Dah lama tak bercerita pasal kehidupan orang-orang kahwin ni kan. Betul cakap Huda~ :)
Last few weeks adalah sangat sibuk dengan few things. And last weekend I managed to attend a 3-day-2-night wedding. It was soooooo tiring. Yeah seriously.
Tapi bukanlah kepenatan yang nak dikongsi di sini. Cumanya... tu la. Ada beberapa perkara yang bila dilihat dan diperhatikan akan menimbulkan sedikit rasa tidak senang hati. Pasal pengantin perempuan.
Kalau korang la kan sebagai pengantin perempuan, korang tau ke apa sepatutnya yang perlu korang buat? Sebenarnya bukan hanya sekadar tugas semasa majlis berlangsung, tetapi lebih kepada macamana korang nak adapt dengan new family.
Pernah tak korang terfikir?
Sebagai Pengantin Perempuan, apa tindakan yang paling sesuai sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung?
Tak ramai yang sedar apa yang dia buat sepanjang proses perkahwinan dia ni. Dari sebelum majlis, semasa dan selepas majlis. Semua mata-mata memerhatikan pengantin perempuan. Bukannya orang tak kisah sangat pasal pengantin lelaki, cuma.. ye lah.. biasanya kan ke orang akan menilai bride daripada groom..
Especially orang-orang tua. Mesti punya.. Masa proses kenduri ni la dorang nak menilai apa jenis orang yang sedara dia kahwin ni.. Jadi, apa sepatutnya korang buat? Ini hanya beberapa cadangan yang orang kata "common sense" la.. tapi ada jugak orang yang mungkin tak perasan. Or if korang ada pape nak tambah, please do so kat comment ok~
[i] jadi la peramah sikit.. Ini termasuk dalam setiap masa. Sebelum ke, semasa ke selepas ke. Korang memang kena peramah. Tapi berpada-pada. Jangan lebih-lebih. Kang orang ingat kita ni tak reti diam pulak. Maksud ramah adalah bertegur sapa la dengan saudara mara. Tak rugi pun.. Jangan la sombong dan berat mulut sangat..
[ii] ringan tulang. Ini paling penting. Memang la majlis tu adalah untuk meraikan korang. tapi jangan sesekali malas atau berat tulang. Tolong-tolong la pape yang patut. Especially sebelum dan selepas majlis. Kalau memang sebenarnya korang tannak atau tak sempat nak tolong pun, pegi laa buat-buat tanya ke.. buat-buat ambik berat ke. Yang penting korang ada di situ dan sudi menghulurkan bantuan. Jangan la nanti orang kata "Pengantin perempuan ni berat la. Dah la berat mulut, berat tulang pulak tu". Nak ke korang?
[iii] kenali sedara mara. Memang. Ini aku pun akui. Agak susah la kalau korang nak kenal semua orang dan ingat nama.. Dah la first time tengok muka-muka sedara tu kan. Takkan la sesaat je korang boleh terus ingat. Tapi agak-agak la.. Jangan sombong tak tentu pasal. Kena jugak show some respect. Belajar pelan-pelan untuk kenali sedara-sedara baru.. Kalau tak kenal semua, sekurang-kurangnya korang kenal siapa sedara terdekat yakni pakcik makcik dan adik beradik suami korang tu. This also applies for the groom. Untuk semua la sebenarnya ni.. So bila dah kenal tu rajin-rajin a korang pegi borak ke.. kenal-kenal dan mingle around.. tak payah la berkepit sangat dengan pengantin lelaki. You have your entire life to kepit dengan dia.. kan?
[iv] respect. Show some respect. Dengan semua orang. Tak kira siapa orang tu. Sedara ke tak sedara ke. Korang jangan main nak marah orang ke.. muka masam-masam ke.. Benda-benda yang menunjukkan ketidak-hormatan tu tak payah la korang nak tunjuk.. Time kenduri ni la time paling ramai sedara berkumpul. Ingat tu.. Takkan korang nak jatuhkan saham sendiri kan...
[v] Semasa majlis.. Jangan lupa.. Kita orang Malaysia. Penuh dengan adat. Orang perempuan yang penuh dengan sifat pemalunya. Sudah diajar dari kecik. Tak kira la apa bangsa kita. Melayu ke Cina ke India ke. Semua sama. Sifat pemalu ni perlu dikekalkan. Masa kita berarak menuju ke pelamin, ingat la. Tunduk kan kepala sikit.. Senyum sikit.. dan jangan la berjalan megah dan mendongak kepala seolah-olah hebat sangat korang ni.. Tak manis laa.. Jangan sengih. Cukup sekadar senyum. Senyum tu kan ke manis~ Dan jangan pulak masam. Macam kena kawen paksa pulak.. Eheh~
Basically menda-menda ini nampak mudah. Mesti korang rasa macam alaa.. ini semua orang pun tau. MEMANG. Tapi, ada jugak orang yang buat benda-benda ni.. Musykil kan?
9 thought(s):
pergh,
saya pun nak wat muka
malu2 ler naik pelamin.
tp, selalu tak kenal sedara sgt...
sebab jrg jmpa...
memang..sebab tu laa kena pramah ramah sikit n pandai2 la p berborak dengan orang.. :D paling senang tanya je husband tu sape orang ni n tu n sape lagi.. at least cam muka~ heheh.. panjang pulak bebelan.. hohoho
masih belum dapat rasa.
insyaallah. huhu
hehe.. aminnn~
salam singgah..
semua yang dalam list tu, bukan setakat praktikkan semasa majlis perkahwinan aje.. must practice in our daily life.. insyaAllah, takkan ada problem..
salam~
betul betul betul.. tapi kekadang orang lupa jugak kan..
wahhh.. bole dijdkn teladan ni.. tkpe, smpn info2 ni utk 3 thn akan dtg.. (lama nye nk kawin.. 3 thn lg.. haih.. tua la pengantin ni haaa.. hahha)
haha~ u wont look that old in 3 years time... hehe. simpan jangan tak simpan~
ye jugak kan?? Isk3.. rasa cam penah denga tp tak amik pusing lak hal2 camni.. belum smpi mase, terlupe aje la..
Insya Allah, smpi giliran sy nnt sy akan cube jaga tatatertib semasa berarak ke pelamin tu.. huhu..
Post a Comment