Tuesday, July 21, 2009

Halimah Jongang

Korang tengok tak cite ni kat Astro?

Lagu dia best kan..

"Jongang jongang jongang
jongang jongang jongang
Halimah jongang.."

Macam sengal.


Anyway, semalam pegi tengok bola. MALAYSIA vs MU. Best! I like! Walaupun kalah, aku tetap sokong Malaysia.. Boo Amril Yahya sebab dia player Selangor yang kerek dan thumbs up to Khairul Muhymeen di atas usaha-usaha anda pada saat-saat akhir. Kalau game tu sambung lagi setengah jam, rasanya Malaysia dah boleh seri.. Big claps to pemain Malaysia.

Malam itu sangat indah. Mengujakan!!! Sangat menarik sampai nak blink mata pun tak boleh. Dan harini aku asyik nak pejam mata je.. Ampeh.

Tapi yang tak bestnya adalah makhluk-makhluk bukan Malaysian yang sangat spoilkan malam ku.

Gila.

Benci betul dorang.

Dah la terkinja-kinja macam lotong, pastu duduk kat tempat penyandar kerusi, kaki naik atas. ko dapat bayangkan tak macamana orang kat belakang tu nak tengok? Dapat bayangkan tak orang seterusnya nak duduk kat situ macamana? Dah la kusi tu kotor, ko pijak-pijak lagi kan. Hadow~

Akai ada ka?

Pastu ko keluar, ko beli air bergelas-gelas kan. Sambil jalan, tetibe ko drop paper cup tu kunun-kununnya macam "Ooopsss..terjatuh pulak". Then sepak masuk bawah kerusi orang lain. Dan yang paling mangkaq buat muka tak bersalah, jalan buat dunno. Sengal.

Sila ingat, ini adalah MALAYSIA, dan BUKAN NEGARA AWAK. Jaga kebersihan sikit boleh?

Haih.. Habis dah melepaskan emo.

Nanti aku letak gambo ye~

Er...sebenarnya tak berkait dengan tajuk kan. Sorry.

Tuesday, July 14, 2009

Cerita Ini

Sejak kebelakangan ini kebanyakan entry adalah sangat berkait dengan perasaan. Menunjukkan aku sangat emo lately.

Saya tidak suka.

Hurm.. dengan cuaca panas macam ni dan selalunya berkabus sangat menyakitkan tekak. Mula la aku nak batuk-batuk dan selsema.

Ramai yang cakap,

"Pegi la check..jumpa doktor.."

Atau

"Makan la clarinase, ubat batuk ke.. ubat selsema.. "

Tapi saya tidak mahu.

Sebab saya suka suara saya sekarang.

Whuw!! I rock!!

Monday, July 13, 2009

Kali Ini Ianya Sangat Menyedihkan~


(T_T)

Boleh tak?

Baru sampai dari JB attend wedding sepupu husbandku. Er.. nantikan gambar kat pictureKITA eh~ (^,^).

Hehe.

Tapi itu bukan punca atau penyebab utama kekecewaan atau kesedihan yang dialami. Dah alang-alang kat JB, malam tadi kitorang pegi tengok bola.


JOHOR FC vs KEDAH.


Boleh bayangkan tak aku duduk kat seat mana? Hohoho.. Selalu aku sokong samada KEDAH atau Johor FC (ni pon terpaksa..kena la sokong on behalf kan). Tapi malam tadi, dear duduk sekali dengan penyokong KEDAH yang ada bape kerat je.. Pengorbanan besar..

So, gol pertama Johor FC tu seawal minit ke-5 memang dah men"down"kan Kedah.. Ah well.. kalau dah kalah tu banyak alasan la kan. Tapi malam tadi punya game sangat tak menunjukkan semangat KEDAH PANTANG KALAH tu~

Pasrah woo~

Kedah kalah dengan gol 1-5. (T_T) Boleh tak tannak sebut skor berapa.. malu sat~

Sedih sangat..sebab dear berdiri lima kali.. aku? Sekali jer berdiri dengan jeritan padu~ Peduli la kan.. orang tengok bola memang macam tu.. :p

Tapi apa yang membanggakan penyokong Kedah memang tak putus-putus bagi sokongan. Walau pun dikeji dan dikutuk-kutuk oleh penyokong Johor FC. Maklumlaaa kat tempat orang kan.. Nanti orang Kedah boikot tannak bagi beras keluar dari negeri Kedah baru tawu~ Semua pemain negeri lain takde nasi nak makan, so that semua pemain lembik atas padang..biar Kedah je kuat. Dengan Selangor sekali boleh turun ranking.. Baru tawu!

*But of course, that wont happen la kan.. Only in my dreams* :p

Anyway, penyokong Johor FC tu memang poser laaa... time-time menang besar macam ni korang angkat menjulang hebat bagai ye... Kalau time kalah dasyat macam Johor FC kalah dengan Selangor haritu, berbakul-bakul korang kutuk kan..

Tapi kan, penyokong Kedah tu, siap bergendang sehingga pemain-pemain (yang teruk kena belasah tu) keluar padang okeh.. dengan laungan lagu Hijau Kuning lagi..

Huhuhu.. terharu~

Tetiba terasa, walaupun kawen dengan orang mana sekali pon, jauh dilubuk hati, AKU TETAP ORANG KEDAH~

Muahahahah~


Thursday, July 9, 2009

Saya Adalah Tidak Sihat Dan Saya Tidak Mahu Berbuat Apa-Apa Kerana Saya Malas

Ouh..

Seperti di atas..

Boleh tak?

Monday, July 6, 2009

Kanak-kanak Dan Soalannya~


Sekiranya ada kanak-kanak tanya "Kakak, kakak. Kenapa kakak takde anak lagi?" sedangkan korang belum pon berkahwin pada waktu tu, apa yang akan korang jawab?

Hurm..

Saya tidak ada klu langsung~


Pernah terjadi kepada kawan saya yang sorang ni. Dia pergi tengok perlawanan futsal antara department. Ofis punya game la nih. Tiba-tiba anak bos dia (lelaki dalam umur 8 or 9 tahun) datang dan tanya dia soalan yang sama.

"Kakak, kakak. Kakak dah ada anak ke?"

"Belum. Kenapa?"

"Kenapa kakak takde anak lagi? Tengok macam mak saya. Dia makan-makan-makan-makan banyak-banyak. Lepas tu dia gemmmmmmmmmuk sangat lepas tu baby pon keluar.."

Dan kawan saya pun terkesima.

Dan hanya mampu tersenyum.

Hadow, kalau lah having a baby is as simple as that.. mesti takde kes-kes obesiti kat dunia ni kan?


Saturday, July 4, 2009

Saya Tidak Marah

Tapi saya kesal.

Usah dipersoalkan kuasa Tuhan.

Jika ada, ada. Jika tiada, tiada.

Usah diusik kejadian Tuhan.

Yang halus yang tulus.

Semuanya ketentuan Illahi.

Saya marah dan saya masih marah.

Perempuan dengan perception-nya.

Lelaki dengan andaiannya.

Macamana tak berlaku kekecohan sekiranya persoalan dan andaian yang dipilih dan bukan kebenaran?

Saya penat melayan kamu.

Saya penat puaskan hati kamu.

Tiada penghargaan.

Bukan balasan yang diminta.

Cukup sekadar "terima kasih" atau pemahaman.

Susah sangat ke?

Tired of being the "ugly duckling".

I'm too tired.

I'm off to bed now.

Grow up people!

Open your dictionary or WIKIPEDIA if you don't even know what "Grow up" means.

And Finally~

It's The Day!
Me vs Enche Lemak


Larian Anti Dadah Sempena Hari Antidadah Antarabangsa




: We arrived as early as 6.50am. But of course, we're kinda late for registration :


: My "warm-up" session - queuing is totally out of my list :



: Finally we got our numbers :


: And here it goes :


: I never thought that running is tough :


: Diha on the run :

She had to leave me behind as my knee really make me to stop running. :(



: Finally, I got the sweet taste of winning finishing :


I finished 60th (in more than an hour) and Dihar made it before 1 hour. She's the lucky 32th. Of course 7.7km doesn't mean anything for her. She run for 10km in KL Marathon! *wink*wink*



: A must snap pose :


: The finisher medal :

: Can't help myself :


: Ouh, he didn't run.. If he did, who will take my photos? :



Finally, I made it through this 7.7km run. I never thought I could make it. Of course. I never train for this. Not even once.

Ouh, do you notice my tudung? Guess what, when I was pushing myself with fast walk, there were 3 boys who actually give me some moral support by saying,

"Come on Kakak Polis, cepat...Kakak dah nombor 5 ni. Ouh, ouh, ouh, belakang kakak ada lagi 5 orang.. Cepat Kakak Polis, nanti kakak jadi nombor 10. Come on Kakak Polis.. Lari.."

And I was like,

"What!? Kakak Polis?? Hell nooooo..."

Ah well..it was kindda funny to being mistaken as a Kakak Polis by wearing that tudung.. Somehow they support me right. What else can I ask for.. :D

Anyway, I just wish my life is easier. You know, like finishing this run. You wake up early, get your number, be ready for the run, get warm up and do all you can to make it to the finish line. You'll feel sooooooooooooooooo relief when you win in challenging yourself. This is among the things I never thought I'd do. And I think I'm gonna do this again.

Realy wish I had a simpler life.. As easy as finishing the run.. But of course, it comes with hard work, isn't it?



Friday, July 3, 2009

Pelarian Itu Adalah Bagus


Chegu Cik Ian
, sila abaikan ketidak stabilan perkataan-perkataan di tajuk itu ye~ Eheh. Saya keliru.

Hujung minggu ini adalah hari yang dinanti-nantikan. Setelah sekian lama saya menyepi dari padang, memegang bola dan berlari seperti seorang ahli sukan (paling-paling pun sebagai seorang pemain bola jaring), kini saya akan kembali dengan penuh semangat! Whee hoo..

4 Julai 2009 bersamaan hari Sabtu, saya akan berlari dalam Larian Anti Dadah. Larian sepanjang 7.7 km bermula dan berakhir di Istana Kehakiman, Putrajaya. Anda nampak dan faham kenapa tidak saya sertai larian ini? Ya. Kerana Istana Kehakiman ini hanyalah 2 langkah sahaja dari rumah saya.

Jadi alasan itulah yang saya gunakan untuk sertai larian ini, selain dari ingin mencabar lemak-lemak tepu di bahagian perut ini yang semakin menepu dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mencair.

Sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Seingat saya larian paling panjang yang saya ikuti adalah 2.4km. Itu pun kerana terpaksa. Latihan yang memaksa saya mengikuti larian sengal itu. Dan dalam percubaan masa, saya hanya mampu mencatatkan masa terbaik 12minit. Tidak mencapai masa impian saya iaitu - bawah 10 minit.

Phew.

Itu adalah 3 tahun lalu.

Sekarang? Dengan barisan lemak yang utuh di bahagian perut dan belakang saya, masihkan saya meneruskan larian ini dengan masa impian saya bawah 1 jam? JAM ok, bukan MINIT.

Hanya saya yang mampu menentukannya.

Dengan "zero training" dan "high spirit" dan endokrin (endokrin?? Apakah?) yang membuak-buak, mari kita lihat siapa yang bakal menang esok.

Lemak,

atau

SAYA.

Tinggal lagi kurang dari 24 jam untuk saya berlari.

Nantikan laporan lengkap esok atau lusa.

Sila bagi sokongan untuk saya tewaskan Enche Lemak. Jangan biarkan mereka terus bertapak di situ. Hapuskan mereka. Dan rekod-rekod mereka.

Yeahhh!!!

*Mari bersemangat sambil menggerakkan bontot yang melekat di kerusi anda*

BERSENAM!!

Wednesday, July 1, 2009

Run

Today is the most unproductive day EVER!

I'm bored.

But still, I have this behind me.



: It's a birthday present from Izdi :

Cun kan?

It comes with a set of whiteboard markers..

Today it says

"The key is not to priorities what is on your schedule but to schedule your priorities "
- Stephen R. Covey -

Yesterday it says

"Hearts control the minds and Minds control the action"

and I add,

" Actions control your life"

Trying to live up my day, but I think I failed~