Sebagai menyahut cabaran sahabat saya, kali ni saya akan menggunakan Bahasa Malaysia SEPENUHNYA. Ya, SEPENUHNYA. =)
Pejam celik..pejam celik..sekarang dah hampir masuk bulan Disember. Ini menandakan sudah genap lima bulan saya jadi isteri. Menarik tak menariknya menjadi seorang isteri ni, Banyak yang saya belajar dalam tempoh lima bulan ni. Mungkin masih baru untuk saya cakap banyak mengenai perkahwinan, tetapi walau macamanapun, saya ada 'tiket' untuk bercakap mengenai perkahwinan.
Boleh dikatakan setiap hari, akan ada orang yang bertanya,
"Cik Wan, dah berisi ke belum?"
atau
"Sudah ada rezeki?"
atau mungkin
"Lain macam je nampak..ada apa-apa dah ke?"
Walau berapa banyak bentuk pertanyaan yang dilemparkan, maksudnya tetap satu. Dan saya pun ada SATU jawapan kepada seribu bentuk soalan, YAKNI :-
"Tak. Saya masih tidak mengandung. Er..mungkin perut saya makin moncet, tetapi itu bukanlah tanda-tanda saya mengandung.. Elo kawan..meh saya cerita apa tanda-tanda orang mengandung ya~"
MENGANDUNGKAH ANDA? Meh, kita periksa!
- Bagi wanita-wanita yang mempunyai kitar menstrual yang normal, senang sangat nak kesan samada dia mengandung atau tidak, iaitu tiba-tiba saja dia tak datang haid. Kalau datang bulan pun mungkin sedikit lewat daripada biasa, atau mempunyai pendarahan yang sedikit berbanding biasa.
- Bagi sesetengah wanita, akan mengalami pembengkakan buah dada dan puting. Ini disebabkan oleh perubahan hormon estrogen dan progestron yang dalam proses untuk bersedia ke arah penyususan nanti.
- Wanita-wanita yang mengandung ni, pada peringkat awal, mesti akan terasa kepenatan tahap lampau. Er..dengan erti kata lain, kalau selalu boleh berjalan kaki untuk buang sampah di hadapan rumah (yang jaraknya mungkin dalam 30 hingga 50 meter sahaja), tapi kalau mengandung, dia dah tak larat dah nak berjalan, walaupun dari dapur nak ke pintu depan rumah. Hal ini bukannya apa, perubahan hormon ke arah persediaan untuk 'menyambut' bayi ni, sedikit sebanyak memaksa badan bekerja lebih keras daripada biasa untuk menyesuaikan keadaan dengan perubahan hormon tersebut. Tetapi ada jugak wanita yang mungkin terlebih tidur (iaitu sehingga melebihi 12 jam satu malam) boleh juga mengalami kepenatan tahap lampau ni.. Tetapi mungkin la tak mengandung kan.. =D.
- Kalau dulu boleh berjalan mengelilingi Mid Valley dari jam 10 pagi sampai 10 malam, sekarang ni dari tempat parkir kereta pun dah tak larat berjalan masuk ke dalam Mall. Bercampur dengan makhluk-makhluk yang berpusu-pusu kat Mid Valley tu, sampai cepat rasa pening-pening.. meloya dan sebagainya. Wanita mengandung akan rasa loya-loya, pening nak muntah ni biasanya antara minggu keempat hingga kelapan. Tapi ada jugak yang mengalami muntah-muntah ni seawal dua minggu lepas tarikh konsepsi, dan ada jugak wanita yang tak mengalami loya-loya ni langsung.. Masa tempoh 'pening-muntah' ni la kadang-kadang rasa tak boleh bau kopi laa, bau badan suami, bau wangi-wangian, malah ada yang tak tahan bau sabun pun. Masa ni laa khidmat dan sokongan suami sangat diperlukan. Jadi, kaum lelaki, haruslah lebih tabah ye~
- Dalam tempoh sekitar trisemester yang pertama, wanita mengandung akan kerap ulang-alik ke tandas. Mesti rasa nak buang air kecil. Ini disebabkan oleh 'pembinaan' dinding uterus. Persediaan untuk 'memberi keselesaan' kepada bayi anda nanti.. Walau bagaimanapun, janganla sampai tertidur dalam tandas ya!
Setakat yang boleh saya baca dan kaji, ini adalah merupakan antara tanda-tanda awal la *yang tak de satu pun pada saya - mengesahkan yang saya TIDAK MENGANDUNG*.
Sepanjang tempoh sembilan sepuluh hari ni, memang banyak dugaan yang akan dihadapi oleh pasangan. Ini semua bergantung kepada pasangan tersebut, bagaimana hendak menangani masalah dan pelbagai ragam isteri. Isteri pun jangan terlalu 'mengambil kesempatan'.. =D
Ada pasangan muda yang baru beberapa hari berkahwin, sudah dikurniakan Allah dengan 'rezeki' melimpah.. Jangan dikesali pemberian Illahi. Walaupun belum bersedia, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang kerana Dia masih memberi kita masa yang lama untuk bersedia. Saya pasti tempoh sembilan bulan itu cukup untuk pasangan suami isteri untuk bersedia menjadi ibubapa yang baik.
Jadi, tiada alasan untuk tidak menjadi ibubapa yang soleh dan solehah untuk membina sebuah keluarga bahagia.
Sepanjang tempoh sembilan sepuluh hari ni, memang banyak dugaan yang akan dihadapi oleh pasangan. Ini semua bergantung kepada pasangan tersebut, bagaimana hendak menangani masalah dan pelbagai ragam isteri. Isteri pun jangan terlalu 'mengambil kesempatan'.. =D
Ada pasangan muda yang baru beberapa hari berkahwin, sudah dikurniakan Allah dengan 'rezeki' melimpah.. Jangan dikesali pemberian Illahi. Walaupun belum bersedia, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang kerana Dia masih memberi kita masa yang lama untuk bersedia. Saya pasti tempoh sembilan bulan itu cukup untuk pasangan suami isteri untuk bersedia menjadi ibubapa yang baik.
Jadi, tiada alasan untuk tidak menjadi ibubapa yang soleh dan solehah untuk membina sebuah keluarga bahagia.
5 thought(s):
Wow im impressed... ur BM is great... ur boss must be happy with all the letters u drafted... hehe
p.s. dont think too much about other people's expectations,its such a malay thing (or a asian thing) to ask if u preggies right after u get married... its not about them, its about u and ur other half that matters the most...
Haha..wish he could spent few minutes browsing my blog like he DID on SOME blogs..if you know wut I mean. =D Im trying to improve my BM. Adeih..Marilah memartabatkan Bahasa kita~
p.s:thanks sooo much, 4-month-older-sis. Know wut,I'm getting used to it..Kalau nak dilayan..adeih..bikin panasss~ =D
just take it ez..org bertanya, biasalah...mungkin nk memulakan bicara, or dah lama tak jumpa, or tak tau nak menyembang apa..
n concern mayb, sapa tau
we both face the same problem...people keep asking..alaa...pedulikan laa...kalo pregnant pon bukan depa yg nak bela..kita yg bela...so, b strong...hehehe...
p/s:terer dah wat ayat b.m nih...hehhe
hahah..aku saja ja aaa..trying to write a simple BM, may be ada sikit exaggeration.Hehe. sebenarnya tak la tertekan sangat pown..saja ja wat keco~
Luv the people who ask and who dont!
Post a Comment