Aku teringin nak belajar pantun. Dah lama tak berpantun. Then terjumpa pantun berkias. Thanks to Dunia Penyair.
Anak tiung atas rambutan
Berbunyi bertongkat paruh
Berhenti kapal di lautan
Tiba angin berlayar jauh
Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa
Kampung Tengah kotanya landai
Permatang guntung ketinggian
Jangan lengah janjikan sampai
Untung-untung berkejadian
Dalam hidup kita, komunikasi adalah sangat penting. Terutamanya dalam perhubungan. Kata lelaki, perempuan adalah complicated. Kata perempuan, lelaki yang tak cuba fahami. Tapi sebenarnya, kekurangan komunikasi adalah punca. Perempuan tidak meluahkan apa yang dirasa, dan lelaki pula kadang-kadang ego dan tidak ingin berbincang.
Antara berkias dan berterus terang, mana yang lebih baik? Bagi aku sebenarnya dua-dua ni adalah penting.
Berkias boleh digunakan untuk pegi merisik anak dara orang ke.. nak pegi melamar dan sebagainya. Tapi, dalam berkias, perlu ada penjelasannya agar hajat yang dinyatakan tu tidak disalah erti. Kalau disalah erti, berlakulah communication break down.
Terus terang adalah penting dalam pelbagai aspek. Terutamanya dalam menyatakan sesuatu punca atau masalah.
"Cikgu, semalam hujan lebat kat rumah saya. Bumbung rumah saya bocor. Dah la tu, elektrik pula takde. Gelap gelita kat rumah saya semalam cikgu. Kesian saya dengan family semua tido dalam kebasahan dan kesejukan"
Boleh tak cakap je "Cikgu, saya tak sempat buat keje sekolah semalam. Maaf"
Kan lebih macho. Buat apa laaa ko dari KL nak pegi Kedah ko nak lalu Kuantan laa.. Terengganu la.. then masuk pulak Pasir Mas dan segala. Masuk highway terus je la ke Kedah. Tak perlu nak berlakon la.. pendam-pendam segala. Luahkan saja. Lebih mudah untuk segala pihak. Rimas tau kalau dok berkias tak tentu pasal. Cynical pulak tu kadang-kadang.. Haisyoo~ Macho sket boleh?
BIASANYA perempuan akan lebih banyak berkias. Trust me. Tetibe je tarik muncung, ajak makan tannak, tanya sepatah jawab sepatah, telefon tak jawab, sms pun tak reply.. Dan macam-macam karenah. Kalau tak suka, cakap je la.. Kalau suka ke sayang ke pun cakap jugak la.. Kalau ada yang tak kena, bagitau je. Tak payah pendam-pendam segala.
Siapa yang susah akhirnya? Sendiri jugak kan.. Sendiri jugak yang bangun tengah malam korek-korek nasi ada lagi tak dalam periuk. Tahan perut tannak makan sangat kan~
Amek pantun aku ni:
ibu bapa bersama anak
jalan-jalan di tengahari
suruh makan kau tannak
bangun malam tercari-cari
Chao Praya anak bubunya
ingin jelajah kota melaka
dalam cebu berisi bunga
bunga berendam si air mata
And lelaki pulak, kalau perempuan cakap apa yang dia rasa (pada masa yang betul..), mesti dia diam atau cakap "Eh, ye ke.. I'm sorry. I tak perasan pun" atau "La.. kenapa fikir yang bukan-bukan ni" atau "La.. I tak tau.." dan sewaktu dengannya.
Dalam perhubungan ni, kita kena tahu apa yang kita nak. Kalau kita tak tahu, tanya diri kita apa yang kita nak. Bila dah tahu apa yang kita nak, work it out~ Bila ada masalah, bincang. Jangan main marah tak tentu pasal.. Take a few minutes to discuss rather than spend the whole day to being so cranky laa.. marah-marah la.. whining and complaining. It's not good for your health too you know~
p.s. Ini edisi marah-dengan-diri-sendiri-sebab-tak-reti-stop-whining-and-complaining. Penat jugak nak paham maksud pantun tu kan..
7 thought(s):
duduk dalam gomen ni aku belajar menulis berkias.
memula cam pening. ala2 nyampah gak. apa salahnya terus terang. tapi aku dah paham kenapa dah skang ni. huhu
hahah~ betul betul.. tapi nak cari ayat berkias adalah sangat edisi pecah kepala~
bie, mmg sesuai yg ni untuk i, i dont have guts la to say stuff straight forward like adlie did selalu, kalau dia rasa benda tu hodoh, he'll say hodoh, straight away, as for me ill think bout how he feel la, tu la ni la, in the end dia kata i complicate stuff.. fuh, but i can see la nowadays gaduh tu ada but tak lama.. cos for me i dont see the reason kene gaduh, so troublesome, so tiring, since last time i check i dont have feeling dah nak gaduh, ngan dia ke sape2 lah, i think i become more mature.. haha.. cam tak caya jek..
something yg i tunggu form you, yay n tqqqq!!!
kamu ini kalau berenri selalunya betul saja horh...bagussslaaa
nurul: i have more for u.. tapi tu la.. pompuan memang selalu complicated.. we should be more direct SOMETIMES (well.. tengok tempat dan masa jugak..) :) glad you like it. and yeah.. i'll give u more~ kekekekke
salida: :) peringatan untuk diri sendiri ni sebenarnya.. :D
bie, on sufficient time tu kan, aiyoo, i rasa mmg masa tu cukup, cukup untuk survey and decide but my other half, selagi tak booking dia tak puas ati, i risau salah amik vendor je, which hampir2 dah terjadi.. so kalau u tgk i kabut sume tu bukan i yg nak kabut.. hehe.. tension bebetul kalau ngan org yg tak menyempat2..
u jadi pegi gua tempurung? letak la pic, i penah pegi sekali je, and i love the scary tunnel tu.. haha..
Post a Comment