sure bila ko dah balik sini nanti ko dengan anni mesti gumoks! hehe.. To conclude all, YOU'RE THE BEST!

Now that you're gone, I hope you'll still be the person you always be. Bersesuaian dengan maksud nama ko yakni berkilauan, perkembangan dan kemajuan ni, semoga ko kat sana sentiasa tabah dan strong enough to be the best partner for your husband. May you always shine, grow and happier day by day~

You take care okeh! And bring back babieSSS. :)



Monday, April 12, 2010

Lost For Words


I had a bad weekend.

Saya lihat Kedah kalah..
Saya lihat MU hanya mampu seri..


dan yang paling penting..


Kembar-pegawai-tinggi saya dah pegi dah.. Dah selamat sampai~


Seriously, I have no words to say, and finally, I let 'it' express how I feel.

Yeah..yeah.. yeah..

I should be glad and thankful. For everything that happened.
.

.

.

I'm still looking for words...

.

.

.

.

Can't find any.

ok la~

daa~


p.s. for the past few months I hardly sleep well. Selalu sangat bermimpi and I don't really like it. But last night I had this dream. One of my friend had just safely given birth to a baby boy. Maybe I'm thinking of her too much. Or MAY BE she really did. :) If she does, well, I found a perfect word for you. Congrats!

Monday, March 29, 2010

Winning Is Sweet~







Revenge pun suwit jugak~

Akhirnya kejuaraan milik kita~
For the third time in a row!

wheee hooo~




p.s. Tak sabar tunggu wiken ni. Man U vs Chelsheat. Ngeh ngeh ngeh~


Thursday, March 25, 2010

What's Your Priority?


Priority.

Susah jugak nak buat kadang-kadang.

We have so many to-do-lists, and yet the list would never stop. Berkajang-kajang kertas pun tak tercukup. Bayangkan laa satu hari nak buat semua benda~ Dah pukul berapa awak nak balik rumah dari pejabat? Kalau asyik spend time dengan the never-ending-tasks, bila pulak nak spend time with your husband? Family? Kids? Friends? or even time for yourself?

Susah..

Orang cakap, susun la task awak ikut priority and mana satu yang lebih urgent. Cuba korang pikirkan, ada ke keje kita yang tak urgent? Well, in my case, semua benda adalah important dan datang dengan tag merah "URGENT".

Gila hapa~

Nasib baik I have husband, family and friends who support me. Yang paham dengan keje-keje yang I buat. Syukur je la.. I pun pening. Sometimes people just assume our life is like theirs~

Ah well. Things' changed right~


One day, I received this email from my friend. It's about a story pasal mayonnaise jar.

Kisahnya simple~

When things in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly, he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full. They agreed that it was..

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the
jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.

He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire
contents into the jar, effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.


'Now,' said the professor, as the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life.

The golf balls are the important things :
family, children, health, Friends, and Favorite passions –
Things that if everything else was lost and only they remained,
Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.
The sand is everything else - The small stuff.

'If you put the sand into the jar first,'
He continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So...

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

'Take care of the golf balls first - The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled ... 'I'm glad you asked'.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there's always room for
a couple of cups of coffee with a friend.'



See?

Gitulah alkisahnya~ Walau macamana sibuk pun, family always comes first.

Until then, enjoy your day at work!

Ta-da~

Wednesday, March 10, 2010

Syndrome Down


Bukan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kecacatan gene.

Tapi sejenis "sindrom" yang sedang saya alami.

Saya rindu nak berblog, tapi keadaan tak mengizinkan. Laptop saya adalah rosak! Sengal~

Saya rindu nak main netball, tapi keadaan juga tak mengizinkan.

Saya nak jogging, tak boleh..

Saya nak main boling, tak boleh..

Saya nak makan macam-macam, er.. boleh.. tapi kena control pulak~ Haisyoooooooo~

Saya rindu masakan mak saya, tapi keadaan tak mengizinkan saya balik kampung.

Saya rindu kawan-kawan saya, tapi keadaan tak menyempatkan kita jumpa.

Saya rindu badan saya yang lama, tapi.. (T_T) pasrah jua~
(deq, ko sure ke nak tukar badan dengan aku ni~ hikhikhik)

Semua adalah ketentuan Ilahi, dan saya adalah pasrah!

Dan yang paling penting, saya teringin nak makan spegeti dan hash brown yang kawan baik-merangkap-kembar saya janjikan~ mana aaaa beb?



p.s. counting days, kawan baik-merangkap-kembar saya nak pergi meninggalkan saya~ haih... Sape nak jadi kembar saya? Itu adalah pertanyaan bos saya pada saya. Ada ke??


p.s.s Semoga MAN. U menang malam ni~ wheeeeeeeeee....


Friday, February 12, 2010

Penangan Roti Jala





Perghh!

Terbaik!

Dengan kari ayam yang pekat, aroma yang best.. ayam isi tebal-tebal.. MasyaAllah.. serious sedap! Roti jala tu pulak nipis-nipis je jalaan dia tu. Gulung cantik-cantik.. kecik je~ Warna kuning canteeeeek je. Rasa tak macam letak coloring. Mungkin guna kunyit sebenar.

MasyaAllah..

Sedap! Betul sedap!

Gile aku harini..

Terima kasih sangat-sangat pada insan terbaik yang belanja saya makan roti jala. Walaupun saya jamah 2 keping je, tapi sedap gile! memang puas hati dan saya boleh buat kerja dengan penuh bersemangat!!


MasyaAllah...MasyaAllah...


p.s. ni yang rasa nak balik Kedah ni. Nak makan roti jala mama punye laaaaaagi setap! *drool*

Wednesday, February 10, 2010

Perubahan

Betul!

Semua orang berubah.

Saya pun..

Semakin malas. Cane? Banyak nak cerita..

Gua tempurung punya trip - PENDING
Dubai Trip - PENDING

and many more~

hadow..

Sekarang, kalau lepas lunch je dah tak bole fokus buat kerja. Simply malas. Cane? Lepas tu risau banyak keje tak siap, balik malam tak bole tido sebab memikirkan kerja.. then pagi-pagi rush nak pergi kerja awal (kononnya), dan akhirnya the same routine jugak yang berlaku.. hadow..

Mana motivasi saya ni..

Walau pun dah beberapa hari pulang ke Mesia, hati saya tetap di sana...

Hadow~

Malas nye! Betul jiwa kacau~

Dan saya juga rindu kawan-kawan belogger ni..



p.s. Congrats bestie on your wedding~ Im so happy for you. Let's make babieS~ Eheh..

Tuesday, January 26, 2010

Kes-Kes Lelaki Tidak Layak Jadi Suami?


Salam korang.. :) Lama sudah tidak update ni.. Kat sini baru jam 1130am. Lepak-lepak kejap lagi nak shopping~ Anyway, ada sorang kawan ni menceritakan pasal kes-kes lelaki yang tak layak jadi suami. Or boleh tak nak cakap sebenarnya tak maco langsung sebagai lelaki, dia bertindak macam ni. Agak panjang, tapi boleh layan jugak.. :)

Ouh, yes. She got this from an email~



1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal Wang hantaran Dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas Dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai Dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang Dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam Dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur Dan Gila main muzik sahaja. Duit TU dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya Dan berkedudukan. Namun, saya lebih real bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli Dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" Dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka is anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, is bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu Dan rumah tidak boleh bersepah... Walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan Dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran Dan umpan, Ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami Gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas TU kalau Ada nombor yg mengena, 2-3 Hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau Ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia Ada 3 isteri lain Dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.



Reporting from Dubai..