Sunday, June 14, 2009

Pakar Mistik

Rabu lepas (10 Jun), macam biasa aku join budak-budak ni main badminton. Sepatutnya start jam 8 malam, tapi semuanya sampai lewat. Around 9pm baru start main. Aku letih. Penat. Malas nak main sebenarnya. Rasa macam nak lepak kat rumah je. (Dewan badminton tu kat sebelah rumah je). Tapi dear beriya suh aku ikut. Sebagai isteri yang mulia, aku ikut sajor walaupun sebenarnya mak shima sangat nak tido. Mak penat uols.

Lepas main badminton, beriya dear ajak teman dia pegi ATM. Masa tu dah sekitar jam 1015 malam. Dalam hati memberontak. Sebagai ejen khas (yang tak pernah dibayar gaji pon), seharusnya jam 10pm ni aku patut mengkaji kes-kes yang diuruskan oleh "rakan sejawat"ku - CSI team seperti rutin-rutin setiap malam Selasa dan Rabu. Tapi sepanjang minggu lepas ni, aku minta "cuti". Aku penat dan tetiap malam pon nak tido awal. Boleyh? Tapi, again, sebagai isteri yang mulia, aku pon teman la dear pegi ATM. Kita dah ajak pegi after work tadi tannak. Nak p malam-malam jugak la kan..

Jam dah 1030pm, tapi masih kat Maybank lagi. Aku makin neves. Nak tengok jugak CSI ni walopun kejap. Hadow~

So lepas setel urusan, kitorang pon balik..



:Malam ni turn aku buka pintu. Boleh camtu? :p :


Sebaik sahaja aku melangkah masuk rumahku yang gulap gulita tu, aku tak buka lampu kat pintu macam selalu ak buat. Sebab rasa rumah aku agak terang sikit. So, plan nak buka lampu hall je. Tapi dalam hatiku berkata "Apsal sedap sangat bau ayam goreng ni. Dah jam 11 pon jiran aku masak lagi ke". Dup..dap..dup..dap.. hatiku ini. Takut uols. Walaupun aku ni macho la jugak, tapi bila masuk bab-bab mistik ni, lutut gwe cepat longgar. Hadow. Aku dok bayangkan yang bukan-bukan. Dear ni pon time ni laa dia nak buka kasut pelan-pelan. Aku dok panggil-panggil dia dah. Tak gerak-gerak pulak dia. Lagi la aku cuak. Ampes. Aku tengok kat atas meja Jepun kesayangan aku ni ada terhidang macam-macam makanan. Aku sempat notis setong ayam KFC. Patut pon bau sedap sangat. Aku lagi cuak. Mula la terfikir

"Tadi aku rasa macam kunci pintu"

"Kat rumah ni aku dengan dear je. Nurul dah balik kampung"

"Tadi rasanya aku dah kemas meja"

"Man... cepat laa..."


Tiba-tiba..



: Muncul makhluk-makhluk ni dari bilik solat kitorang :

Dengan iringan lagu "Happy Birthday"



Cilalak lu! Buat seperais untuk aku ye? Aku dah nak nangis dah sebab takut.. Sebaik korang tak perasan air mata aku kan, sebab gelap. hehe. Malu.. Dengan bau ayamnya la.. Bunyik kuk kik kuk kik laa.. Ampes... Sangat ampeh..




: Siap suh aku potong kek. Sengal. Aku tak tahan nak gelak :


: .. dan masih terkesima :


: Si baju hijau selaku penolong master mind :


: Jaa (with black shirt) and Ikha (in the middle) are also the planner aside Dear and Izdi :


: Barisan pelakon tambahan :


Beriye korang ye time main badminton tu.. Langsung aku tak perasan. Tahniah!! Patut diconsider untuk masuk Anak Wayang. Aku jadi Director korang. :D



: The food (with one of the master mind) :


: Aksi orang-orang lapar yang dah lama tunggu kitorang balik.. :


: Sebaik ada Epul. Pandai anak teruna sorang ni potong buah mangga :


: Anak dara yang tolong "ngap" mangga :


: Thanks guys. For coming.. :


And of course, disebalik kawan-kawan baik aku yang sangat aku kasihi, dear pon sama telibat. Walaupon sehari awal, tapi aku sangat-sangat terharu dengan korang yang meraikan aku. Sob..sob..sob.. Aku hapy sangat. Bersyukur kepada Tuhan yang telah mengurniakan sahabat-sahabat yang baik macam korang. Thanks so much to dear (I luv u), izdi (walaupon dari jao, ko datang jugak..), Jaa + Ikha (tipu aku ye.. aku maafkan.. :p), Fazi, Aina, Fazli, Mizi, Mis X, Epul, Khalid, Kak Lin dan Merrie + Ain (ko memang me"merry" kan majlis ni). Thank you so much for the KFC, pineapple juice, card, cuppies (aku bawak abis ke ofis.. laku beb) and everything. Ucapan ini juga ditujukan kepada adik kakak, niece, kawan-kawan, ofismet, staf, sedara sedari yang telah mengucap selamat secara langsung atau tidak langsung. Every moments, every smile you gave and everything. Aku tak terkata suda.. AKu sangat-sangat hargainya. Semoga kalian sentiasa mendapat kebahagian, rezeki yang murah dan keberkatan hidup yang abadi..

Amin..


p/s: Semoga doa aku masa potong kek tu dimakbulkan. hehehe

9 thought(s):

Unknown said...

Awwwwww....

Unknown said...

tahniah kerana diperanjatkan...!

Happy Bday!!

Lady said...

Izdi: hohohoho

isz: Smapai harini dorang sebut-sebut dialog aku masa mula-mula nampak makanan atas meja "he.....he....."
thanks bro

(^,^)

CathJ said...

Baru baca tajuk...perut I dah kembang kempis nak baca seterusnya....

lerrrr....suprice rupanya!!!!!!

bahagia nyaaa....

khasyikelvin_ said...

bie,
makan tak ajak...
ouh cuppies...

btw,
semoga doa bie dimakbulkan,
insyaAllah.

p/s:moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
bahagia selalu.
+ cepat dpt baby! yay!

salida amran said...

bie: rindu kat u...n tak tau plak pasal seprise tue..nak join kalau dapat:(
happy.happy.happy birthday

Lady said...

CathJ: hehe..kalau la u dapat rasakan apa yang i rasa masa before dorang keluar dalam gelap untuk kejutkan i.. hohoho..crrr-reeee-py~
:D

CikIan: nanti datang putrajaya laa..kita banje makan cuppies~ hehehe

Ila: sihatkah? lama tak dengar cite~ hohoho..
thanksss...b pon tak sure pasal pakatan dorang ni... marah dorang sebab tak ajak ila.. hehehe

salida amran said...

takpe:( sapalah aku di hati mereka..hahaha

Lady said...

ala ilaaa...jangan la majukkk~ huhuhuhu..diriku ini tiada salahnyaa.. huhuhu..