Saturday, February 21, 2009

Bahasa Melayu Dibanggakan



Hikhik. Kali ini Ash telah mengajak saya untuk bermain permainan tag dan yang paling istimewanya, tag kali ini adalah dalam Bahasa Melayu. Setiap soalan perlu dijawab dalam Bahasa Melayu juga. Jadi, saya rasa saya boleh menjawab soalan-soalan ini dan sekaligus menjawab tag-tag oleh Ila dan Ash yang terdahulu. Kalau mereka ingin tahu 16 perkara mengenai saya, kali ini saya memberikan 20 perkara mengenai saya. Baik, bukan? Jadi, mari memartabatkan bahasa kita.

*Stop laughing ya~ Ngeee..*


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Jika benda yang ditanya, haruslah kamera, komputer tiba, telefon bimbit dan akses internet yang paling penting dalam hidupku.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Benda terakhir yang saya beli dengan wang sendiri adalah Kuetiaw Sup (dari Warisan) ketika makan malam bersama Ikha-No, Mr & Ms Sunshine, Dato' K, Lin dan Roro semalam.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Tempat impian untuk mengadakan perkahwinan saya adalah di tepi pantai yang berpasir putih atau di kawasan taman yang mempunyai tasik. Mungkin saya menggemarkan kawasan berair, saya juga kurang pasti. Walau bagaimanapun, perkahwinan saya telah selamat dilangsungkan di rumah saya sahaja... (^,^)

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Saya sentiasa berdoa agar perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhir hayat. Selagi badan dikandung nyawa, selagi hayat dikandung badan. Eh? Betulkah?

5. Adakah anda dilamun cinta?
Ya. Sudah tentu. Dan saya sangat merinduinya sekarang. (Haih..Monday, monday, come quick!)

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Warisan. Semalam. =D

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Buku terakhir yang saya beli adalah The Secret oleh Rhonda Byrne. Buku ini saya beli melalui talian. Sangat murah uols. Eh. Tersasul.

8. Apakah nama penuh kamu?
Wan Maisarah (Kemenangan dan Kekayaan. Haha..Menangkah? Kayakah?)

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Saya sangat berharap agar arwah ayah saya masih lagi ada di sini..

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Kawan-kawan di sekolah rendah.

11. Sebutkan lapan nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
Alamak. Ini yang paling susah. Saya mempunyai ramai kawan. TERLALU RAMAI. Mungkin sekiranya saya menyatakan kesemua, itu tidak menjawab soalan bukan. Walau bagaimanapun, pada saat dan tika ini, Wan Zariman adalah sahabat saya yang paaaaaaaaaaaaaaling rapat dengan saya. =D

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Ya. Sudah tentu. Sekiranya ada masa terluang, saya juga akan menggosok baju saya sendiri. =p

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Saya ingin sekali mengelilingi setiap pantai di dunia ini.. Mungkin saya akan berjaya mencapainya apabila saya sudah berumur 50 tahun? Atau lebih cepat?

14. Pelukan atau ciuman?
Sentuhan.

15. Butirkan lima perkara tentang orang yang tag kamu.
[1] Kami mempunyai nama yang sama. *wink*
[2] Ash merupakan seorang sahabat yang sangat menyukakan mana-mana lelaki yang berpakaian seragam, termasuk Abang Polis Trafik yang sering membuat sekatan jalanraya, walaupun di Putrajaya pada waktu hujung minggu. Logik kah?
[3] Tetapi kini, fikiran dan hatinya tetap pada seseorang yang berada di Johor. (Betul kan? no more abg Uniform kan? hik hik hik).
[4] Kami pernah bekerja di bawah satu naungan satu ketika dahulu.
[5] Ash merupakan seorang yang sangat macho..er..maksud saya seorang yang sangat bergaya. Dan tahan lasak juga. (*mataku mula berseniar-sinar..)

16. Lapan perkara yang amat saya gilai.
[1] Pencuri hatiku
[2] Pantai
[3] Bola jaring
[4] Blog
[5] Coklat
[6] Keju
[7] Pasta
[8] Berjimba bersama kawan-kawan-kawan saya

17. Lapan perkataan yang sering di ucapkan.
[1] Yes dear
[2] Hik hik hik
[3] Ye la ye la
[4] Ok
[5] Daymn
[6] Sengal betul dia ni
[7] Kwang haaaaaja betul
[8] Ade ke

18. Lapan buah buku yang paling terbaru dibaca.
[1] The Secret
[2] Remember Me
[3] P.S. I Love You
[4] Amalan Ibu-Ibu Mengandung (Sekadar mengambil tahu)
[5] The Confession of A Shophaholic
[6] Thanks For The Memories (tak habis lagi)

19. Lapan lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
[1] Unbelievable
[2] I'm Officially Yours
[3] If I were a Boy (Versi remix Beyonce feat. R. Kelly)
[4] Oxygen
[5] Can I Walk With You
[6] Love Story
[7] Nobody
[8] Sedang Ingin Bercinta

20. Lapan perkara yang saya pelajari tahun lalu.
[1] Mengayuh whaler
[2] Sabar
[3] Walaupun orang berbuat baik di hadapan kita, tidak semestinya mereka berkelakuan baik dengan si dia
[4] Jangan terlalu percayakan orang
[5] Bahagikan masa antara si dia dan sukan. Tetapi setiap kali saya ingin berjumpa dia (sebelum kawen), ketika itulah ada aktiviti sukan yang tidak boleh dielakkan. Bagaimana?
[6] Jangan terlalu gilakan sukan
[7] Sebelum mencintai seseorang, belajarlah menerima cinta terlebih dahulu.
[8] Utamakan keluarga

21. Mari mentag lapan orang lain.
Boleh tak kalau saya tidak mahu tag orang secara spesifik? Barang siapa yang ingin membuat tag ini, silalah menyalin dan memaparkan di blog kamu..



"Salah itu bukan masalah. Yang menjadi masalah apabila masalah itu diselesaikan dengan salah"


5 thought(s):

khasyikelvin_ said...

heheheh
cumel jer dia
jawab!

yada said...

babe, u dah cut ur hair? siapa aunt rosie tu u cakap aritu..

i'm kinda clueless.. hehe..

cite pasal cut hair.. i nak g jog sok pagi, pastu nak g cut hair.. tak tahan la, dah panjang & mula gugur..

simptom biasa bg i.. sb dah lepas bahu rambut i sure jadi camni...

i nak potong ala ala posh.. so takla pendek sangat... hehe

Lady said...

aunt rosie = period (^,^)
belum potong rambut la nurul..dear asyik pending2 je..hari tu almost i potong kat sabah. hahaha.. Sebaik i isteri mitali

Wah..u nak potong ala2 bob hair cut eh? cun ahh~ nanti update tau!

Cik ian: er..chumel ke..ahhaha..jawab tag ni kalau free eh

Ash said...

yang no. 15 tu, aku memang suka abang uniform. tapi aku lagi suka kalau orang johor tu pakai uniform. cam mess kit ke. ohhh sangat gojes hehehehe :P

Lady said...

Haha..statement ko masa OBS tu aku takkan lupakan beb. First time aku dengar ko cakap ko gilakan lelaki beruniform~ hehe. ko dah tengok gambar dia pakai baju uni kan? gambar dia mesti lagi banyak dari gamba ko~ Ngee :D