Sunday, April 3, 2011

Young & Dangerous~

Harini birthday daddy~ makanya sudah tambah lagi satu tahun. Lebih "muda", lebih "bahaya"~





Happy Birthday sayang. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dipanjangkan umur selalu. Semoga rezeki bertambah-tambah, dan sentiasa kita berada di jalanNya~ Sayang kamu!

Monday, March 28, 2011

Hannah & Avocado


Tak macam baby lain, Hannah mula makan masa umur 5 bulan setengah. Aik? Kamu pun? Well, bila saya cakap macam tu, ada yang kata "Eh, exclusive bf for 6 months la". And yeah, saya tawu. Tapi Hannah adalah sudah ready nak makan. Dan bila baby sudah ready nak makan, perlu ke tunggu mummy bersedia baru si anak dapat makan?

Well, ini kesah memula hannah nak makan..


Makanan pertama Hannah adalah.. some cereal breakfast. Masa tu ai malas nak prepare food. Keji punya mummy. Anak lapar, tapi mummy malas. -____-. Jangan tiru aksi itu.

Ada yang suggest pisang. "Ala wan.. bagi je pisang emas tu. Lecek-lecek bagi Hannah"

"Err.. takpe la. Aku nak try avocado dulu"

Mummy pulun.


After a few days, daddy Hannah rajin. Dia belikan avocado. Tapi avocado tu taklah ripe enuf untuk bagi Hannah makan. So we wait and wait and wait and wait...

..

..

..

.

.


Wait lagi.

.

.

Sampai dah ripe.

Baru Hannah dapat makan.

Tapi, macamana ripe tu? Hijau gelap. Kan?

Sepanjang penantian tu, mummy Hannah runsing. Ish. Haku tak penah makan avocado. Tapi saje nak bagi Hannah rasa. Macamana sebenarnya nak buat? Oleh sebab tak sabar dah nak bagi Hannah makan avocado, mummy tengok kulit pun macam dah gelap je, ok dah la kot. Terus peel avocado tu dengan yakinnya bahawa buah itu telah masak.

Korek punya korek. Ishk. Kenapa tak smooth. Susah pulak tu nak korek. Hurm, mungkin macamni kot tekstur dia. Takpe. kita blend n bagi Hannah je.

Eh, tapi dalam web tu kata mash je dah cukup?

Tapi takpe. Mungkin ini avocado Malaysia. So I did. Campur susu sikit and terus bagi Hannah. Hannah dengan rakusnya buka mulut untuk suapan pertama. Nervous mummy! Macam-macam yang haku pk. Boleh ke Hannah? tercekik tak? Nanti dia muntah balik ke? Nanti dia nak minum susu lagi tak? ke terus nak buah je, tannak susu? T_T


Tapi Hannah relax je. Selepas suapan pertama. Hannah buat muka. Bukan buat muka yang melawan cakap ibubapa tu. Buat muka bluwek macam tu.

Huh.

Kenapa Hannah? Tak suka? Try la lagi Hannah.. Hannah pun buka mulut. Suap lagi. Muka kelat pulak. Ishk. Silap ke ha.. Sudah la Hannah eh. Nanti sakit perut pulak.

So mummy gedik-gedik google. Buat research. Patut research dulu baru try. Ini terbalik. Mummy sangat tidak sabar lalu anak menjadi korban. Bukan. Bukan korban kasih sayang, cuma korban menjadi "Pencuba Makanan". Sian Hannah. Little that I know rupanya kaedah yang i buat tu adalah salah. Sebaik mummy ada kawan yang baik seperti Auntie Peanut yang bagi mummy link on how to prepare avocado.

Thanks auntie! Kalau tak Hannah akan tetap menjadi "mangsa" mummy.

Sebenarnya kalau avocado yang betul-betul-betul-betul-betul punya masak, akan mempunyai kulit yang berwarna hijau kehitaman. Macam kaler olive tu. Huh. Mummy tengok hijau gelap je dah potong buah. Memang la belum masak.

: Ini rupa sepatutnya :


Cuba bayangkan, yang dah masak tu isi warna kuning, nampak creamy n sedap kan? The one yang I tak sabar sangat tu, isinya warna green-yellow. Nampak sangat tak masak. But tu la tu, I dont know~ hohoho~ Sian..


Itulah, orang kata bagi je pisang emas, mummy tannak.



p.s. hannah sembelit. ouh noooo~ cane nihh



NOTE:
as for now, I am 100% supporting breastfeed and homemade food. Please please please bagi anak mula makan pada 6 bulan dan ke atas. This post is just a reminder to me (who had started a lil bit earlier than it is supposed to be).

Friday, March 25, 2011

"Hello, Boleh Cakap Dengan Kak Limah?"



Zaman Hantu Kak Limah ni rasany never ending kan. Well. I guess. Sebab setiap hari kat ofis ni, mesti ada jugak aku dengar orang jerit "Husssiiiinnnnn...." atau "Bako aje" atau "Sebaik ini harta kerajaan," dan macam-macam lagi dialog si Kak Limah tu.

Well. Bukanlah tujuannya aku nak buat movie review. Perlu ke moview review yang dah "berzaman". Walaupun tidaklah sezaman dengan cite P.Ramlee. Sebenarnya nak mengatakan yang movie di negara kita ni maybe dah semakin meningkat. Suka aku nak cakap cite Kak Limah ni lebih hebat dari cite Scary Movie The Series tu. I dunno why, tapi itulah yang aku rasa.

Anyway, dah berzaman tak menulis, jadi kekok sekejap. Bayangkan lah, ini adalah post yang ke-4 selepas saya bergelar mummy. Irony kan?


: Hannah, bukan Kak Limah :


Walaupun tiap-tiap hari mencuba, tapi tak dapat jugak nak update blog. Sebabnya adalah SAYA MASIH TIDAK RETI BAHAGI MASA. Seriously, menjadi ibu ni bukan perkara yang mudah rupanya. Kekadang rasa nak duduk rumah jaga anak saja. Tapi, setelah beberapa percubaan dibuat, nampaknya gagal. Percubaan tu bukanlah apa sangat pun. Cuma ambik cuti rehat untuk sehari dua and duduk melepak-lepak dengan Hannah Banana kat rumah. Tetapi masih gagal jugak mengemas rumah seperti yang diharapkan, apatah lagi nak mengemas blog nih.

Ah well.. Itulah ibu rupanya.

Sungguh menarek bila baca kesah Cik Lin ni. Cara-cara nak mendidik anak. Susahhhhh~ Betul susahh~ sebab macam-macam cabaran. Kadang-kadang terpikirkan kaedah terbaek untuk mendidik anak. Well, Hannah takde la tantrum sangat sebab baru 7 bulan. Nak buat perangai apa la sangat kan. Cuma nak bersedia. Konon la kan.

Selalu kalau pegi shopping kompleks, pernah tak korang jumpa dengan budak-budak yang berperangai yang korang rasa tak selesa? Seperti menjerit-jerit meronta-ronta menangis nak toys? Apa yang korang rasa? Atau kanak-kanak yang menengking ibu atau bapa dia for whatever reason?

Takut.

Kadang-kadang saya risau. Mungkin ini dilema seorang ibu kepada 7-month-old daughter. Apa pulak la delima orang yang ada anak dara umur 7 tahun, atau 17 tahun? hohoho~

Kita sudah jauh menyimpang.

Back to the topic, sebenarnya aku dok teringat-ingat. Satu pagi, ada orang call di office.

Me: Hello, Selamat Pagi.
Pemanggil : Hello. Ha. Kak Limah ada?

*Terkesima* Lalu menjawab "Kak Limah takde. Ini silap nombor ni".


And I was seriously dok tahan gelak. Ikutkan hati nak jawab je "Kak Limah takde. Kak Limah dah balik rumah".

Tapi tak sampai hati.




Wednesday, December 15, 2010

Miss Prime Minister - IN-THE-MAKING


Minggu ni adalah minggu Hannah sakit. Too bad, her flu is getting worse. Lepas jumpa Dr. Asmuni on Monday, dia bagi segala ubat, dari ubat demam sampai nasal spray to reduce hingusan. She seemed to recover.. Alhamdulillah..

Hari Isnin mummy babysit Hannah, and semalam turn daddy pulak babysit hannah~ Dengan mummy Hannah manja-manja, rengek-rengek and nangis-nangis sebab hidung block. Segala kartun mummy suruh Hannah watch, tapi Hannah tannak. Yo Gabba Gabba, Dibo the Dragon, dan sebagainya adalah bukan pilihan Hannah.

Tapi semalam dengan daddy Hannah happy je. Hannah gelak-gelak sikit, senyum-senyum, dah mula chooing balik. Rupa-rupanya sebab daddy suruh Hannah watch "Dari Parlimen". Apakah anak? You choose Parlimen over cartoon? Mummy pun tak watch parlimen sayang~


: but you watch it with a smile on your face? :



-.-

Mummy confuse

Monday, November 15, 2010

Mummy's Talk


Bosan gile tajuk... Harus laa yang bukan mommy tak baca ni. But, who cares. I don't. Kuikuikui~

Well, post kali ni adalah berkaitan jugak dengan post ni. All about Hannah. Bila dah ada anak ni tak boleh elak. Asyik nak cakap pasal baby je. Kalau before beranak, bila jumpa kawan-kawan boraknya lain..

"Cantik handbag.. beli kat mana?"

atau..

"Beb, Harry Potter dah nak masuk wayang ni. Kena standby cepat-cepat nak book tiket untuk premier"

Walaupun sebenarnya I dont watch Harry Potter pon. Yes, TIDAK PERNAH TENGOK. Ha Ha. Boo me? No.. Sebab ada je orang yang tak tengok cite ni. Apatah lagi Lord of The Ring..

OK, dah masuk bab movie. Sorry. Balik ke cerita asal..


Sekarang ni kalau jumpa kawan-kawan (yang dah kawen dan beranak of course), mesti kuar soklan berbunyi begini..

"Anak ko dah berapa bulan dah? Still breast feed ke? Bagusnye.."

"Stok EBM ko banyak? Dah bape oz ko simpan?"

"Anak aku perut dah kembung la.. Dah 3 hari tak berak. Macamana nak buat eh?"


Tengok? Betapa besarnya perubahan bagi parents. Dari perubahan bajet and aktiviti seharian sampaai la topik perbualan. Semua lain. Belum lagi tengok pakaian parents ni. Bukan apa, baju anak tiap-tiap minggu beli, baju sendiri kekadang tu 2 bulan sekali baru nak tukar. Itu pun bernasib baik laa tukar baju. Kalau tak? Ha kau.. Setahun sekali je. Tu pun sebab raya.

Ada je yang sebelum beranak tiap-tiap bulan beli kasut beratus RM. Skang bila dah ada anak, nak beli susu anak pon dah 5 6 ratus. Hohoho~ Ada yang bernasib baik bajet kasut and handbag beratus ringgit tetiap bulan masih ada, tapi jangan lupa. Ada jugak yang terpaksa korbankan sume tu untuk spend more for the baby.

Diapers
Susu
Baju
Seluar
Skirt
Kalau pompuan nak beli hair band (yang match dengan baju, jangan lupa tu)
And macam-macam lagi..

Bergantung pada parents on how to manage their budget. Jangan sampai tak makan sudeh..

As for me sampai sekarang tak reti nak manage time lagi. Hannah dah 2 bulan lebey and me still being me. Tergedik-gedik ke hulu ke hilir. Sila jangan bayangkan saya gedik sebab saya tidaklah gedik yang macam joget itu. Hehe~

Ouh, kejap. Hannah nangis. So I hafta stop writing now. Apparently this is gonna be the reason yang klise untuk menamatkan sesuatu penulisan. hoho~