Semalam kan 1 Rejab. So seperti yang diwar-warkan before, aku puasa. Masa nak p keja pagi semalam, terpandang roti atas meja makan tu. So dalam hati dah terdetik,
"Kejap lagi nak buka puasa makan puding roti lah. Slurrrppp... Sedap!"
Jadi, sepanjang hari kat ofis asyik teringatkan puding roti ni. Tapi sebenarnya tak reti nak buat pon. Try google dan jawapan carian adalah tidak begitu memberangsangkan. Aku suka puding roti mama buat, dan ofkos yang makcik Tene buat. Itu kalau campur dengan raisin... MY GAWDDD~ Sedap giler.... *daymn I'm drooling now~*
Bila ditanya Tene jawapannya adalah.
"Uols, mak tengah busy ni uols. Siap menjadi despatch segala. Jadi mak tak dapat nak kasi resepi tu kat ko sekarang uols. Mungkin di lain hari ye~"
Mak sedih. Tak pe. Tanya mama pulak.
"......."
TIADA JAWAPAN. Mama pon tengah busy perhaps and didn't pick up the call.
Ouh.. harapan menggunung nak makan puding roti hampir ditarah sehingga menjadi bukit sajor.. Bagaimanakah??
Jadi lepas saja meeting petang semalam terus google lagi sekali. Print saja resepi Chef Wan dan macam-macam lagi.
Kul 6.20 petang baru sampai rumah. Tapi dengan tekad yang penuh jaya, aku buat jugak puding roti. Hasil gabungan resepi yang aku print tu, 6.30 petang baru siap. Chef Wan kata kene rendam roti tu dalam campuran susu+telur+gula selama 10minit sebelum dibakar. Maka, kena tunggu lagi. Adeih haih.. Jam 6.40 petang aktiviti pembakaran pun bermula.
6.50..
.
.
.
7.00..
Aku jenguk oven lagi sekali. Apsal masih lagi basah-basah. Dan tak de tanda-tanda nak jadi pun.. Bau pun takde lagi ni.. Adeih haih..
7.15..
.
.
Tak masak lagi. Kalau timer oven tu boleh jerit kan, mesti dia kata,
"Berapa kalikah ko nak pusing aku nih....tadi dah cukup 35 minit dah. Angkat je lah..
Apsal nak tambah-tambah time lagi nih... "
Apsal nak tambah-tambah time lagi nih... "
Sukati la kan...kita yang pusing..
Dan..
Akhirnya..
7.28 malam.
WAKTU BERBUKA!!
.
.
.
Aku tannak makan menda lain selain puding roti nih.. huhuhu.. walaupun aku tengah bakar lagi sebab dia tannak kering-kering, aku tunggu jugak.. huhuhu.. Akhirnya aku hanya minum 2 gelas twister jer dan terus keluar ke program ofis malam tu...
Sebaik ada twister. Dan dalam kereta aku bantai roti and cheese~ (T_T)
Waktu sahur pagi tadi baru sempat aku rasa puding tu (sebab program kat luar tu la). Tak sedap pun puding aku ni....
(T_T)
Sape tawu buat puding roti yang best aaaa????? Dapat pahala tau tolong orang nak buka puasa ni..
5 thought(s):
ala ciannyer...
cik ian tatau ler.
nak juga cube wat!
tp, tade oven.
lai sedih ouh!
kenapa sampai lambat sangat masaknye...kite ade resepi tuh, tapi kat umah...cube cari dari link website masakan yang bayak2 dari blog kite tuh...mesti ade
kak wan: iza ada resepi yg sgt senang..ni selalu buat kat sini..
# roti gardenia-ikutlah berapa keping
# mentega
# 2 atau 3 cawan susu segar -iza main agak2 je
# 2sudu tepung kastad -resepi asal xletak
# gula
#2 bj telur-pukul dgn garfu
# esen vanila
cara:
- bekas dilenser dgn mentega. then..roti tu sapu mentega dan sususan dalam bekas-iza potong 2 baru susun.
-utk kastad- tepung kadtas bancuh dgn sedikit susu supaya dia xberketul. then masukan dalam mangkuk, masuk susu + gula + telur + esen .kacau guna wisk.kalau xde wisk tu gula jela pape.pastu masukan raisin.
-kemudian curahkan (dgn menggunakan senduk) atas susunan roti tadi.makesure roti serap bancuhan kastad tu..then atas tu iza selalu letak almond. bakar dalam 180 dalam 25 -30 min.
-lepas tu kwan tgkla dia masak ke x.cucuk dgn garfu ke.kalau lekat mean xmasak lg. bila msaka, sejukkan dulu br masuk peti ais..
-then makan..sedap sgt makan time musim panas mcm ni.abgfiz cakap mmg sedap.resepi za amik dr iron chef america-bobby flay.tp dia buat yg strawberi.za je ubah ke mentega.sbb sama je.cuma strwberi msam skit.
sabtu ni nak buatlah...kalau kwan duk jiran dh lama antar.sbb kdg iza nk makan buat je..
selamat mencuba.
oh lupa nak cakap...cantik umah baru kakwan.i like it! iza pya nk tuko warna pink haram abgfiz marah..warna pink tu warna alergic dia ;(
haha..cik ian: thanks so much..teringin punya pasal, apa pon bole jadi woo~
Ila: baiklah, kita akan search.. :D
Izza: thanks so much daling...haih..kak wan yang kat mesia ni pon tak reti buat..sebaik ada orang kat sinun yang tolong ajarkan. hehehe..cakap kat abg afiz, sekali sekala kena ikut selera ibu mengandung taw~ :D
Post a Comment