Chegu Cik Ian, sila abaikan ketidak stabilan perkataan-perkataan di tajuk itu ye~ Eheh. Saya keliru.
Hujung minggu ini adalah hari yang dinanti-nantikan. Setelah sekian lama saya menyepi dari padang, memegang bola dan berlari seperti seorang ahli sukan (paling-paling pun sebagai seorang pemain bola jaring), kini saya akan kembali dengan penuh semangat! Whee hoo..
4 Julai 2009 bersamaan hari Sabtu, saya akan berlari dalam Larian Anti Dadah. Larian sepanjang 7.7 km bermula dan berakhir di Istana Kehakiman, Putrajaya. Anda nampak dan faham kenapa tidak saya sertai larian ini? Ya. Kerana Istana Kehakiman ini hanyalah 2 langkah sahaja dari rumah saya.
Jadi alasan itulah yang saya gunakan untuk sertai larian ini, selain dari ingin mencabar lemak-lemak tepu di bahagian perut ini yang semakin menepu dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mencair.
Sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Seingat saya larian paling panjang yang saya ikuti adalah 2.4km. Itu pun kerana terpaksa. Latihan yang memaksa saya mengikuti larian sengal itu. Dan dalam percubaan masa, saya hanya mampu mencatatkan masa terbaik 12minit. Tidak mencapai masa impian saya iaitu - bawah 10 minit.
Phew.
Itu adalah 3 tahun lalu.
Sekarang? Dengan barisan lemak yang utuh di bahagian perut dan belakang saya, masihkan saya meneruskan larian ini dengan masa impian saya bawah 1 jam? JAM ok, bukan MINIT.
Hanya saya yang mampu menentukannya.
Dengan "zero training" dan "high spirit" dan endokrin (endokrin?? Apakah?) yang membuak-buak, mari kita lihat siapa yang bakal menang esok.
Lemak,
atau
SAYA.
Tinggal lagi kurang dari 24 jam untuk saya berlari.
Nantikan laporan lengkap esok
Sila bagi sokongan untuk saya tewaskan Enche Lemak. Jangan biarkan mereka terus bertapak di situ. Hapuskan mereka. Dan rekod-rekod mereka.
Yeahhh!!!
*Mari bersemangat sambil menggerakkan bontot yang melekat di kerusi anda*
BERSENAM!!
2 thought(s):
hahahaha
bie,
sok sile lawan
lemak2 tersebut.
erk! ian kumpul
lemak utk hibernasi
di musim sejuk nanti.
boleh???
miahaha..bagus..bagus..perjuangan yang murni tuh. kipidap!!
Post a Comment