Wednesday, May 20, 2009

Kaunseling Dan Manusia



Oukeh.

Sambung balik.

Sebenarnya sedar atau tak, kita memerlukan kaunseling dalam kehidupan atau paling tidak pon, menjadi kaunselor pada kawan-kawan, suami, isteri atau ahli keluarga kita yang sedang menghadapi masalah. Samada secara langsung atau tak. Bukan sahaja dalam kehidupan seharian, mungkin juga dalam perhubungan di rumah, pejabat, dengan kawan-kawan dan banyak lagi. Kaunseling ni bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental, tapi untuk semua jenis masalah, dari sekecil hama sampai sebesar alam. Apabila kita bercakap mengenai masalah, ia mungkin masalah pada kita tapi bukan masalah pada orang lain. Tak percaya?


Contoh 1:

Bagi sesetengah orang, dia sudah mula risau dan tertekan kalau dalam bank dia tinggal RM500 sahaja, sedangkan gaji akan masuk lagi 2 3 minggu. Tapi bagi sesetengah orang, RM500 tu masih cukup untuk dia meneruskan kehidupan untuk beberapa minggu lagi. Duit dalam poket ada RM2 pon dia masih boleh tenang.


Contoh 2:

Kita diberikan tugas untuk melaksanakan sesuatu projek. Berhari-hari dok pulun siapkan kertas kerja projek tu, kadang-kadang tu tak makan la..korbankan masa dengan keluarga dan kawan-kawan semata-mata nak buat yang terbaik dalam projek tu. Tapi.. bila kita tunjukkan kertas kerja yang berhari-hari kita buat bagai nak gila pada boss kita, dia cuma amek masa kurang dari 10 minit untuk menilai. Mentah-mentah dia tolak. Kalau nasib tak baik, siap lempar fail keluar tingkap.

Bagaimana kita rasa? Apa yang akan kita lakukan?

Nak marah boss? Dah cukup sedia ke nak tinggalkan pejabat..

Separuh orang masih boleh senyum dan berkata "Terima kasih, boss sebab mengajar saya".

Nak simpan? Lama-lama boleh bernanah dalam hati..

Separuh orang akan membebel tujuh hari tujuh malam, menyatakan perasaan tidak puas hati. Boss tak menghargai hasil kerja la..Boss sengal la.. macam-macam. Kalau lagi dasyat, dia siap boleh cari orang-orang yang pernah mengalami hal yang sama, kutuk-kutuk boss, dan akhirnya timbul pula satu kumpulan yang sepakat "Anti Boss". "Pulaukan boss".

Nak mengadu? Kalau sekali dua kita mengadu, mungkin ada orang nak dengar. Kalau dah hari-hari kena marah dengan boss, takkan hari-hari nak mengadu? Siapa yang nak layan kita? Siapa yang sabar dengan karenah kita?

Jadi apa nak buat?

Di sinilah kaunselor memainkan peranan. Kalau segan nak jumpa kaunselor, boleh je jumpa orang yang betul-betul kita percaya. Luahkan perasaan. Yang penting, jangan pendam masalah.. Luahkan sajor~

Tapi, hakikatnya, berapa ramai di antara kita yang mengaku dirinya bermasalah?

Berapa ramai yang sanggup berjumpa atau berunding dengan kaunselor untuk mendapatkan pandangan dan sebagainya?

Dan, berapa ramai di antara kita yang BERANI mengaku yang dirinya bermasalah dan BERANI MENGHADAPINYA? Kebanyakan dari kita cuba sedaya upaya untuk lari dari masalah, lupakan masalah dan akhirnya, masalah yang kecil menjadi lebih besar. Masalah yang boleh diselesaikan sekelip mata sekiranya kita berbincang, boleh menjadi semakin rumit dan mungkin memerlukan lebih masa dan tenaga untuk menyelesaikannya.

Kita sepatutnyamenjadi lebih berani untuk selesaikan masalah supaya hidup lebih tenang dan bahagia. Don't you think?

Berfikir dan bertindaklah secara waras.

Selesaikan masalah sebelum ianya menjadi lebih besar.


5 thought(s):

Unknown said...

cant wait for ur improved methods in counseling me with my nitty gritty whiny problems... hehehe...

Zaila HZ said...

betul.

kena berfikir positif. tak boleh 'simpan dalam' semua benda. bila kongsi atau cerita pada someone, bleh lega sikit :)

bleh jd kaunselor la hg lpas ni heh ;)

Lady said...

izdi: haha..cant wait to listen to ur nitty gritty whiny probs.. ahaks~

Hz: betoi betoi betoi..mau parah woo kalau simpan~

(^,^)

khasyikelvin_ said...

"Duit dalam poket ada RM2 pon dia masih boleh tenang."

p/s:salu mcam neh!
hahaha tenang jer!
bie, bak rm2...

Lady said...

haha..jangan kata cik ian..b pon penah jadi macam tu..relax je..it's all in ur mind~