Friday, June 26, 2009

"Belaan" Ku vs MALAYSIA NETBALL TEAM

Ada sesuatu yang melanda pejabat ku..

Nantikan KEMUNCULANNYAAAAA~


Muahahhahahah~

*waktu berkabung abes suda.. izinkanku gelak~ hihihi *

As for today, I'm going to watch THIS!!


SEMI FINAL of ASIAN NETBALL COMPETITION
Singapore vs MALAYSIA
8.00 pm
Stadium Juara, Kuala Lumpur



Can't wait!!! Can't wait!! I hope Malaysia will win~

Go Malaysia! Malaysia Boleh!!!


Good Bye, Love~

This is my 100th post. I didn't plan to actually break this news in my 100th post. I've planned to post a happy story of my buaya-buaya belaan.. But, who knows better than God kan~

I'm sad. I'm mourning. My heart's crying that nobody can notice. He's gone.

Gone~

Gone!

I'm gonna miss him. Ever since I was a kid, I became his fan. Seriously. I heart him. His songs and music really melt my heart like You Are Not Alone, Earth Song, I Just Can't Stop Loving You, and many more.

I used to have few books full of his lyrics, photos, newspaper cuts..

I used to put a lot of posters of him on my wall, my lockers and cupboard too back in school days..

I adore him.. and his songs too~

I love to see he dance and make the crowd moves and screaming wild~


But now..

He's gone..

And the irony part is, my BOSS is the one who broke the news tadi.

I hope he didn't notice my ultimate-shock-face.

Well.. may you rest in peace~



Thursday, June 25, 2009

Kempunan Punya Pasal


Semalam kan 1 Rejab. So seperti yang diwar-warkan before, aku puasa. Masa nak p keja pagi semalam, terpandang roti atas meja makan tu. So dalam hati dah terdetik,

"Kejap lagi nak buka puasa makan puding roti lah. Slurrrppp... Sedap!"

Jadi, sepanjang hari kat ofis asyik teringatkan puding roti ni. Tapi sebenarnya tak reti nak buat pon. Try google dan jawapan carian adalah tidak begitu memberangsangkan. Aku suka puding roti mama buat, dan ofkos yang makcik Tene buat. Itu kalau campur dengan raisin... MY GAWDDD~ Sedap giler.... *daymn I'm drooling now~*

Bila ditanya Tene jawapannya adalah.


"Uols, mak tengah busy ni uols. Siap menjadi despatch segala. Jadi mak tak dapat nak kasi resepi tu kat ko sekarang uols. Mungkin di lain hari ye~"


Mak sedih. Tak pe. Tanya mama pulak.


"......."


TIADA JAWAPAN. Mama pon tengah busy perhaps and didn't pick up the call.

Ouh.. harapan menggunung nak makan puding roti hampir ditarah sehingga menjadi bukit sajor.. Bagaimanakah??

Jadi lepas saja meeting petang semalam terus google lagi sekali. Print saja resepi Chef Wan dan macam-macam lagi.

Kul 6.20 petang baru sampai rumah. Tapi dengan tekad yang penuh jaya, aku buat jugak puding roti. Hasil gabungan resepi yang aku print tu, 6.30 petang baru siap. Chef Wan kata kene rendam roti tu dalam campuran susu+telur+gula selama 10minit sebelum dibakar. Maka, kena tunggu lagi. Adeih haih.. Jam 6.40 petang aktiviti pembakaran pun bermula.

6.50..

.

.

.

7.00..


Aku jenguk oven lagi sekali. Apsal masih lagi basah-basah. Dan tak de tanda-tanda nak jadi pun.. Bau pun takde lagi ni.. Adeih haih..


7.15..

.

.


Tak masak lagi. Kalau timer oven tu boleh jerit kan, mesti dia kata,

"Berapa kalikah ko nak pusing aku nih....tadi dah cukup 35 minit dah. Angkat je lah..
Apsal nak tambah-tambah time lagi nih... "


Sukati la kan...kita yang pusing..

Dan..

Akhirnya..


7.28 malam.

WAKTU BERBUKA!!

.

.

.

Aku tannak makan menda lain selain puding roti nih.. huhuhu.. walaupun aku tengah bakar lagi sebab dia tannak kering-kering, aku tunggu jugak.. huhuhu.. Akhirnya aku hanya minum 2 gelas twister jer dan terus keluar ke program ofis malam tu...

Sebaik ada twister. Dan dalam kereta aku bantai roti and cheese~ (T_T)


Waktu sahur pagi tadi baru sempat aku rasa puding tu (sebab program kat luar tu la). Tak sedap pun puding aku ni....


(T_T)


Sape tawu buat puding roti yang best aaaa????? Dapat pahala tau tolong orang nak buka puasa ni..



Monday, June 22, 2009

Puasa Dah Habis Ganti Ke?

Rejab makin menjelma.. Lepas REjab, Syaaban. Pehtu masuklah Ramadhan. Antara bulan-bulan yang sangat digalakkan puasa. Tapi untuk Ramadhan tu wajibla kan. Bulan lain pun boleh puasa, tapi sepanjang Rejab dan Syaaban ni sangatlahhhhhh baaaaaaaaanyak pahalanya. Cuma kita nak rebut ke tak je.

Jadi. Sebagai peringatan, hari Rabu ni (24 Jun 2009) adalah bersamaan dengan 1 Rejab yang bersamaan dengan Bulan Allah.. Jadi, moh le kita ramai-ramai kaut pahala yer~

Ini antara kebaikan-kebaikannya..



Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt


2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa


3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt


4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat


5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah


6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga


7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."



Sumber: Er... dapat emel yang juga diforwardkan tadi. Erm... tak sure pulak dari mana~

Jadi, apa tunggu lagi, moh le puasa ye~

Sunday, June 21, 2009

Father's Day without Father


I missed my late dad. Seriously. Dah la harini kat tv semua movie pasal kasih seorang ayah. (T_T)

Hurm.. Rasa macam baru je bercakap dengan abah.. Kalau dulu-dulu, tak tau la kenapa, tapi jarang rasanya aku membeli hadiah or plan to celebrate Father's Day. But now it's too late kan. For presents and celebration I mean. It's never too late to always remember your daddy and pray a lot for him.

Anyway, tak tau apa aku meraban now. I just miss him so badly. To those who still have a dad, pick a phone and call him now. Tell him how much you love him before it's too late~


To all dads out there,

HAPPY FATHER'S DAY~

Kisah Katak dan Kangaroo

..ambik masa sikit untuk sharpen skill snap gambar bergerak.

Kadang-kadang susah..timing kena betul, shutter speed, and also angle..




: NAk gaya apa eh.. :


: Macam ni lah :


: Ready..... GO! :


: I hate this "kangaroo" pose... Tukar..tukar.. :


: Jump shot take 2. 1, 2, JUMP!!!! :


: I LOVE THIS SHOT! :

(^,^)


Sekian.


p/s: of all the places, i don't know why we pose kat sini~ ngeh ngeh ngeh..


Saturday, June 20, 2009

Tips Untuk Ibu-Ibu Mengandung~ La..La..La..

Kenapa sesetengah orang selalu mengalami tekanan darah rendah bila dia mengandung?

Padahal dia makan untuk dua orang kan?

Er.. Penat sangat ke mengandung ni?

Ouh, itu tidak dapat aku komen pape, sebab belum ada pengalaman.

Tapikan, yang peliknya, kebanyakan kawan or family aku yang mengalami tekanan darah rendah ni adalah kawan-kawan dan family yang berbadan genit, er..petite, er..dan juga kategori ketinggi di bawah bahu aku. Dan juga kurus.

Kesian dorang ni..

Dah la mengandung, tekanan pulak rendah. Ini kalau dibiarkan boleh membahayakan baby jugak..

So, when I read this book - Enskilopedia Perbidanan Melayu by Anisah Barakbah, this is what I found:

Tips untuk meningkatkan tekanan darah bagi ibu-ibu mengandung:

Minum la air rebusan kismis. Sedap~

Bahan-Bahan dan kaedah:

2 sudu besar kismis kuning direndam atau direbus dengan 3 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Biarkan sejuk dan minum airnya~ Amalkan 3 kali setiap hari. Insya-Allah tekanan darah makin ok~

So ladies, jangan risau-risau lagi ye..

Selamat mencuba~

Friday, June 19, 2009

Allergy And Bun In The Oven?


Hi ladies~


I just wanna share something.

I don't feel good even today is Friday and it's one day to go for another weekend and I should be happy and enjoying Friday as I don't hafta go to work tomorrow.

But I just don't feel it.

I walked to the car and drove to the office with my straight face. My itchy-half face is almost killing my day.

I need to go for a second check up laa..

Boo calamile lotion.

Boo the pills.

They don't work on my face.

I slap you dem calamile and pills!


p/s: Funny thing is, Tina said that I might be pregnant. Hahaha.. Chill babe~ I don't think I am~ Hehe.. Just to think of my twins to really come, is really making me happy~ Wheeeee.

I'm using The Secret.


Thursday, June 18, 2009

Penantian Yang Panjang, Akhirnya Terselamat Jua~

Ingat lagi tak I did mention in previous post about me having some allergy?

So petang tadi pegi check dengan doktor. Masa menunggu untuk jumpa doktor adalah 45minit (walaupun ada 3 pesakit je nak masuk jumpa doc - including me), masa rundingan adalah 5 minit, dan masa menunggu giliran untuk ambil ubat adalah 15 minit. Dapat bayangkan tak, dengan kegatalan tahap dewa, terpaksa menunggu lebih dari satu jam just to get some medication..

HAih~

Esok-esok kalau ada anak sapa-sapa yang jadi receptionist kat klinik doktor dan bukak klinik, suh laaa dia buat kerja cepat sikit.

So, selepas penantian yang lama, aku berjalan lesu menuju kereta yang diparkirkan di kawasan larangan parkir. (Sounds like in a novel pulak). Dari jauh kawasan itu masih lagi dipenuhi dengan kereta-kereta lain. Tapi, macam pernah kulihat makhluk-makhluk berbaju putih yang berdiri di sebelah kereta yang diparkirkan di hadapan keretaku itew. Apabila makin dekat, barulah aku sedar, rupanya ada polis tengah tulis surat saman.

Gosh~

Berlari aku mendapatkan keretaku. Masa ni laa cari kunci kereta tak jumpa. Dem you kunci!

Pada masa ku kesibukan mencari anak-anak kunci itew, di kala itulah pegawai polis trafik berkenaan masih pura-pura tak nampak aku yang tengah kekalutan ini. Aku dapat bayangkan sebaik sahaja beliau selesai menulis cerita dan mengoyak kertas itu untuk diselitkan di wiper kereta itu, pasti beliau menuju ke kereta ku.

Phew~

Sebaik jumpa. (After almost 2 minutes search). Sangat dem kan.

So, saya terus bergegas keluar dari kawasan itu dan polis berkenaan pon berlakon seolah-olah tidak sedar kehadiran keretaku di situ. Dalam hatiku dah siap ni alasan-alasan yang sesuai nak jawab...

"Tuan, tadi saya pening-pening muntah tuan. Terpaksa saya parking kat sini. Kalau tak nanti lagi jauh saya jalan tuan.."

ATAU

"Tuan, saya muntah tadi tuan. Dalam kereta pulak tu. Tak sempat nak cari tempat lain. Terus saya belok sini tuan"

ATAU

"Tuan, tannak saman saya ke?"

Hehehe..

Sengal~

Apa yang penting, kegatalan di bahagian muka ini telah memberikan kesan pada diriku (selain kehilangan kecantikan untuk beberapa waktu). Dan itu sudah semestinya

"PARKING DI TEMPAT YANG DIBENARKAN SAHAJA ye ".

Betul kan?

Wednesday, June 17, 2009

Hadiah Hari Jadi I

:D

Happy kan bila dapat hadiah?

I got some prezzie. Tapi takde la banyak. Penangan surprise bday party tu pon dah memberi makna yang mendalam suda~

:D

Anyway, Iskandar Dzulkarnain bagi ai ni~
This is more like an award. Well, it IS an award! *wink*




: He said I'm a loyal friend :

Thank you ke Enche Isz.. Suda dapat tiket kah untuk game itew? ngeh ngeh ngeh ngeh

And of course each award comes with a rule (or rules) :


5 fakta menarik tentang pemberi award - Isz ialah

[1] He is tall.. He's the tallest among my friends.
[2] He's an MU fan.. Sama la kita weyh!
[3] He has a baby boy named Falleq. Sangat chumel and Faleeq can pose dah sekarang~
(I read it from his blog of course. *wink*wink)
[4] We used to be in the same group during GI
[5] When people ask, "Isz mana eh?" mesti ada jawapan "Ala..Isz yang lead masa kita main CHIKARA tu.." Yeah, that's him.. hehe.


Tulis 10 fakta/hobi sebelum memilih penerima award seterusnya.

[1] I just turn 26 last week
[2] I love sports especially netbol. And now trying to involve in running, er..like a marathon?
[3] I love taking piccas. Even I'm more into dslr, but huda had introduced me to lomo. hehehe.. been thinking to try once..
[4] I love SABAH
[5] I love MAnchester United
[6] And I also support local footbal - spesifically Kedah team.
(PULUN KEDAH PULUN!! Yeahhh!)
[7] I really wanna have twins...but we dont have the genes..
[8] I'm gonna celebrate our first anni in two weeks time.. hehe..
(no more surprises okeh *wink*wink*)
[9] I luve watching CSI and I'm watching it now. My passion almost made me to get a Masters Degree in Forensics Flies. But it seemed like I got better offer, so I quit.
I believe it has something to do with "blessing in disguise"?
[10] Ouh, dah last dah ke.. hurm..when I'm writing this, I'm not feeling well. I'm having some allergy of not-knowing-what. Daymn it's so itchy. My ears, half of my face..sume dah jadi macam cite the mask tu.. merah merah pulak.. And all the bintats.. Man, sangat tak tahan..
Adeih haihh..


* Pilih 10 penerima award seterusnya and describe tentang mereka

Jadi, yang saya nak kasi award ini adalah kepada:

[1] Ikha : get "well" soon
[2] Ila : selamat bertesis
[3] Roro : Tahniah on your wedding day~
[4] picturekita : Nice pics you have~
[5] Kiera : Saje je nak kasi kat ko, sebab ko rajin update~ hihi
[6] Cik Ian : Selamat bershopping ye
[7] Huda : I want the crocssss.... *wink*wink
[8] Hida-san : Gambare kudasaii!!
[9] naim : It's been a while we didn't chat. All the best with ur SPM next yer~
[10] All the readers. Grabbit ya~


p/s: Im not listing this receiver according to priority ke.. kesukaan ke.. I just type it. All of you are such a good companion in my life~ Enjoy your short life doing things that last long.


Monday, June 15, 2009

Kata-kata Perangsang Seorang Pelawak

Kawan-kawan..

Penah dengar George Carlin? Hurm.. I've never heard of him before I got this email from a friend. Sebenarnya George Carlin ni adalah seorang pelakon komedi di era 70-an dan 80-an. No wonder I never know him. Anyways, this dude could write something very elowuent and so very appropriate. It's so amazing. Maka dengan itu, I think I wanna share his thoughts. May be it'll help to make you think deeper before you do anything.


A Message by George Carlin:

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints.

We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less.

We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time.

We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.

We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values.

We talk too much, love too seldom, and hate too often.

We've learned how to make a living, but not a life.

We've added years to life not life to years.

We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor.

We conquered outer space but not inner space.

We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul..

We've conquered the atom, but not our prejudice.

We write more, but learn less.

We plan more, but accomplish less.

We've learned to rush, but not to wait.

We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships.

These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes.

These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill.

It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom.

A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...

Remember;

Spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.

Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent.

Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it.

A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.

Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.

Give time to love, give time to speak!

And give time to share the precious thoughts in your mind.


AND ALWAYS REMEMBER:

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.


-George Carlin


How's that? It's so amazing isn't it?

Sunday, June 14, 2009

Pakar Mistik

Rabu lepas (10 Jun), macam biasa aku join budak-budak ni main badminton. Sepatutnya start jam 8 malam, tapi semuanya sampai lewat. Around 9pm baru start main. Aku letih. Penat. Malas nak main sebenarnya. Rasa macam nak lepak kat rumah je. (Dewan badminton tu kat sebelah rumah je). Tapi dear beriya suh aku ikut. Sebagai isteri yang mulia, aku ikut sajor walaupun sebenarnya mak shima sangat nak tido. Mak penat uols.

Lepas main badminton, beriya dear ajak teman dia pegi ATM. Masa tu dah sekitar jam 1015 malam. Dalam hati memberontak. Sebagai ejen khas (yang tak pernah dibayar gaji pon), seharusnya jam 10pm ni aku patut mengkaji kes-kes yang diuruskan oleh "rakan sejawat"ku - CSI team seperti rutin-rutin setiap malam Selasa dan Rabu. Tapi sepanjang minggu lepas ni, aku minta "cuti". Aku penat dan tetiap malam pon nak tido awal. Boleyh? Tapi, again, sebagai isteri yang mulia, aku pon teman la dear pegi ATM. Kita dah ajak pegi after work tadi tannak. Nak p malam-malam jugak la kan..

Jam dah 1030pm, tapi masih kat Maybank lagi. Aku makin neves. Nak tengok jugak CSI ni walopun kejap. Hadow~

So lepas setel urusan, kitorang pon balik..



:Malam ni turn aku buka pintu. Boleh camtu? :p :


Sebaik sahaja aku melangkah masuk rumahku yang gulap gulita tu, aku tak buka lampu kat pintu macam selalu ak buat. Sebab rasa rumah aku agak terang sikit. So, plan nak buka lampu hall je. Tapi dalam hatiku berkata "Apsal sedap sangat bau ayam goreng ni. Dah jam 11 pon jiran aku masak lagi ke". Dup..dap..dup..dap.. hatiku ini. Takut uols. Walaupun aku ni macho la jugak, tapi bila masuk bab-bab mistik ni, lutut gwe cepat longgar. Hadow. Aku dok bayangkan yang bukan-bukan. Dear ni pon time ni laa dia nak buka kasut pelan-pelan. Aku dok panggil-panggil dia dah. Tak gerak-gerak pulak dia. Lagi la aku cuak. Ampes. Aku tengok kat atas meja Jepun kesayangan aku ni ada terhidang macam-macam makanan. Aku sempat notis setong ayam KFC. Patut pon bau sedap sangat. Aku lagi cuak. Mula la terfikir

"Tadi aku rasa macam kunci pintu"

"Kat rumah ni aku dengan dear je. Nurul dah balik kampung"

"Tadi rasanya aku dah kemas meja"

"Man... cepat laa..."


Tiba-tiba..



: Muncul makhluk-makhluk ni dari bilik solat kitorang :

Dengan iringan lagu "Happy Birthday"



Cilalak lu! Buat seperais untuk aku ye? Aku dah nak nangis dah sebab takut.. Sebaik korang tak perasan air mata aku kan, sebab gelap. hehe. Malu.. Dengan bau ayamnya la.. Bunyik kuk kik kuk kik laa.. Ampes... Sangat ampeh..




: Siap suh aku potong kek. Sengal. Aku tak tahan nak gelak :


: .. dan masih terkesima :


: Si baju hijau selaku penolong master mind :


: Jaa (with black shirt) and Ikha (in the middle) are also the planner aside Dear and Izdi :


: Barisan pelakon tambahan :


Beriye korang ye time main badminton tu.. Langsung aku tak perasan. Tahniah!! Patut diconsider untuk masuk Anak Wayang. Aku jadi Director korang. :D



: The food (with one of the master mind) :


: Aksi orang-orang lapar yang dah lama tunggu kitorang balik.. :


: Sebaik ada Epul. Pandai anak teruna sorang ni potong buah mangga :


: Anak dara yang tolong "ngap" mangga :


: Thanks guys. For coming.. :


And of course, disebalik kawan-kawan baik aku yang sangat aku kasihi, dear pon sama telibat. Walaupon sehari awal, tapi aku sangat-sangat terharu dengan korang yang meraikan aku. Sob..sob..sob.. Aku hapy sangat. Bersyukur kepada Tuhan yang telah mengurniakan sahabat-sahabat yang baik macam korang. Thanks so much to dear (I luv u), izdi (walaupon dari jao, ko datang jugak..), Jaa + Ikha (tipu aku ye.. aku maafkan.. :p), Fazi, Aina, Fazli, Mizi, Mis X, Epul, Khalid, Kak Lin dan Merrie + Ain (ko memang me"merry" kan majlis ni). Thank you so much for the KFC, pineapple juice, card, cuppies (aku bawak abis ke ofis.. laku beb) and everything. Ucapan ini juga ditujukan kepada adik kakak, niece, kawan-kawan, ofismet, staf, sedara sedari yang telah mengucap selamat secara langsung atau tidak langsung. Every moments, every smile you gave and everything. Aku tak terkata suda.. AKu sangat-sangat hargainya. Semoga kalian sentiasa mendapat kebahagian, rezeki yang murah dan keberkatan hidup yang abadi..

Amin..


p/s: Semoga doa aku masa potong kek tu dimakbulkan. hehehe

Fasa Satu

Eee... syuh..syuh..syuh..

Banyaknya sawang-sawangan...

Sat naa... baru nak kemaih-kemaih. Nanti update lagi.

Tunggguuuu~


p/s: Fasa I : Mission Accomplished!

(^,^)

Monday, June 8, 2009

Long Weekend

5 Jun 2009 - 6.00pm : still kat Putrajaya.
7.00pm : Sampai kat Shah Alam for a netball game.
11.00pm : Done with the game, lost by ONE point. :( Sedih..
With the fresh-body-but-tired-mind, I rushed back to JB
to meet dear there.
3.00am : Reach JB and tido~

6 Jun 2009 - 8.30am : Already woke up - went to buy few things to cook for
Sayang (dear's cousin)'s wedding ceremony
12.00pm : Help ibu to cook
4.00pm : Get ready for Sayang's solemnisation. Went to the mosque.
7.00pm : Reach home and get ready for another kenduri - "Doa Selamat"
11.00pm : Done with ALL the kenduris and make our way back to Kedah
for another wedding. (Really hope we could drop by mama's)

7 Jun 2009 - 7.00 am : Reach kakak's house in Penang. Me and dear already pengsan
before we even knew it.
11.00am : Drive to SP for a photoshoot
6.30 pm : Done with the photoshoot and make our way back to Putrajaya

8 Jun 2009 - 3.00 am : Home suwit home~


This is the longest weekend ever. And I don't know how to explain lagi dah..Too tired to think, too tired to even type and too tired to drag my feet to the bedroom. Urghhh..

PENATNYEHH!!


p/s: Dear Sayang and Mtar, Congratulations on your wedding. Thanks for choosing us to snap your special moments. May you live a happy life with your loved ones..

Im off to bed now~

Friday, June 5, 2009

Kantoi


Ok. Ceritanya begini. Dalam bilik aku ni, kitorang share bilik. Ada 6 officers and 1 PA (to my boss). Bilik my boss ni adalah dalam bilik kitorang ni la. Setiap kali kitorang cakap-cakap, he can listen to it. And we also can listen to him talking on the phone ke, discussing things ke.. Ouh yes we can.. hehe. Boleh bayangkan tak situasi bilik "kebal" kitorang ni? Bahaya kalau cakap sebarangan.. Nanti boss dengar..

So, nak dijadikan cerita, satu petang my staff came in my room. Nama dia Im. Dia lambat datang keje hari tu. And as usual, he has to ask for my sign. Macam kelulusan to alasan yang dia tulis pada punch card tu.

So my big boss tetibe keluar dari bilik dia n said to my staf ni "Awak memang salah. Terpulang la pada bos ko nak consult ko macamana. Kalau aku, memang aku tak lepas". And my boos looked at me and smile sceptically. Then he went to his room.

I smiled and I said nothing and continue clearing up my desk (I was doing my 5s masa tu..)

I looked around to make sure that my boss wasn't around so I could start the "consultation" session.

I looked up to my staff. He smiled. Tapi macam sedih and takut pon ada. Of course. I wasn't alone kat situ. My collegue semua ada.. Malu kot Im ni..

I started asking him "why, how and what happened" trying to understand the situation la kunun, till my bestie menjengah di pintu bilikku itu (Jarak dari meja ku ke pintu adalah lebih kurang 3m) dan dengan pantasnya berkata,

"Beb, about the game petang ni, shaza tu bole main. She'll follow us. No worries".

And of course dengan jarak yang agak jao, my boss could hear the voice la kan..

And I was in the middle of talking to my staff. All of sudden I said to Izdi,

"Ala ko ni.. aku tengah bagi consultation ni.. Jangan la kaco.. Kang boss aku cakap aku tak reti consult staff aku la.. my leadership skill la.. apa la.. Ko ni.. " Aku bercakap gaya-gaya macam bz sangat laa.. Dan perli-perli nada bos sikit.. (Sumpah, masa tu aku tak sedar pon boss aku ada kat dalam bilik. Rasa macam dia dah keluar..).

And tiba-tiba my boss keluar dari bilik dia. He smiled. (Maksudnya dia dengar aku perli-perli dia). And Izdi was not there lagi dah..

I was like "Dem.. bila pakcik ni ada kat sini.." Aku diam dan senyum sambil aku sedar muka aku suda panas.. merah beb tahan malu.. Hadow..

Then, aku cakap kat Im, "Make sure this is the last time I sign this for you. If you ever late again, ask my boss to sign it for you. I know you didn't mean to be late, and I know you can come earlier".

"Baik bos".

I sign and Im pon berlalu..I know Im pon paham perasaan aku masa tu. Kantoi perli bos tu~

My boss was stil there. And he was standing behind my collegue. And said,

"I tak dengar pape pon. I tengah tunggu paper ni ha.. Ko buat la keje ko. Ko consult la.. Aku tak kacau.. " And still senyum sinis..

Hadow.

And I said "Dah setel bos.. "


MORAL:
[1] Dilarang datang lewat ke ofis.
[2] Sila selalu consult anak buah.
[3] Sila bercakap dengan nada perlahan walau pon bos takde kat bilik dia.
[4] Sila jangan berlagak dengan kawan-kawan ko yang ko adalah boss yang sedang bz membuat konsultasi dengan anak buah ko.

=peace=

p/s: Happy Birthday abang ngah~ Semoga sentiasa dirahmati Allah~ :D

I Wanna Be Rain!!


Penah dengar tak tajuk buku ni : Rain: What A Paperboy Learn About Business?

Haritu masa aku attend satu majlis yang dihadiri oleh ramai pemimpin-pemimpin besar kat Mesia ni, ada sorang pegawai yang merasmikan majlis tu memberi ucapan perasmian tentang bagaimana sebagai seorang manusia hendak bekerja dan pada masa yang sama nak membangunkan negara. Basically more to leadership and how to take charge. So dalam speech tu he did mention pasal buku ni. Sangat menarik uols.. Mak "shima" sangat.. (tene, aku pinjam kejap "shima" ko =peace=).

Maka, dengan sifat "ning" mak ni, mak pon menggodek-godek, apakah yang diperkatakan dalam buku ni. Nak beli, hurm.. agak mahal sebab takde paperback lagi yang diterbitkan. Semua adalah hard cover belaka. Makanya hasrat itu dipendamkan dulu la..

Anyway, buku ni mengisahkan sorang budak penjual surat khabar (paper boy). Nama dia Rain (ternyata bukan penyanyi ye). Dia ni nak sangat masuk Harvard (or Oxford, aku tak ingat). Nak amek Master in Business Administration (MBA). So, dia pon cakap dengan daddy dia, yang dia ni "shima" sangat nak masuk Harvard (or Oxford). Nak belajar business. Tapi dia takde pelajaran, tak pandai macam orang-orang kat Harvard tu. Dia rasa rendah diri. Jadi buku ni sebenarnya mengisahkan bagaimana si Rain ni tadi meneruskan perjuangan dia untuk dapat MBA dari Harvard University hanya menggunakan pengalaman dia menjual surat khabar. Berkat usaha dan kesungguhan dia ni, akhirnnya dia pon dapat la MBA dia tu.

Sapa kata jual surat khabar tak leh masuk U???

Menarik tau. Korang baca la review dia.

So, kesimpulannya, aku nak jadi Rain. Nak berusaha lebih keras untuk menjadi seorang yang lebih baik. And I wanna begin now. Sebab somebody has given me a hint (more like reminding me) about my resolution to be nice to everyone. Walaupun takde la kene mengena sangat dengan Rain, but I wanna be Rain!!

Huh!


Notakakiku:
Shima adalah seorang penyanyi yang glamor dengan lagunya yang bertajuk "Teringin". Makanya, dalam konteks ayatku tadi, "Mak shima sangat" adalah membawa maksud "Saya teringin sangat"

Ning Baizura juga penah menyanyikan lagu bertajuk "Curiga" dan lagu itu pernah meletop-letop dalam Carta 20 Lagu terbaik Muzik-muzik. Jadi dalam konteks ayat "Sifat ning mak ni" membawa maksud "Sifat curiga saya".

Sekian penjelasanku.

(^,^)


Wednesday, June 3, 2009

June


Yayy!!! Finally June is here..

Ada banyak sebab kenapa I love Jun, tapi nak dipendekkan cerita, ada dua sebab je. I'll celebrate 2 big events in June - MY birthday (dalingssss sume, take note okeh) and my first ever anniversary (dear..INGAT).

So, tak sabar nak celebrate sume.

Sebenarnya aku baru balik bercuti. Tak ke mana, cuma ke JB. Balik rumah mentua and spend our time kat sana. So I think I'll start fresh mulai Jun. Rasa macam nak balik Kedah, tapi things happened beyond our reach. Tapi takpe. Two days break is like Hari Raya for me. Susah okeh nak dapat cuti from my bos ni..

Anyway, last week was like hell for me. Everything went wrong. I felt bad for EVERYTHING. And semua benda pon salah. Nak marah je keje.. Haih.. Tidak baik kan. (mardeq, aku harap ko baca ni, just wanna let u know that ko pon ada kawan senasib. *hug* [^,^]). So sepanjang perjalanan balik dari Johor last night, banyak yang aku fikir. A LOT of things. Daripada punca buat aku jadi "lost" last week, sampai la kaedah-kaedah aku nak jadi baik. So here I am. I choose JUNE to start all over again. JUNE is gonna be my first move. I wanna be good. For everyone. (walaupun dah banyak kali cakap, I think I really wanna do it now..)

So, I'd like to make my first step by changing my blog's layout nih.. Haih.. Boring suda.. Asyik nengok kaki Diha je kat atas tu.. (peace beb! [^,^]). Nak try scrapbook design aku rasa macam lemau saja.. Aku lemau. Bukan korang. Si IkaNO, madeq, Ila sume dah tukar layout nih. Hurm.. Sempena bulan JUNE yang best nih, aku nak tukar jugak..


Where to start??

p/s: aku pandai bercakap bahasa Jepun skang.. Er..ada la dalam 2 3 ayat.. Tapi aku suka lah. Best! Siap korang lepas nih, aku marah marah cakap guna Bahasa Jepun. :p

Ouh, lupa. Aku dapat satu tiket untuk tengok MU vs malaysia.. Tra..la..la..la... From abang aku yang Liverfoolpool die hard fan.