Monday, August 10, 2009

Blues Untuk Siapa?



Ok.
Hari ni hari Isnin. Kan? Tak salah hari kan?

Kenapa laa benda-benda tak elok selalunya berlaku pada hari Isnin? Tak suka. Sebab hari Isnin ni sepatutnya menjadi hari yang ceria sebab ini adalah permulaan pada setiap minggu. Hari permulaan akan menjadi reflect kepada the WHOLE week tau..

Sila jangan jadi macam saya.

Harini wanmaisarah akan bercakap mengenai perkara-perkara yang paling menjengkelkan. Lebih menjengkelkan SEKIRANYA ia berlaku pada hari ISNIN. Gosh~ Glad that I wasn't born on Monday.

Berikut adalah perkara-perkara yang PALING MENJENGKELKAN yang BOLEH DILAKUKAN oleh hosmet-hosmet kamu. Ah well.. clearly that I have such a super nice "hosmet". More like "sleeping partner" la kan..

Ok ok ok. Kembali ke tajuk!

Berikut adalah perkara-perkara yang paling menjengkelkan yang pernah diceritakan kepada wanmaisarah dan pernah juga dihadapi sendiri. Ah..welll... Moh tengok.


Perkara 1:
Hosmet yang dahagakan air sejuk mengambil semua kiub ais (yang anda sediakan) then lepas tu tak buat ais balik. Geramnya. Sebab bila kita nak minum pulak, tetibe takde ais lagi. Sengal tak? Bukannya ais tu amek masa 2 saat untuk membeku. Hello!? Boleh tak replenish balik ais kiub tu? (Replenish ke?). Huh~ Ini berlaku pada kawan wanmaisarah.

Perkara 2:
Anda berkongsi tandas dengan hosmet anda, tapi asyik andaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je yang cuci toilet. Lemah btol aku bab2 ni..

Perkara 3:
Tiada kaitan dengan hosmet. Penah tak korang terkepit kat pintu lif masa nak masuk lif? Sangat sengal ok sekiranya anda terkepit sewaktu ada orang kat dalam lif tu. Ternyata orang kat dalam lif tu adalah sengal tahap dewa sebab dah tawu ada orang nak masuk lif, tapi tak tolong hold pintu lif. Dan menjadi lagi sengal tahap dewa langit ketujuh apabila orang yang tidak hold pintu tu ketawa berdekek-dekek kat korang. Satu word dari aku. KARMA. Korang tunggu la pembalasan Allah wahai orang-orang jahat.

Perkara 4:
Pernah tak korang nak melangkah keluar dari lif, tapi sebelum sempat korang keluar, orang kat luar tu berebut jugak nak masuk. Sengal! Gila! Boleh tak ko belajar ethics sket? Tawu tak ada lift ethics? (Ok, mebi aku sorang yang buat lif ethics ni). Tapi common sense boleh? Biar laaaa orang keluar dulu. Pintu lif tu bukannya tak boleh hold.. Or mebi orang ni ada pengalaman terkepit kat pintu? Er... STILLL!!! Bagi laa orang keluar dulu.. Susa ka?

Perkara 5:
Lagi pasal lif. Hari ni aku anti orang naik turun lif. Sengal. Pernah tak korang kat dalam lif yang agak ramai orangnya, keadaan sunyi sepi. Tetibe ada bunyi telefon bimbit Che Bedah kat sebelah korang dengan lagu deringan "Kring..Kring.." volume maksimum. Atau accending. Atau ring tone "telefon berbunyi..angkat...angkat..." Anda pilih. Dengan bangganya Che Bedah mencari-cari fon dalam handbag "Coach"nya yang besar itew, tapi tak jumpa-jumpa. Orang kat sebelah atau depan korang mula menjeling2 kat korang. Ingat fon tu korang punya. Laha btol!

Perkara 6:
Aku malas nak komen pasal pemanduan berhemah ni. Tapi mungkin ada sesetengah orang tak tau apa fungsi lampu kelip-kelip kat kiri dan kanan kenderaan korang. Atau mungkin ada yang tidak tahu pon apa namanya, dan juga kegunaannya. Ok. Biar saya jelaskan. Itu adalah SIGNAL. Berfungsi untuk MEMBERIKAN ISYARAT KETIKA MEMBELOK. Supaya tidak berlaku kemalangan. Sengal!!! Belajar cari kat mana nak bagi signal boleh? Satu word dari aku. Bodo. Kalau nak duit lebih hasil claim insuran kereta, jangan libatkan kereta, motosikal, basikal mahupun nyawa orang lain bleyh?!


Sekian.


p/s: Sekian luahan perasaan blues di hari ISNIN. Sengal. Aku tak suka sebut sengal ni, tapi terpaksa sebut jugak. Kesah ini tiada kena mengena dengan kekalahan MU malam tadi, pergaduhan Evra dan Ballack, bekas hosmet-hosmetku dan hosmetku kini, samada yang masih hidup atau yang telah kembali padaNya. Sekiranya ada yang tersama, mungkin ianya berlaku secara tidak sengaja. Nama pon "TER" kan. Sekiranya anda "ter"asa, mungkin anda patut menilai kembali diri anda. Itulah muhasabah namanya.

"Kehidupan sekarang adalah pengalaman dan teladan untuk kehidupan masa hadapan".

~CHILL PEOPLE~

Selamat Bertugas Walau Di Mana Anda Berada.

4 thought(s):

salida amran said...

wau..chill babe!

khasyikelvin_ said...

urghhh,
marah benar neh?
kita tak suke bunyi
hp dlm lif!
pastu berbual cam nak gegar bumi.

Zaila HZ said...

org yg x reti makna sebenar 'signal' mmg ada di mana2 kan wan?
nyusahkan org ja!

Unknown said...

aku sangat suker sebut 'SENGAL'....espc time2 situasi yg ko ckp tuh...supaya aku x sebut perkataan lain yg lebih menyakitkan hati..huhuhu...

jgn marah2 ye...