Saturday, October 24, 2009

Penampilan Diri & Interview

Sebelum korang nak pegi temuduga, mesti macam-macam tips korang dapat kan? Tips dari mak bapak, makcik-makcik, jiran-jiran sampai la ke kawan-kawan. Zaman serba canggih ni kalau korang google pon dah dapat banyak tips dah kan. Dalam banyak-banyak tips ni, ada jugak beberapa persamaan yakni PENAMPILAN DIRI. Aku pun setuju. Sebab ini adalah first impression orang kat korang. Kalau datang temuduga tapi muka selebet je macam orang baru bangun tido, susah la jugak kan.


Antara tips yang korang biasa dengar:

1. Pakai baju kemas-kemas. Pakai tie bagi lelaki, pakai baju sopan bagi both lelaki dan perempuan.
2. Bagi perempuan, rambut tu kena sanggul kemas-kemas. Buat "bun".
3. Kasut perlu la bertutup.. jangan pakai peep toe ke.. apa ke. Pakai court shoe.
4. Jangan pakai jeans, or seluar kaler hijau baju kaler merah. Pakai la slack yang warna korporat macam hitam ke.
5. Bawak handbag atau bag yang bersesuaian. Jangan bawak bag pack pulak..

dan macam-macam lagi..


Tapi apa yang aku nak highlight kan kat sini, dalam banyak-banyak tips yang korang engar, ada tak orang kata "Kuruskan badan sikit" atau "buat pembedahan plastik buang jerawat-jerawat kat muka tu dulu" dan sebagainya? Persoalannya, adakah penampilan diri tu termasuk dengan BENTUK BADAN atau SAIZ BADAN atau RUPA PARAS?


Orang selalu cakap kat aku, "Ko senang la.. badan kurus macam ni, senang la nak dapat kerja.. Ko cantek.. Aku ni dah la gemuk, pakai spek lagi.. Sapa la nak amek aku kerja.. " Sedih kan kalau betul-betul penemuduga tu tengok penampilan sampai macam tu sekali..


Sebenarnya aku tak setuju pun dengan pernyataan kawan aku tu. Melainkan kalau korang p temuduga untuk jawatan pramugari ke, model ke, Gadis Melayu ke, AF ke, MUNGKIN la dorang tengok saiz badan atau kecantikan luaran korang tu. Tapi kalau setakat kerja pegawai kerajaan.. cikgu ke.. tak de la dorang tengok itu semua. KECUALI tahap kesihatan korang. Contohnya, kalau cikgu PJ, mesti la korang kena betul-betul fit kan.. Kalau korang p temuduga nak jadi jurutera, korang mesti boleh bezakan warna. Takde la korang rabun warna ke apa kan.. Kang nanti susah pulak nak bezakan warna wayar ke lampu ke apa..


Itulah maksudnya.. Kesihatan diri pun boleh mempengaruhi penampilan diri jugak.


Kalau bentuk badan yang menjadi halangan cita-cita kita, itu namanya tiada keadilan.. Korang tengok kes Joanna ni, bagi aku ini adalah kurang keadilan. Melainkan kalau bentuk badan yang menyebabkan kita ada masalah kesihatan yang sampai tak boleh nak buat kerja, baru la logik diberhentikan. Apa yang penting, adalah BAKAT kita.. Kalau amek orang cantek bagai, tapi buat keje lembab gile, mengada-ngada tak sudah.. buat buang duit kompeni je.. Whack!!


4 thought(s):

khasyikelvin_ said...

yoooo itu
kes joanna memang tak patut.
takut, bile dia masuk blaja
kat u, mesti org pandang smcm...
lg2 u yg bakal terima dia...


prejudis ouh!

Lady said...

hohoho~ sangat... tak pepasal glemer kejap.

[zsazsa] said...

isk if orang tu amik kerja because of rupe.. then it is so not worthed to work there hehe..

Lady said...

hehe. betul babe! tapi tu la.. ada je orang yang tengok rupa dulu then baru tengok qualification. especially if men yang interview. hahah~