Pagi-pagi ni saya ternampak satu quotation :
"Many things are DIFFICULT BEFORE they are EASY"
So.. let's forget about all the bad things dan mari bersuka ria.
Anyway, selama ni saya selalu cuba mengelakkan diri dari berasa lemah atau dilayan sebagai orang yang lemah (nak being macho la konon). Tapi skang ni baru sedar kerana ianya adalah memakan diri. Heh!
Saya rasa macho bila :
saya tidak mengalami sebarang morning sickness, mengidam nak makan apa-apa dan seolah-olah saya adalah tidak "berdua". Syukur ke hadrat Ilahi la kan sebab orang lain siap ada yang kena masuk wad. Saya juga berasa macho sebab saya bukanlah penangis.
Tapi macho itu memakan diri apabila :
Saya diuji dengan menda lain, seperti hati ini sangat fragile dan saya asyik menangis dan berasa terharu. Saya boleh menangis atas pelbagai sebab, sesimple simple sebab pun, seperti mendengar cerita pasal orang dapat baby dan membaca artikel pasal orang buang bayi. Saya bukanlah penangis seperti ini. Tetapi kini saya adalah penangis tegar.
Gila.
Saya merasa macho bila :
Saya masih boleh memakai kasut tumit tinggi (er.. takde la 3 inc. 2 inch saja) walaupun pada ketika itu saya sudah 3 (approaching 4) bulan.
Tapi ianya memakan diri apabila :
Saya mengalami sakit pinggang yang agak teruk dan ianya menjadi lebih dahsyat bila saya nak tunduk pakai kain ataupun memakai kain semayang dan terpaksa menunduk untuk masukkan kaki. Teruk! Sebab kebanyakan orang hanya mengalami sakit pinggang ketika 6 bulan ke atas. Haih!
Saya merasa macho bila :
Saya masih boleh pakai baju-baju ofis termasuk baju kurung yang ikut badan itu.
Tapi ianya memakan diri apabila :
Senak perut haku bila nak sujud dan rukuk. Akhirnya saya tukar uniform. Dan selepas itu, saya boleh rasa budak ini bergerak dengan kerapnya. Alahai.. Sian awak!
Rasanya cukup sahaja saya menjelaskan keadaan saya yang macho dan memakan diri. Banyak lagi kerja-kerja gila yang macho dan masih saya buat seperti ingin berjogging dan saya juga main badminton. Tak perlu saya cakap keadaan yang memakan diri lepas saya buat kerja-kerja gila ini. Nanti puan-puan jangan buat macam ni ye. Sila sedar diri sebelum ianya makan diri.
Moral of the story : Macho itu makan diri!
Haih... I need to exercise ~
4 thought(s):
jangan terlalu macho yer kamu...harus take care selalu... :)
haha~ ye baeklah! itulah yang sedang dipertimbangkan. penat~
wahwahwah..nnt baby tu kuar2 je mest tabah orgnya kan? hehe..
iye la babe, take care jgn lagak2 macho sgt...i know ape yg u rasa skang, rasa cam kuat sgt je padahal perut tu dah kedepan bebeno hehe =P
hehehe~ tu la..ada hati nak jalan2 banyak2 lagi. semalam round midvalley pon jalan terhoyong hayang dah~ thanks. now i really know how it feels to have something inside~
Post a Comment