Tuesday, December 1, 2009

How To Start A Conversation When You Have Nothing To Talk About

Cuba korang google tajuk ni. Gile banyak link yang keluar. Tapi, pernah tak korang terpikir nak baca?

Nope. Aku tak pernah kesah. Langsung. Kalau ada apa-apa function or majlis, aku main cakap je. Based on apa yang ada dalam kepala. Tapi tanpa kita sedari, sebenarnya adalah penting untuk kita berbual dengan orang, samada dengan orang yang kita kenal, orang yang kita tak kenal, orang yang selalu kita jumpa dan orang atau kawan-kawan yang dah lama kita tak jumpa.

Untuk kali ni, kita fokus pada "Apa Yang Kita Nak Bualkan Dengan Kawan-kawan Yang Dah Lama Kita Tak Jumpa"

Secara logiknya mesti yang first ditanya adalah:-

1. Apa khabaq... Lama sungguh tak jumpa hang.. Sehat kaa?

Then mula la berborak-borak. Anehnya, walaupun kawan yang kita jumpa tu takde la rapat sangat masa dolu-dolu, tapi bila dah jumpa ni, mesti akan tanya khabar punya. Padahal dulu korang tak kesah pun.. Ntah-ntah masa jumpa tu nama pun tak ingat. Kan? :)

2. Buat apa la ni? Keja kat mana?

Well.. ini semua soalan biasa saja..

3. Dah kawen dah?

Ini merupakan salah satu soalan yang agak tak sesuai untuk ditanya. Tapi kadang-kadang tu kita lupa diri. Mungkin sebab korang dah kawen masa tu, jadi sebok dok tanya samada orang lain dah kawen ke tak. Kan? Kalau korang dah umur 30 tahun, tapi tak kawen lagi, mesti korang tak sentuh punya bab-bab kawen-kawen ni... KAN?

Aci potong jari weyhhh~

Lepas soalan no.3 ni, mesti korang tanya soklan ni (Kalau jawapan adalah "DAH"):-

4. Bila kawen? Dah berapa orang anak dah?

INI ADALAH SOALAN MAUT YANG SEBENARNYA KORANG TAK PERLU TANYA PUN! Sama jugak macam tadi, orang yang tanya soalan ni, mesti sebenarnya dia dah ada 10 orang anak, atau sekurang-kurangnya satu orang anak dan dalam perut tu ada 1 lagi. Dan anak dia adalah cantik dan pandai. Padahal korang tak tau pun anak dia tu gile nakal. Hohoho (Ya. Aku keji. So?).

TAPI, kalau jawapan adalah "BELUM". Ini lah feedback yang biasanya orang cakap.

4. Ouh, ye ke.. Jodoh belum sampai la tu.. Tak pe.. ko kan muda lagi.. Muka cantik, gaji besar, mesti ramai orang suka. Tapi ko tannak kan? Eh, ke family tak restu ni..

Pastu ditambah lagi dengan "rempah-rempah" macam ni..

Tu la ko.. belajar tinggi sangat.. keje pun hebat sangat. Sampai takde orang yang berani nak masuk minang.. Dulu anak Pak Cik Leman Imam kampung kita tu nak kat ko, ko tolak. Sebab masa tu ko suka kat anak Tokey Balak kat kampung sebelah kan? Pas tu apa jadi eh? Dia kawen dengan orang lain eh? Tak pe.. ko tak payah laa dok tunggu anak tokey balak tu.. Sedangkan nabi pun ampunkan ummat~ Kawen ni semua ikut sunnah nabi.. Kita kena kawen. Baru la ikut sunnah..


Menyampah tak? Menyampah. Sangat.


Yang ko sebuk-sebuk apahal? Biar laaa orang dah kawen ke tak ke.. Dah ada anak ke tak ke. Ada dia kacau ko ke?

Kalau aku, aku jawab balik macam ni:-

"Laki ko keje apa eh? Aku nak kawen dengan laki ko la. Boleh kita jadi madu. Nanti ko boleh dapat payung emas".

FIREEE!!!

Tak payah tunggu.


Huh. Sedikit emosi di situ.

Tapi aku tak kesah. Aku cuma nak bagitau apa yang patut dan tidak patut dibualkan semasa pertemuan dengan kawan-kawan lama. Seelok-eloknya, tak perlu pun tanya pasal dah kawen ke.. belum ke.. Kalau dia nak cerita, dia dah cerita dah.. Korang tak payah kepoci. Tak payah nak jaga tepi kain orang, boleh?


Mesti dia jawab macam ni punya..

"Aku sihat je.. skang ni aku keje kat Kay Ell. Ko keje kat mana? Aku baru habis belajar, jadi insyaAllah tahun depan kalau ada jodoh, aku nikah".


Tengok? Kalau dia stop sampai "Ko keje kat mana?" korang tak payah la tanya soklan-soklan seterusnya tadi tu..


Berhiduplah seperti orang-orang yang luar biasa dan tidak mengambil tahu hal orang lain sikit.. (Tak boleh sebut normal di sini sebab orang-orang normal tu la yang kepoci tak tentu arah. Meluat den!).


Bila dah lama tak jumpa tu, korang jaga la hati kawan-kawan. Tanya la pasal family ke.. pasal chegu korang dolu-dolu ke.. pasal keje dorang ke apa ke.. Ini yang sssssssebok sangat pasal peribadi orang tu, menunjukkan korang ni macam kurang matang dan tidak berkembang. Balik-balik tanya soklan tu. Kalau belum kawen, tanya bila nak tunang? Dah tunang tanya bila nak kawen. Dah kawen tanya bila nak ada anak. Dah ada anak 1 tanya bila nak ada anak 2.. 3.. 4.. dan macam-macam lagi. Haisyoooo~ Fenin.. fenin..


Ok. Fine! Kalau nak tanya jugak. TANYALAH~ Tapi, rasanya tak perlu kot korang baik hati sangat nak memberi nasehat bagai.. Masa tu la tetibe korang "terpandai" nak keluarkan hadis segala bagai kan? kan? Hohoho~


Cara kita berbual dan berfikir tu sebenarnya sedikit sebanyak memberi impression pada orang. Bukalah minda. Bukalah hati. Pilih laaa tajuk-tajuk yang sesuai kalau nak borak. Kita kan manusia. Hubungan yang harmoni di kalangan sesama muslim ni la yang akhirnya menguatkan dan mengukuhkan perpaduan.



p.s. Sekadar peringatan. Yang mana baik, ambik. Yang tak baik, tinggalkan saja di sini.. Hohoho~

p.s.s. Tak sabar nak tengok MU belasah vs Cap Ayam. Eheh. Jangan marah aaa cik ian.. :p


6 thought(s):

khasyikelvin_ said...

sayang,
kamu nak kena comet ker kuar
stetement MU vs Cap Ayam tuh?

khasyikelvin_ said...

eh2, cobet*

haku tak suka bila
jumpa dgn kawan lama
dok sebok tanye...

"ko dengan sape sekarang?"

p/s:well, mcm aku byk skandal
sblm2 neh lak...

Lady said...

hahha~ Cik ian. Jangan marah aa.. kita menang laa.. hohoho~

tapi betul! tak suka kan. Apsal laaa dok sebok sangat~ hehe. tapi tak pe. soklan macam tu maknanya cikian ni femes. ramai nak. kehkehkehkeh..

walopun soklan itu berbaur sedikit bengong, tapi kekadang tu kelakar jugak kan. haisyoo~ manusia.. manusia..

daiaziz said...

tu yg best jmpe kwn lame..
gosip2..
terbaek...=p

Lady said...

best memang best.. gossip gossip kan.. tapi tu la.. kalau dah mula tanya soklan-soklan maut, macam dah jadi tak best je.. :D

mardeq said...

hahha.. wan aku suka entry ko ni.. best sangat sgt jujur..
memang ramai yang kepochi..
sampai tak tertahan dan jadi sakit hati terus maleh nak layan dah..