Sunday, November 1, 2009

Curang, Salah Siapa?

Konon nak tunggu sehingga Khamis kann. Tapi mana bole tahan.. Tangan gatal.. So, dalam kepeningan dok baca buku ni (study la konon), sempat lagi nak meluahkan apa yang terbuku. *Sementara tunggu MU main kejap lagi*.

No.. No.. No..

Jangan salah sangka nooo... Tajuk ini TEDA kena mengena dalam kehidupan aku.

So happen haritu aku ada tengok Oprah kat Hallmark Channel. Menarik sangat. Kadang-kadang apa yang dibincangkan tu adalah sangat inspiring. Tapi pada malam dan ketika itu, tajuk yang dibincangkan adalah pasal sebuah buku ---> The Truth About Cheating.

Well, dengar tajuk buku pun dah boleh agak kan.. Kajian penulis pasal lelaki yang curang terhadap isteri dia. Yeah..yeah.. memang ada isteri yang curang, tapi buku ni pasal LELAKI. Sila beri perhatian si isteri dan suami.

:)

Tahu kenapa lelaki curang?

1. Kurang kasih sayang dan perhatian dari isteri
2. Dah takde "touchy"2 lagi
3. Isteri kurang ambik berat katanya..
4. Merasa rendah diri bila isteri tak layan sangat - ye la.. sibuk dengan anak la.. keje laa..
5. Lelaki rasa "hilang kepentingan" dalam rumah
6. Lelaki rasa "not winning anymore" --> dah tak macho la..

dan yeah of course, MEN CAN GIVE THOUSANDS OF REASONS WHY THEY CHEATED ON THE WIFE. Tapi yang dinyatakan tu basically hasil perbincangan dalam show tu and apa yang ditulis oleh penulis dan yang diluahkan oleh penonton yang ada dalam show tu la. Kalau nak lebih detail, boleh cari buku ni.

Nampak reason no.1 tu? Membuatkan isteri mula berfikir kan.. dan berkata, "Hurrmm.... "

And surprisingly, kebanyakan lelaki-lelaki yang curang ni bukan sebab kurang seks di rumah atau mencari seks di luar rumah, DAN orang ketiga tu BUKAN LAH CANTIK mana sangat pun..

See?

Lelaki sebenarnya kononnya nak lebih perhatian dari isteri. Nak isteri belai-belai.. Tanya-tanya.. Ambik berat lebih sikit..

TAPI

Si isteri ni pulak tak perlu di belaikah?

Isteri juga sibuk dengan urusan keluarga, anak, kerja.. Banyak jugak komitmen. Salah isteri ke suami curang? Atau memang lelaki mengambil kesempatan di atas "ketidaklayanan" isteri?

Rasanya lelaki perlukan belaian wanita dan wanita JUGA perlukan lelaki..

Tahu tanda-tanda lelaki curang??

Jeng..jeng..jeng...

1. Asyik mengelak perbualan dengan isteri especially bila isteri tanya soalan-soalan caring macam "Awak dah makan?" "How's work?"
2. Kejap kejap sms, kejap kejap call.. Then cakap sorok-sorok
3. Kerap keluar malam dan waktu huung minggu
4. Dah tak banyak komunikasi dengan anak-anak juga
5. Cepat marah bila isteri tanya banyak, "Keluar dengan siapa?" "Awak nak pergi mana?"

Cukup la kot 5...

Bila kita macam dah boleh agak simptom-simptom ni, kita dah boleh mula ambik langkah-langkah pencegahan, macam nak buat siasatan ke.. Nak bincang-bincang ke. Bukan la sampai nak pasang spy ke, apa ke.. Yang penting ada KOMUNIKASI yang baik. Sila communicate. Jangan salah paham and buat assumption sendiri. Itu yang selalunya tambah lagi masalah tu. Masing-masing pandai buat andaian sendiri. Haisssyyyooo~

So, melalui perbincangan tu la kita nilai balik. JIKA BETUL isteri mula rasa kurang bagi tumpuan pada suami, kita muhasabah balik.. Cari penyelesaian dan kembali padanya. Kalau suami pulak rasa macam kurang diberi perhatian, jangan dok gatai cari "perhatian" dari luar pulak nooo.. It's a BIG no-no.. :D Orang dah ada kat depan mata, hargai laa.. Syukur apa yang ada.. Memang la isteri kita tu takkan sama (bentuk badan, perangai, cara cakap dan lain-lain) sepanjang 10 tahun perkahwinan (atau lebih).. Manusia sentiasa berubah. Dan kita tak boleh paksa orang kekal macam tu je perangai dia sampai dia mati. People DO change, dude.

Rasanya dua-dua perlu main peranan. Baru lah harmoni rumah tangga. Dan wanita, yang paling penting, JAGA TANGGUNGJAWAB sebagai seorang isteri. Sehebat mana pun kita di pejabat, syurga tetap di bawah kaki suami~


p.s. minta-minta laaa MU menang malam ni~ Hurmm...


2 thought(s):

khasyikelvin_ said...

yang,
kamu sudah masuk
fasa psikologi neh.
apapun, mmg ada betulnya.
bila sibuk,
akan kurang segala 'layanan'
yang sepatutnya..
alahai, MU juga ya?

hak hak hak

Lady said...

hahah..otak ting tong suda~ memang.. psikologi ni menarek. huh~ nak jadi kaunselor la.. hehehehe

p.s. MU menang woooo~