Friday, March 25, 2011

"Hello, Boleh Cakap Dengan Kak Limah?"



Zaman Hantu Kak Limah ni rasany never ending kan. Well. I guess. Sebab setiap hari kat ofis ni, mesti ada jugak aku dengar orang jerit "Husssiiiinnnnn...." atau "Bako aje" atau "Sebaik ini harta kerajaan," dan macam-macam lagi dialog si Kak Limah tu.

Well. Bukanlah tujuannya aku nak buat movie review. Perlu ke moview review yang dah "berzaman". Walaupun tidaklah sezaman dengan cite P.Ramlee. Sebenarnya nak mengatakan yang movie di negara kita ni maybe dah semakin meningkat. Suka aku nak cakap cite Kak Limah ni lebih hebat dari cite Scary Movie The Series tu. I dunno why, tapi itulah yang aku rasa.

Anyway, dah berzaman tak menulis, jadi kekok sekejap. Bayangkan lah, ini adalah post yang ke-4 selepas saya bergelar mummy. Irony kan?


: Hannah, bukan Kak Limah :


Walaupun tiap-tiap hari mencuba, tapi tak dapat jugak nak update blog. Sebabnya adalah SAYA MASIH TIDAK RETI BAHAGI MASA. Seriously, menjadi ibu ni bukan perkara yang mudah rupanya. Kekadang rasa nak duduk rumah jaga anak saja. Tapi, setelah beberapa percubaan dibuat, nampaknya gagal. Percubaan tu bukanlah apa sangat pun. Cuma ambik cuti rehat untuk sehari dua and duduk melepak-lepak dengan Hannah Banana kat rumah. Tetapi masih gagal jugak mengemas rumah seperti yang diharapkan, apatah lagi nak mengemas blog nih.

Ah well.. Itulah ibu rupanya.

Sungguh menarek bila baca kesah Cik Lin ni. Cara-cara nak mendidik anak. Susahhhhh~ Betul susahh~ sebab macam-macam cabaran. Kadang-kadang terpikirkan kaedah terbaek untuk mendidik anak. Well, Hannah takde la tantrum sangat sebab baru 7 bulan. Nak buat perangai apa la sangat kan. Cuma nak bersedia. Konon la kan.

Selalu kalau pegi shopping kompleks, pernah tak korang jumpa dengan budak-budak yang berperangai yang korang rasa tak selesa? Seperti menjerit-jerit meronta-ronta menangis nak toys? Apa yang korang rasa? Atau kanak-kanak yang menengking ibu atau bapa dia for whatever reason?

Takut.

Kadang-kadang saya risau. Mungkin ini dilema seorang ibu kepada 7-month-old daughter. Apa pulak la delima orang yang ada anak dara umur 7 tahun, atau 17 tahun? hohoho~

Kita sudah jauh menyimpang.

Back to the topic, sebenarnya aku dok teringat-ingat. Satu pagi, ada orang call di office.

Me: Hello, Selamat Pagi.
Pemanggil : Hello. Ha. Kak Limah ada?

*Terkesima* Lalu menjawab "Kak Limah takde. Ini silap nombor ni".


And I was seriously dok tahan gelak. Ikutkan hati nak jawab je "Kak Limah takde. Kak Limah dah balik rumah".

Tapi tak sampai hati.




2 thought(s):

mamamya said...

hahahaha! serius nk tergolek2 gelak beb! kelakar gile hahaha...

kalau i pun entah dah tergelak kt situ, dah la dlm kepala and keadaan sekeliling asyik2 kak limah kak limah je =P

see? faham x apa yg i merepek2 ari tu? cam kalau jln2 tgk behaviour budak2 skang yg x best cm takut kan? takut apa judgement org pada kita nanti..hmmm...

Lady said...

lin: sangat betul~ judgement orang tu yang kadang2 buat kita sentapp. hahaha~ apa pon, agaknya sekarang ni terpulang pada parents cana nak bentuk. haih.. itu yang cabaran tu..

beb, skang kat sini kak limah macam dah basi. tapi ai like je~ kuikuikui