Friday, February 20, 2009

Jimba Jimbo [Day 1]

Tarikh: 13 Februari 2009
Masa: 7.00 pagi
Lokasi: LCCT, Sepang
Perbuatan: Tunggu flight kul 9.20 pagi
Tujuan: Percutian berjimba jimbo di Kota Kinabalu (KK), Sabah
Motif: Er..berjimba jimbo (atau secara bakunya ber-ronggeng dengan sahabat baek saya)
Objektif perjimbaan: Sebagai satu kaedah rawatan dan meningkatkan prestasi kerja setelah hampir setahun berkhidmat sebagai penjaga meja yang berjaya. *Haih*
Tempoh: 13 Februari hingga 16 Februari 2009
Main Objective (Day 1) : Amek gambar dengan dolfin kat Water Front dan beli barang-barang yang orang kirim.

Makhluk terlibat:-




: Lady and bestie, Cik Diha le Shadow Dansah :



BAB 1:



: Masing-masing tak sabar nak berjimba.. Can't wait! :




: Here it comes.. :




: First pic in KK :

Tepat jam 1240 kita sampai di Kota Kinabalu. Maka aktiviti camwhore pengembaraan pon bermula dengan rasminya.. Sesampai je di KK, Hero Remaja (a.k.a. HR a.k.a Hatta) kitorang datang amek. Secara amnya, HR la yang akan menjadi tourist guide kitorang sepanjang tempoh 4 hari kat sana.. So lepas check in hotel je, kitorang pon terus berjalan-jalan di sekitar kawasan tu. HR kerja. So tinggal la aku n Cik Diha meneruskan aktiviti. Sebaik cuaca best.
Kitorang siap tengok weather forecast lagi before pegi sana, dia kata hujan lebat siap ribut petir. Tapi alhamdulillah, sepanjang kitorang kat sana, takde la hujan pon.. Syukur..


Ouh, lupa. Kitorang menginap di Hotel Seri Borneo. Kedudukan sangat strategik, yakni kurang dari lima minit berjalan kaki dah sampai Pasar Filipino (dan segala pasar lagi), Water Front, Warisan Square dan Center Point (both are shopping malls). Dekat gila.. Jadi sangat sesuai la kalau menginap kat sini, walaupun hotel ni bertaraf 3 bintang je. Sesuai la kan dengan percutian berjimba jimbo secara bajet di KK. Tapi, hotel ni tersenarai dalam Lonely Planet tau. So agak femes la.. Bagi pelancong-pelancong bajet macam kitorang ni, memang tahap cemerlang dah dapat tinggal kat hotel ni. Selain kedudukan yang strategik, makanan sedap (walopun brekfes je), shower best, ada air cond, water heater dan macam-macam lagi.. (korang rasa aku bercakap macam hos Destinasi Bajet tak? =D)



: Jurucakap Hotel Seri Borneo, Cik Diha le Shadow Dansah :


Meet my..



: ...Loyal model, Cik Diha :


Inilah model saya. Tak payah aku suruh posing macamana, dia yang pose dulu and cari lense camera. "Kiri sket..angkat tangan kanan, er.. muka dongak sikit..ok, CUN!" dan aku pon snap! Macam tu lah gaya kalau nak amek gambar dia. Mesti ada "CUN!"



: Kat kawasan sekitar Water Front :




: Still di Water Front :




: Pasar Filipina a.k.a. Pasar Kraftangan :




: The bling blings :


Lepas dah siap beli barang-barang yang orang kirim termasuk dah puas bergambar dengan dolfin, ikan todak and some lil fishies kat kawasan Water Front tu, kitorang pon balik hotel. Sedar tak sedar masa tu dah pukul 6.15 petang. Kalau kat Semenanjung, 6.15 tu ala-ala boleh nak main kat luar lagi kan, mak pon tak panggil balik lagi. Tapi kat Sabah ni kan waktu dia cepat sikit. So dah nak masuk Maghrib. Kitorang ni memula macam blur-blur nak sesuaikan diri. Ouh, and most important thing is, baru lebih kurang 6 - 7 jam kitorang kat KK ni, dah lebih 200 gambar kitorang snap. Ha Ha! Happy sangat~ Tak dapat membayangkan perasaan ni. Sebab kitorang mula book tiket ni dari bulan Julai tahun lepas lagi. We've been counting days.. So memang peluang di KK ni kitorang takkan sesiakan la.. Yay! Happynya dok kat KK ni..

Malam tu, HR bawak kitorang makan kat Gayang. Satu restoran makanan laut yang agak jauh dari KK dan agak mahal harga dia berbanding kat sini. =D Dah la jauh, jalan nak pegi sana agak menakutkan. Rasanya sesuai dijadikan tempat untuk pengarah-pengarah cite Seram tu nak buat penggambaran. Takde la asyik guna tempat yang sama je dari cite Niyang Rapik sampai la cite Keliwon..Ah well..

Lari topik pulak..

Ok.

Makanan kat KK memang agak mahal. Kalau nak makan makanan laut, better pegi makan kat Sandakan atau Tawau atau Samporna. Tapi walaupun mahal, masakan tu sedap gile weyhhh... (or maybe our taste buds dah berubah mengikut harga makanan, I'm not too sure. Eheh). Thanks so much to HR and Ajot yang belanja kitorang makan malam tu..

Sekian perjalanan untuk hari pertama. Malam tu kitorang tido dengan seribu senyuman terukir di bibir. Tidur dalam iman... =D Happy! Happy! Happy!

Objektif utama nak amek gambar dengan Enchek Dolfin BERJAYA! Mission accomplished!

Nanti kita sambung untuk hari-hari berikutnya~ Hikhikhik. Bila teringat kenangan kat KK, buat aku nak tido dalam senyuman jugak malam ni..

Tra~ la~ la~ la~


4 thought(s):

khasyikelvin_ said...

lady,
ouh...lupe nak
mintak kirim jugak!

Lady said...

hehe..nak kirim apa cik ian..masih ada harapan lagi..

=D

yada said...

beb... haa souvenir keh..

i skrg takde mud blogging la, dunno y.. tapi still i berkunjung blog2 yang penting bagi i, hehe...

pastu tak tinggal komen..
eh.. fun nya u kat sana.. tgk gambar pun macam best gila2...

weather forecast? penting tu! tapi kdg2 tak seperti yang dijangka kan...

cerah terang benderang je i tgk.. hehe :)

Lady said...

Itu la..i tengah carik mood nak update n enjoy myself macam dolu2. eh, yang "peminat" u tu kaco lagi ke sampai u hilang mood? Anyway, memang bestttt~

Can u imagine for only 4 days, we have more than 1200 pics??? Ngeeee...