Friday, October 2, 2009

Tart Roll Tu Kuih Tradisional Kah?


Ye.

Saya kempunan.

Tart roll..

Saya sangat kempunan.

Tapi saya ada sorang kawan yang sangat baik hati. Sebaik sahaja saya meletakkan pernyataan kempunan saya di FB, beliau terus menelfon saya dan memaklumkan bahawa beliau masih mempunyai serdak serdak dan beberapa butir tart roll di rumahnya. Maka keesokan harinya beliau membawa setapewer tart roll untuk saya. Dan saya sorokkan dalam training bag saya supaya tidak dikesan oleh dear dan beberapa orang kawan di pejabat saya (yang juga kempunan tart roll).

Ya.

Saya tahu. Ini adalah tidak baik (kes menyorokkan kueh raya).

Tapi saya kempunan.

Dan dia hanya memberi satu tapewer saja.

Mana cukup untuk dikongsi. Kan?

Setuju?

Saya ingin meletakkan gambar taperwer tersebut (masih berisi kuehnya). Tapi apakan daya. Saya sudah menghabiskan separuh kueh tersebut. Dan saya gusar. Jika saya meng"upload"kan gambar tersebut di sini, ianya mungkin menyakitkan hati beberapa pihak kerana itu mungkin tapewer korang yang penah kawan baik saya pinjam dan beliau tidak memulangkannya semula.

Sekian.



p/s: Shhh... sila jangan bagitau dear yang saya masih mempunyai separuh lagi tart roll. Terima kasih. :D

3 thought(s):

zulaikha mz said...

ahahahaha laha sgt. aku ingatkan ko kongsi same wan man!

Lady said...

tidak..tidak..tidak sama sekali beb. aku sorok aaa.. hahaha..

p.s: harap2 takde laaa opismet aku ke wanman ke baca nih. hahah..

tamak kan? well... kempunan takpe~ :p

khasyikelvin_ said...

syg,
comel jer dia sorok
tart roll tuh...
kite pun suker!